Pokemon

CONSOLE

Nampaknya Nintendo tidak suka Pokemon FPS

Nintendo seperti biasa tidak sukakan dua perkara, iaitu permainan video yang ganas dan penggunaan harta intelek mereka untuk tujuan sendiri atau orang ramai.

Pokemon FPS yang ditunjukkan oleh pengguna Reddit Dragon_GameDev2 minggu lepas akhirnya telah dikenakan tindakan melanggar hak cipta oleh Nintendo.

The Gamer mengesahkan semua video yang berkaitan dengan Pokemon FPS telah diturunkan.

Setakat ini Nintendo masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai perkara ini.

Rujukan: The Gamer

Read More

PC

Counter Strike bergabung dengan Pokemon?

Selepas 26 tahun, pelbagai generasi Pokemon sudah dibuat dan ramai juga peminat-peminat Pokemon membuat spin-off mereka sendiri.

Dari permainan video strategi, pinball, pokemon versi sendiri dan pelbagai lagi.

Satu genre yang tidak pernah dibuat dan ramai mengelak untuk membuat iaitu genre FPS Pokemon.

Seorang pengguna Reddit bernama Dragon_GameDev sudah membangunkan Pokemon FPS melalui Unreal Engine.

Permainannya mudah, anda akan mengembara di beberapa tempat dan akan diserang pelbagai jenis Pokemon.

Ada akan mendapat beberapa jenis senjta api untuk digunakan.

Malah lebih menakjubkan, apabila anda berlawan dengan Pokemon Legendary anda akan berasa seperti berlawan dengan bos yang mempunyai kuasa tersendiri.

Namun terdapat beberapa individu yang risau Nintendo akan mengambil tindakan terhadap Dragon_GameDev jika dia menularkan permainan ini.

Read More

GAME

Logan Paul nafi penipuan RM14 juta adalah lakonan semata-mata

Logan Paul baru-baru ini dilaporkan rugi sebanyak AS$3.5 juta (RM14 juta) dalam sebuah penipuan yang melibatkan kad Pokemon edisi pertama yang disahkan. Sebagai konteks, kad edisi pertama ini tidak lagi dilancarkan dan kali terakhir ia berada di pasaran adalah lebih satu dekad yang lalu.

Selepas didapati beliau ditipu dengan sekotak kad GI Joe, beliau mencari balik penjual yang menjual koleksi kad GI Joe itu untuk menuntut kerugian. Mujurnya, duit beliau dipulangkan sepenuhnya kerana penjual itu yang dikenali sebagai Bolillo Lajan San, pun tidak mengetahui bahawa ia bukan kad Pokemon.

Beliau juga memuat naik video yang menerangkan kejadian penipuan itu yang boleh ditonton di bawah.

Malangnya, Logan Paul dituduh pula melakukan segalanya demi ‘membuat konten’. 

Menurut Paul, kejadian itu amat mengecewakan dan beliau bersedih pada hari itu.

“Mereka fikir saya berlakon. Mereka fikirkan apa yang terjadi adalah palsu,” katanya.

“Ia tidak palsu sama sekali. Berada di dalam bilik itu malam itu amat menyedihkan. Tenaga dan perasaan tragis di dalam bilik itu begitu ketara,” tambah beliau tentang perasaannya.

Logan Paul bersama si penjual kad.

Semenjak itu, Paul serta penjual itu berjanji ingin mencari penipu-penipu ini yang dikatakan menjalankan sindiket ini.

“Kami cuba mendapatkan semua maklumat yang kami boleh. Orang ramai mencadangkan untuk membuat dokumentari daripadanya,” kata Lajan San.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

CONSOLE

Logan Paul hilang RM14 juta demi kad Pokemon

Personaliti internet, peninju dan peminat tegar Pokemon, Logan Paul membuat satu pengumuman bahawa beliau mengeluarkan AS$3.5 juta bersamaan RM14 juta untuk kotak yang dikatakan mempunyai kad Pokemon edisi pertama yang sudah disahkan.

Selepas pembelian itu, ramai komuniti kad Pokemon berkata kotak itu sebenarnya adalah palsu.

Paul akhirnya pergi ke Chicago untuk melihat kad itu dan mengumumkan semua yang berada di dalam kotak itu adalah palsu.

Malah, ramai Youtubers dan orang ramai yang tahu menahu mengenai keaslian penjualan kad Pokemon mengatakan kotak itu terlalu merisaukan.

Malah, semua benda yang berada di dalam kotak itu adalah kad G.I Joe.

Hari ini Logan sudah mengeluarkan video yang menceritakan kes penipuan ini.

Pembelian ini adalah pembelian kad Pokemon paling tinggi nilainya di dunia.

Read More

eSPORTS

Pokemon UNITE akan jadi sebahagian dari Kejohanan Dunia 2022

Siapa tak kenal permainan mudah alih Pokemon UNITE? Ia kini menjadi permainan mudah alih yang boleh dijadikan sebagai e-sukan.

Sejak dilancarkan pada September tahun lalu, UNITE berjaya mengumpul ramai pemain muda dan kanak-kanak untuk bermain. Malah, ia juga menyediakan kemaskini dengan kerap kepada pemain.

Baru-baru ini, Pokemon UNITE dikhabarkan akan menjadi sebahagian dari Kejohanan Dunia Pokemon 2022 yang akan diadakan di London.

Producer untuk Pokemon UNITE, Masaaki Hoshino mengatakan permainan ini berjaya di pasaran dan mempunyai strategi serta gaya permainan yang menarik. Ia juga sudah sedia untuk selangkah ke depan dalam aspek e-sukan.

Anda boleh membaca berita lanjut menerusi pautan di atas.

Bagi menyesuaikan UNITE dengan komuniti tempatan, pembangun juga bercadang mengadakan fungsi tukar bahasa namun ia bakal menyokong Bahasa Indonesia, Thai, Hindi, Russia, Portugis dan Turki pada masa akan datang.

Bahasa lain mungkin akan hadir kemudian.

Sumber: gamingonphone

Read More

Showing 1 - 5 of 5 Results