riot games

Piala World Championship League of Legends dibuat oleh Tiffany & Co.

Riot baru-baru ini mengumumkan mereka bakal membuat kolaborasi dengan syarikat besar barang kemas Tiffany & Co. untuk menghasilkan piala League of Legends World Championship.

Nampaknya syarikat barang kemas pun mahu menyertai dunia e-sukan.

Piala itu dikenali dengan nama The Summoner’s Cup.

Tiffany & Co. juga terkenal sebagai salah satu jenama barang kemas terbesar di dalam dunia dan masih kukuh berada di dalam industri sejak tahun 1837.

The Summoner's Cup being designed by Tiffany.

“Summoner’s Cup sudah lama menjadi simbol kehebatan e-sukan dan pertabalan terhebat untuk League of Legends,” ucap Naz Aletaha, Ketua Global League of Legends Esports untuk Riot Games.

Summoner’s Cup ini mempunyai berat 19KG dengan ketinggian 68.58cm.

Masa yang diambil oleh mereka untuk membuat piala ini adalah empat bulan bersamaan dengan 277 jam di Cumberland, Rhode Island.

Worlds 2022 juga akan bermula tidak lama lagi dan Worlds Final akan diadakan pada 5 November ini di San Francisco.

Read More

Samira dan Sion akan hadir ke Wild Rift dalam patch 3.3b

Wild Rift kini hadir dengan kemaskini baharu 3.3b, menyertakan dua champions yang juga senjata Noxus, Samira dan Sion.

Mereka juga menambahkan beberapa koleksi skin iaitu PsyOps untuk Kayle, Samira, Master Yi dan Zed. Riot Games turut memberi nerf kepada beberapa champions terutamanya Yuumi dan Kassadin.

Bagi beberapa hero lain seperti Gragas dan Nautilus pula, mereka menerima buff. Tristana juga menerima buff untuk pemain memilihnya dengan lebih kerap dalam perlawanan di Dragon Lane.

Acara baharu Senjata Noxus akan bermula pada 26 Ogos dan kedua-dua champions juga akan tersedia pada tarikh itu.

Read More

VALORANT x WEBTOON – Kolaborasi pertandingan seni digital dan komik

Riot Games bakal berkolaborasi dengan laman komik digital besar WEBTOON untuk peminat VALORANT.

Mereka perlu mencipta komik mereka sendiri di dalam dunia VALORANT.

Peminat VALORANT disyorkan untuk menunjukkan semua bakat mereka.

Anda perlu menghidupkan Fade dalam dunia komik.

Tema ini adalah ejen VALORANT termasuk Cypher, Sova, Neon dan Breach yang dalam misi ke Instanbul untuk menangkap Fade.

Peminat digalakkan untuk menggunakan gaya mereka sendiri menggunakan log audio di dalam acara permainan sebagai inspirasi.

Pertandingan ini akan dibuka bermula 23 Ogos ini.

Empat pemenang bakal dipilih dan akan menyertai sesi perbincangan idea selama satu jam bersama unit kandungan VALORANT.

Sesiapa yang ada akan mendapat peluang untuk mencipta rekaan pistol baharu untuk battle pass akan datang.

Peminat VALORANT boleh memuat naik komik panel 20 muka surat mereka ke laman rasmi VALORANT x WEBTOON.

Read More

Bekas Jurulatih TSM Peter Zhang diharamkan dari e-sukan League of Legends

Bekas jurulatih TSM Peter Zhang kini telah diharamkan dari mana-mana acara e-sukan League of Legends.

Pengumuman ini dibuat semalam melalui laman Twitter dan laman web lolesports.

Awal tahun ini, Zhang menghadapi tuduhan menggunakan gaji pemain sebelum dibuang dari posisinya di TSM pada Mac lepas.

TSM kemudian mengadakan penyiasatan dalaman dan mengesahkan hal ini.

Riot Games dan LCS mengesahkan Zhang akan diharamkan dari menyertai mana-mana acara rasmi Riot.

“Zhang telah melanggar peraturan LCS dengan menggunakan sedikit gaji pemain ke akaunnya sendiri dan rakan kongsi. Dia melakukan perkara ini dengan mengelirukan pemain dan gagal membayar bekas pemain TSM untuk penjualan keretanya.” ujar Riot.

