Soloz
Toyota GR Velocity Esports Championship 2022 akan diadakan di One Utama pada 6 dan 7 Ogos ini, Jom hadir!
Toyota GAZOO Racing Velocity Esports Championship kini dalam tahun ke-5 penganjurannya. Hebat!
Ia memberi peminat kelebihan untuk menyertai Toyota GAZOO Racing dan juga meningkatkan industri sukan permotoran dan permainan video di Malaysia.
Untuk edisi kelima ini, pertandingan Toyota GR Velocity 2022 akan bermula 6 dan 7 Ogos ini di 1 Utama Center Court dan bersiaran langsung di Facebook rasmi mereka dan Youtube bermula jam 11 pagi bagi kedua-dua hari.
Dengan hadiah terkumpul RM70,000, pemenang akan turut mewakili Malaysia di kelayakan GT Supra Asia Pacific Regional untuk berentap dengan yang terbaik di Asia sebelum berpeluang meneruskan misi ke global final.
Bagi anda yang hadir ke 1 Utama Center Court, bolehlah mencuba simulator perlumbaan yang disediakan. Yang paling best, kalau anda boleh menang mengikut masa yang ditetapkan oleh Tengku Djan, anda akan menerima GR merchandise. Bestnya hadiah percuma.
Jadi apa tunggu lagi? jangan lupa hadir ke 1 Utama pada 6 dan 7 Ogos ini! Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Toyota GR Velocity.
Siapa akan hadir nanti?
Yang menariknya, Soloz, DaddyHood, Penjahat dan selebriti TGR lain seperti Khai Bahar dan Janna Nick serta Syukri Yahaya juga akan membuat kemunculan istimewa semasa Grand Final kelak.
Jangan lupa saksikan siaran langsung perlumbaan selebriti ini pada hari Ahad, jam 5:20 petang dan persembahan selebriti bermula jam 6:10 petang.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, lebih dari 4 juta penonton telah menonton pertandingan Toyota GAZOO Racing Velocity Esports Championship.
Ini adalah senarai semi finalis yang layak dan akan berentap di grand final nanti:
Jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan kejohanan ini dan memberi sokongan kepada finalis yang bertanding!
GAZOO Racing Young Driver Development Program
Selain itu, memperkenalkan program GAZOO Racing Young Driver Development di mana program ini akan mencari pelumba simulasi terbaik berumur 16 sehingga 20 tahun bsgi menyediakan mereka dengan realiti perlumbaan sebenar.
UMW Toyota Motor juga membuktikan simulasi perlu ada bagi memupuk masa depan pelumba-pelumba.
Program ini terbukti apabila seorang pemandu berumur 20 tahun berjaya menjadi juara untuk Rookie Class dalam Toyota GAZOO Racing Vios Challenge.
Simulasi membuktikan anda juga boleh menjadi pelumba sebenar. Sebelum ini, program itu bermula dengan dua pelumba dari sekumpulan enam pelumba muda direkrut untuk menjalani latihan intensif sebelum layak untuk bertanding dalam Rookie Class di siri Toyota GAZOO Racing Vios Challenge.
Pada tahun pertama, pemenang keseluruhan berusia 20 tahun yang tiada pengalaman memandu langsung. Individu ini kemudiannya bertanding di beberapa kejohanan Vios Challenge dan kini dianggap pelumba disegani.
Mereka kini menyertai beberapa kejohanan lumba sebenar termasuklah GAZOO Racing Vios Spring Cup yang mana merupakan perlumbaan daya ketahanan berdurasi satu jam.
Adakah anda pelumba simulasi seterusnya yang akan berlumba di litar sebenar?
Toyota dikenali di serata dunia dengan peningkatan perlumbaan secara atas talian diperkenalkan oleh Toyota GAZOO Racing GT Cup yang mempunyai tahap antarabangsa dan Asia.
Di Malaysia, Toyota GAZOO Racing Malaysia adalah perintis terawal yang yang menjadi satu-satunya jenama pengeluar kereta yang aktif dengan e-sukan dan online racing.