SnappEd
Jabatan Pendidikan Perlis dan SnappEd Edu anjur Gamified: Battle of School – Roblox seiring pembelajaran
Permainan video boleh berganding bahu dengan aspek pendidikan bagi membawa lebih banyak manfaat proses pembelajaran.
Ini usaha dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Perlis dengan penganjuran Gamified: Battle of School peringkat negeri Perlis.
Pertandingan ini disertai oleh semua sekolah rendah di Perlis dan diwakili murid-murid yang berusia 10 tahun hingga 12 tahun.
Permainan yang digunakan juga menggunakan aplikasi pendidikan SnappEd dan menggunakan pelantar Roblox sejak Mei lalu dan menarik minat ramai murid dari 74 sekolah rendah seluruh Perlis.
Format pertandingan Gamified ini ialah pelajar perlu melakukan lima tugasan kerja sekolah melalui SnappEd kemudiannya markan mereka akan ditukarkan ke Edcoins.
Dengan Edcoins mereka boleh menggunakan mata wang itu untuk ditukarkan dalam Gamified untuk mendapatkan kuasa dan booster tambahan.
Permainan Gamified menggunakan konsep protect the flag di mana mereka perlu memperathankan mahkota daripada dirampas pasukan lawan.
Pertandingan itu dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik selepas mengalahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, Mata Ayer, dengan 3-0.
“”Peserta kami rata-ratanya berusia 12 tahun dan mereka sudah berbulan lama melakukan persiapan untuk permainan mudah alih ini. Kita tetap mengingatkan mereka untuk tidak terlalu leka, sebaliknya perlu diselang-seli juga dengan mengulangkaji pelajaran lain,” ujar Ong Hock Leng, Guru Besar SJKC Khoon Aik.
“Perlis adalah projek rintis kami dan mungkin kita akan laksanakan musim kedua bagi permainan Gamified ini untuk diperluas ke negeri lain kerana difahamkan sudah ada permintaan terhadap konsep ini diperluas ke negeri lain,” tambah Ilyas Jamil, Pengarah Urusan SnappEd.
Perlis juga menjadi projek rintis untuk membawa Gamified dan permintaan terhadap konsep pembelajaran dan permainan video mendapat permintaan untuk negeri lain pula.
Rujukan: Berita Harian