Diantara Disember 2021 sehingga Februari 2022, Zhang telah mengambil sebanyak RM1juta dari dua pemain yang kemudianya hanya menerima duit mereka melalui pihak ketiga dari China.

Selain itu, Zhang juga pernah meminta wang dari 8 orang iaitu pemain TSM dan staf.

Zhang pernah juga bersetujui untuk menjual kereta bagi pihak bekas pemain support TSM iaitu SwordArt dan menjual kereta itu sebanyak $ASD80 ribu namun dia hanya memberikan $ASD35 ribu sahaja kepada SwordArt.

 

Read More

Udyr hadir dengan gameplay rework – tampak lebih kuat

Udyr adalah antara champion paling lama dalam League of Legends dan sangat-sangat memerlukan kemaskini terbaru.

Akhirnya, rework Udyr datang dengan wajah baru dan kuasa baru.

Riot jangka Udyr akan datang Jumaat ini ke server test PBE.

Rework Udyr ini juga menukarkan beberapa skillnya tetapi masih mengekalkan konsep lama iaitu perubahan haiwan dengan kuasanya sendiri.

Kini Udyr mempunyai babi hutan, burung phoenix, beruang dan kambing gurun.

Nampaknya Udyr bakal menjadi jungler baru yang akan mengubah meta.

Read More

Wild Rift: Yone dan Vex mungkin akan hadir di patch 3.4

Dataminers menemukan dua champion baru akan hadir ke Wild Rift dalam kemaskini 3.4 iaitu Yone dan Vex.

 

Selain itu, bagi patch 3.3 kita sudah tahu Samira dan Sion akan dilancarkan secara rasmi manakala Kassadin sudahpun berada di live server dan sedia dimainkan.

Selain Yone dan Vex, Warwick dan Gwen juga punya potensi untuk hadir.

Bukti ini didapati apabila penggali data menemukan audio suara Yone manakala untuk Vex, mereka menemui imej skill miliknya dalam data permainan.

Namun, ini semua hanyalah ura-ura dan Riot Games belum lagi mengumumkan jika keempat-empat champions ini betul-betul akan didatangkan.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

League of Legends bakal henti keluarkan champions baru di masa hadapan?

Rupa-rupanya ada had dalam pengeluaran champion baru dalam League of Legends.

Riot Games mengatakan penambahan champion bakal membuat banyak pemain baru takut untuk bermain League of Legends.

Sudah 13 tahun League of Legends dilancarkan dan kini mereka mempunyai 161 jumlah champion yang berbeza dengan Nilah sebagai champion paling baru setakat ini.

Nilah Abilities Rundown - League of Legends

Malah, Dota 2 juga mempunyai lebih 123 hero dengan Primal Beast sebagai hero terbaru mereka.

Hero seterusnya League of Legends akan datang tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Leung Harrison yang kini menjadi ketua untuk balance dalam League kini menjangka pengeluaran champion baru akan berhenti.

Ini semua berlaku apabila pencipta champion tidak dapat lagi mengeluarkan karakter yang boleh dimain dengan mudah mengikut gerak hati.

“Banyak sebenarnya champion yang dijangka tidak lagi tidak sesuai dengan zaman sekarang. Jika tidak intuitif, ini menyukarkan ramai pihak. Sebagai contoh Tresh yang boleh hook musuh tetapi jika tidak mengena, hook itu hanya akan menembus pihak musuh kerana masalah hitbox. Anda akan bertanya apa yang terjadi,?”

Gwen juga menjadi contoh paling mudah sebagai champion yang tidak intuitif.

Ramai pemain mempunyai masalah dalam mengenali serangan Gwen dan menyukarkan pemain untuk membuat reaksi balas.

Setakat ini Riot masih mahu mengeluarkan champion baharu dan bila pengakhiranya sebenar masih belum diketaui.

Read More

TashBunny teruja terbang ke Dublin, Ireland jadi hos kejohanan VCT APAC LCQ

Berpeluang terbang ke negara Eropah bagi menggapai cita-cita mengulas atau menjadi hos kejohanan e-sukan pastinya menjadi impian ramai orang.

