Scam

CONSOLE

Pelaku ‘scam’ PS5 terbesar Malaysia akhirnya diberkas dan didakwa

Pada hujung tahun lalu, komuniti gamers digemparkan dengan kisah penipuan terbesar yang melibatkan konsol Sony PlayStation 5, nilai wang yang besar serta jumlah mangsa yang tidak terkira. Kisah ini terlalu hangat sehingga menggerakkan ramai ahli komuniti untuk berdepan dengan si pelaku itu di kawasan kediamannya seperti yang dilaporkan.

Tetapi, tiada penyelesaian pada waktu itu.

Kini, si pelaku, atau dikenali dengan namanya, Bryan Tan Pei Er, 24, diberkas baru-baru ini dan didakwa menipu 7 individu sebanyak RM30,608 pada hujung tahun lepas. Bryan Tan tidak mengaku bersalah di hadapan dua mahkamah berbeza.

Gambar dari Utusan

Graduan jurusan farmasi itu dituduh di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menipu empat mangsa dengan janji untuk memberikan PS5 Disk Version.

Namun, janji itu tidak ditunaikan.

Wang mangsa-mangsa semuanya dijumpai disalurkan ke akaunnya serta akaun ibunya.

Selain pemperdayaan konsol PlayStation 5, Bryan Tan juga berdepan dengan pertuduhan memperdaya seorang individu sebanyak RM68,880 untuk sejenis patung figura Bearbrick yang tidak wujud pun sebenarnya.

Jumlah wang yang diterima Bryan Tan mungkin berbeza dengan laporan sebelum ini. Ini mungkin kerana sejumlah mangsa tidak berjaya melaporkan insiden ini dan menjadikan nilai wang rasmi pemperdayaan sebanyak Rm30,608.

Sejenis patung Bearbrick

Bryan Tan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Manakala, di hadapan Majistret Wong Chai Sia, Bryan Tan menghadapi pertuduhan yang sama yang melibat kan dua mangsa lain dengan kerugian RM22,958.

Bryan Tan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan mengikut dan Seksyen 420 kanun sama.

Dia kini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM16,500 dan kes akan disebut semula pada 3 dan 4 Mac ini.

Sumber: Sinar Harian

 

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results