Savvy Gaming Group

eSPORTS

ESL Gaming dibeli oleh syarikat Arab Saudi dengan harga melebihi AS$1 billlion

ESL Gaming dan FACEIT, dua penganjur kejohanan e-sukan terbesar di dunia, mengumumkan penggabungan yang akan dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini.

Akhbar perniagaan Jerman Handelsblatt melaporkan kedua-dua syarikat itu dibeli oleh Savvy Gaming Group (SGG) yang disokong kerajaan Arab Saudi untuk gabungan AS$1.5 bilion (RM6.29 bilion). 

Menurut laman webnya, kumpulan Savvy Gaming ialah ‘pelabur jangka panjang’ yang dibentuk untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan e-sukan dan industri permainan yang lebih luas di seluruh dunia.

Gabungan ini akan menghasilkan entiti baharu yang dinamakan ESL FaceIt Group.

Menurut CEO ESL Gaming, Craig Levine, gabungan ini tidak mengubah visi dan misi mereka.

“Misi kami tidak berubah: untuk mencipta dunia di mana sesiapa sahaja boleh menjadi meninggalkan impak. Penggabungan kami dengan FACEIT, bersama-sama dengan sokongan SGG, akan memberi kami lebih banyak pengetahuan, keupayaan dan sumber berbanding sebelum ini untuk melaksanakan visi ini,” kata Levine.

Namun, kebimbangan mula muncul dalam komuniti e-sukan. Pengulas permainan Rainbow 6 Siege, CaliberJacob, menerangkan bahawa gabungan menarik ini akan membawa pelbagai perubahan kepada arena permainan.

Tetapi beliau bimbang akan kepada komuniti LGBTQ+ yang sememangnya tidak diterima di Arab Saudi.

Pengambilalihan ini berlaku hanya seminggu selepas gergasi teknologi Microsoft mengumumkan pembelian penerbit Activision Blizzard untuk hampir AS$69 bilion (RM 288 bilion).

Walaupun begitu, kita masih belum dapat dilihat apa impak pengambilalihan ini bagi pemain dan peminat e-sukan.

Sumber rujukan: Handelsblatt, GamesIndustry

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results