Bagi Natasha Hashim atau TashBunny, peluangnya menjadi hos kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Asia Pasifik peringkat peluang kelayakan terakhir (last chance qualifier) adalah satu pengalaman berharga sepanjang kariernya.

Bercakap kepada penulis, Tash berkata dia tidak sangka boleh menjejakkan kaki ke pentas antarabangsa.

“Menjadi salah seorang ahli panel dan sebagai satu-satunya wanita dari Malaysia adalah satu penghargaan besar buat saya. Tak pernah dalam hidup terfikir untuk ke pentas antarabangsa.

“Malah, peluang berada bersama barisan talent lain di fasiliti Riot Games iaitu Project Stryker di Dublin, Ireland adalah satu pengalaman yang luar biasa,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Tash bersama pengulas. Foto: Twitter @_tashbunny

Tash berkata, pengulas yang lain sememangnya penuh dengan inspirasi.

“Ramai yang hadir dari negara berlainan dan mereka membawakan tahap pengulasan dan persembahan yang berbeza. Sedikit sebanyak saya boleh belajar dengan mereka juga.

“Bagi saya yang paling mencabar bagi kejohanan ini adalah tahap keyakinan diri. Ini adalah kali pertama di pusat Riot Games bersama pengulas antarabangsa jadi saya sedikit gementar. Saya ingin lakukan yang terbaik!,” katanya.

Tash juga tidak terlepas berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan menerusi panggilan video.

Ketika ditanya siapa inspirasi dalam bidang pengulasan dan pengacaraan, Tash berkata dGon adalah individu yang menjadi inspirasi buatnya.

“Dia mempunyai pengalaman sangat luas bekerja dengan Riot dalam League of Legends, Wild Rift dan kini VALORANT.

“Kejayaannya adalah satu ‘standard’ yang saya letakkan dan ingin capai. Bertemu dengannya secara bersemuka sangatlah seronok,” katanya lagi.

Akhir sekali, Tash berkata, dia mengatakan kekuatannya dalam bidang pengacaraan terutamanya VALORANT adalah dengan menggabungkan hiburan dan informasi.

“Saya rasa ini adalah satu kemahiran sukar disempurnakan tapi saya masih cuba belajar untuk menjadi mahir,” akhirinya.

Jika anda ingin mengikuti perjalanan TashBunny sebagai hos di VCT APAC LCQ, ikutinya di Twitter @_tashbunny

Selain mengulas VALORANT, Tash juga pernah mengulas PUBG Mobile (PMPL), Free Fire (MCP Majors) dan menjadi pencipta kandungan Galaxy Racer.

Read More

PC

VALORANT tidak akan menerima watak baru di Episode 4 Act 2, Riot fokus memperbaiki permainan

Watak terkini VALORANT, Neon, ditambah ke permainan beberapa minggu lalu. Namun, pemain sudah mempersoalkan beberapa perkara seperti penambahbaikan Yoru serta watak seterusnya. Riot Games kini menjawab persoalan-persoalan pemain. Anna Donlan, ketua pasukan pembangun untuk VALORANT, menjelaskan rancangan Riot Games untuk Episode 4 Act 2 dalam segmen Dev Diaries baharu. Donlan bermula dengan imbasan ringkas 2021 sebelum beralih kepada perkara yang boleh diharapkan oleh peminat dalam Act seterusnya. Peminat biasanya boleh menjangkakan Agent atau peta baharu dalam setiap Act, tetapi ini tidak akan berlaku untuk Act 2. Sebaliknya, Riot Games menumpukan pada meningkatkan kualiti permainan VALORANT. Kemas kini baharu akan menumpukan pada ‘keseimbangan ejen, peta sedia ada, mempromosikan tingkah laku pemain yang baik’ dan pengalaman yang lebih baik. Donlon juga memberi jaminan kepada pemain bahawa mereka akan terus mendengar daripada mereka tentang kemas kini yang akan datang kepada permainan. Peminat masih boleh mengharapkan kandungan yang menarik dalam Act 2, seperti Battle Pass komuniti pertama dan kostum baharu. Agent baharu akan datang dalam Act 3, jadi pemain tidak perlu menunggu terlalu lama untuk watak lain menyertai barisan. Sumber rujukan: Dotesports

Read More

PC

Pemain profesional VALORANT Vietnam ditangkap menipu di VCT APAC Stage 1 2022

Pemain VALORANT Vietnam Tất Cẩm “Nomsenpai” Khôn digantung selama setahun selepas menipu dalam perlawanan rasmi VCT. Pasukannya Ice Cee Jay Too juga hilang kelayakan daripada VCT APAC Stage 1 2022.

