SEM9

Hajiyaad cari nafas baru, kini jadi Pengurus SEM9 Free Fire

Selang sehari selepas SEM9 membuat kejutan dengan barisan pemain baharu bagi menghadapi musim baru dalam kancah e-sukan Free Fire, kini mereka merekrut individu berpengaruh dalam komuniti Free Fire, Hajiyaad.

Melalui satu kenyataan rasmi di laman rasmi Facebook milik organisasi e-sukan SEM9, Hajiyaad atau nama sebenarnya, Hazrin Hakimi sah diumumkan pengurus pasukan itu bagi menghadapi musim ini.

“Saya rasa bersyukur di atas perlantikan ini, amat berterima kasih kepada SEM9 kerana memberikan kepercayaan terhadap saya untuk tugas ini,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Walaupun menganggap hal itu satu cabaran baru buatnya, namun katanya rasa gementar itu masih ada.

“Harapan saya adalah ingin melihat pasukan saya menunjukkan aksi terbaik sepanjang MCPS nanti dan harapan dapat melebarkan sayap ke pentas dunia FFWS November ini,” ulas Hajiyaad tentang harapan untuk pasukannya.

Hajiyaad bukan nama yang asing dalam Free Fire selepas beberapa kali hadir dalam kejohanan rasmi sebagai pengulas. Gaya ulasan yang bertenaga menjadi trademark baginya dalam setiap kejohanan dan beberapa kali dipuji oleh peminat e-sukan tempatan.

Antara kejohanan yang diulas oleh Hajiyaad adalah:

– Free Fire Tri-Nation Cup 2020
– Free Fire Continental Series: Asia 2020
– MCP Major S1
– Free Fire World Series 2021 Singapore
– Free Fire Malaysia Championship 2021
– MCP Major S2
– Asia Championship 2021
– Free Fire Challenger Series Malaysia S1
– MCP Major S3
– ESL Snapdragon Mobile Open S1

Read More

eSPORTS

SEM9 Wild Rift layak ke playoffs SEA Esports Championship

Pasukan SEM9 Wild Rift berjaya layak ke playoff SEA Esports Championship selepas mendapat tempat ketiga dalam kumpulan A dengan pengumpulan tujuh mata.

Mereka dianggotai oleh:

  • Poon Kok Sing – OzoraVeki
  • Jonathan Chan Mun Shum – Chilly
  • Chan Roong Han – ArrHedge
  • Chun Chin Wee – Winter
  • Liew Kuan Chuen – Sagi

Dalam peringkat kumpulan, mereka bertembung dengan pasukan hebat seperti Buriram United dari Thailand dan MBR Esports dari Indonesia. Kedua-dua pasukan ini mempunyai rekod yang agak baik dalam kejohanan Wild Rift diadakan sebelum ini.

Di peringkat suku akhir dijangka berlangsung 13 Januari ini, mereka akan lawan dalam pusingan kalah mati bertemu skuad Singapura, Team XD.

Kejohanan ini disertai Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam. Difahamkan, ia diadakan sebagai persediaan (rehearsal) bagi Sukan SEA ke-31 akan datang.

Foto: Instagram @sem9.gg

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results