RMG
REV Media Group dilantik sebagai rakan strategik platform digital MyMall
Berita baik buat REV Media Group selepas satu memorandum persefahaman ditandangani antara mereka dan MyMall melalui SME Bank sekali gus mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.
RMG dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.
Turut hadir ke majlis pertukaran mememorandum persefahaman ini adalah YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.
KUSKOP memperkenalkan sebuah platform digital yang dinamakan MyMall. MyMall adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan.
Ia merangkumi empat paksi utama iaitu e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.
Sebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).
RAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasarkan audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.
Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata RMG akan memberikan kredit percuma kepada para usahawan PKS dan ahli komuniti perniagaan MyMall untuk mereka mula mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka.
“RAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik,” katanya.
Para usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall.
Dengan menggunakan platform REV Ad Manager, usahawan PKS boleh mengiklankan produk mereka secara terus dan memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG di jenama-jenama terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan banyak lagi.
Sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia, REV Media Group menyambut baik inisiatif ini dan sentiasa berusaha untuk membantu proses pemasaran para usahawan tempatan ke tahap yang lebih baik.