Dia dilihat menggunakan aplikasi ‘hack‘ semasa VCT 2022 Stage 1: Vietnam Open Qualifications apabila pasukannya Ice Cee Jay Too bermain perlawanan kompetitif di Haven.

Nomsenpai dilihat menggunakan gabungan wall hack dan aimbot kerana dia dilihat membidik dan menembak musuh disebalik lindungan asap dan dinding.

Lihatlah sendiri bukti penipuan di bawah.

Riot Games menerangkan, “Menipu dalam mana-mana perlawanan VALORANT adalah bertentangan dengan peraturan permainan kompetitif dan melanggar peraturan permainan adil.”

Penggantungan Nomsenpai daripada semua kejohanan rasmi Riot Games akan bermula pada 26 Januari dan berakhir pada tahun berikutnya. Manakala, pasukannya Ice Cee Jay Too perlu menunggu sehingga VCT Stage 2 2022 untuk bersaing semula.

Sumber rujukan: Riot Games

Read More

PC

TSM melengkapkan barisan pemain VALORANT untuk VCT 2022

Pasukan VALORANT Amerika Utara Team Solo Mid atau TSM sudah mengunci barisan pemain untuk VALORANT Champions Tour (VCT) tahun ini yang akan bermula pada 27 Januari.

5 pemain yang bakal bermain di bawah panji TSM pada tahun ini adalah:

  • Matthew “WARDELL” Yu
  • Yassine “Subroza” Taoufik
  • Aleko “LeviathanAG” Gabuniya
  • Corey “Corey” Nigra
  • Daniel “Rossy” Abedrabbo

Pasukan TSM berjaya merembat kedudukan tempat pertama pada VCT 2021: North America Stage 3 Challengers 2, tetapi mereka tewas pada pusingan pertama bracket bawah di VCT 2021 NA Stage 3 Challengers Playoffs. Ini menyebabkan kegagalan mereka untuk maju ke kejohanan antarabangsa VALORANT.

Kini, barisan pemain pasukan itu sudah berlatih bersama selama beberapa minggu dan setiap pemain ditandatangani sejurus selepas tempoh percubaan berakhir akhir tahun lalu.

TSM dijangka akan beraksi di pusingan kelayakan terbuka VCT 2022 yang akan berlangsung pada 27 Januari nanti.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

PC

Pemain VALORANT meminta mod latihan ‘retake’ dari CSGO

VALORANT dan Counter Strike Global Offensive (CSGO) adalah permainan yang berkongsi beberapa elemen penting. Antaranya adalah konsep pasukan menyerang dan pasukan bertahan. Pasukan menyerang akan cuba mengaktifkan Spike dan pasukan bertahan akan cuba untuk menghalang daripada itu berlaku.

Di CSGO, terdapat sebuah mod yang dinamakan sebagai ‘retakes‘ yang hanya memfokuskan kepada bahagian serangan semula pasukan bertahan untuk menyelamatkan tapak itu.

Video di bawah sebagai contoh.

Idea ini ditekankan oleh pengguna Reddit bernama gl1ch yang menerangkan situasi keperluan mod ini.

Menurut beliau, mod seperti Spike Rush tidak menekankan elemen ‘retake’ manakala mod seperti Escalation pula tidak menawarkan elemen strategik dalam permainan itu.

Malah, peminat VALORANT dari dahulu lagi meminta untuk membuat pelayan tersuai untuk mod-mod seperti ini dan lain lagi, contohnya mod ‘ Headshot Only’.

Harapnya, Riot Games dapat mengimplementasikan idea ini serta idea pelayan tersuai untuk meningkatkan nilai permainan penembak taktikal itu pada masa hadapan.

Sumber rujukan: Reddit 

Read More

Showing 1 - 12 of 32 Results