Sony
Sony menaikkan harga PlayStation 5 di Malaysia sebanyak RM200
Inflasi dan masalah bekalan komponen menyebabkan PlayStation 5 mengalami masalah stok bagi banyak pasaran di pelbagai negara termasuk Malaysia.
Disebabkan keadaan ekonomi yang mencabar ini, Sony Interactive Entertainment (SIE) mengambil keputusan sukar untuk menaikkan harga pasaran bagi PlayStation 5 di beberapa negara di Eropah, Timur Tengah, Afrika (EMEA), Asia Pasifik (APAC), Amerika Latin (LATAM) dan Kanada.
Ini adalah harga baru yang diperkenalkan:
Singapura:
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – SGD799
PS5 Edisi Digital – SGD669
Malaysia:
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – RM2,499
PS5 Edisi Digital – RM2,069
Indonesia
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – IDR 9,699,000
PS5 Edisi Digital – IDR 8,199,000
Thailand
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – THB 18,690
PS5 Edisi Digital – THB 15,690
Filipina
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – PHP 30,790
Vietnam
PS5 Ultra HD Blu-ray dengan CD – VND 15,990,000
Mereka juga mengatakan keutamaan diberikan kepada pemulihan stok bagi membolehkan lebih ramai pemain akan memiliki konsol ini.
Sumber: PlayStation Blog
Pelaku ‘scam’ PS5 terbesar Malaysia akhirnya diberkas dan didakwa
Pada hujung tahun lalu, komuniti gamers digemparkan dengan kisah penipuan terbesar yang melibatkan konsol Sony PlayStation 5, nilai wang yang besar serta jumlah mangsa yang tidak terkira. Kisah ini terlalu hangat sehingga menggerakkan ramai ahli komuniti untuk berdepan dengan si pelaku itu di kawasan kediamannya seperti yang dilaporkan.
Tetapi, tiada penyelesaian pada waktu itu.
Kini, si pelaku, atau dikenali dengan namanya, Bryan Tan Pei Er, 24, diberkas baru-baru ini dan didakwa menipu 7 individu sebanyak RM30,608 pada hujung tahun lepas. Bryan Tan tidak mengaku bersalah di hadapan dua mahkamah berbeza.
Graduan jurusan farmasi itu dituduh di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menipu empat mangsa dengan janji untuk memberikan PS5 Disk Version.
Namun, janji itu tidak ditunaikan.
Wang mangsa-mangsa semuanya dijumpai disalurkan ke akaunnya serta akaun ibunya.
Selain pemperdayaan konsol PlayStation 5, Bryan Tan juga berdepan dengan pertuduhan memperdaya seorang individu sebanyak RM68,880 untuk sejenis patung figura Bearbrick yang tidak wujud pun sebenarnya.
Jumlah wang yang diterima Bryan Tan mungkin berbeza dengan laporan sebelum ini. Ini mungkin kerana sejumlah mangsa tidak berjaya melaporkan insiden ini dan menjadikan nilai wang rasmi pemperdayaan sebanyak Rm30,608.
Bryan Tan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Manakala, di hadapan Majistret Wong Chai Sia, Bryan Tan menghadapi pertuduhan yang sama yang melibat kan dua mangsa lain dengan kerugian RM22,958.
Bryan Tan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan mengikut dan Seksyen 420 kanun sama.
Dia kini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM16,500 dan kes akan disebut semula pada 3 dan 4 Mac ini.
Sumber: Sinar Harian
EA mungkin syarikat seterusnya yang akan diambil alih
Laporan mengenai pengambilalihan Activision Blizzard yang dirancang oleh Xbox mencadangkan EA mungkin yang seterusnya diambil alih oleh sebuah syarikat lain, dan mungkin daripada Sony.
Pengambilalihan Microsoft Activision Blizzard akan mempunyai kesan yang besar untuk industri permainan, dan bukan hanya dari segi bagaimana ia mengubah nasib Xbox dan PlayStation.
Sebagai contoh, syarikat lain akan mendapat idea bahawa membeli penerbit besar adalah sebuah idea.
Sebelum ini, kebanyakan pemerolehan permainan video adalah untuk pembangun dan penerbit yang lebih kecil, dan biasanya diukur dalam berjuta-juta, bukan berbilion-bilion.
Microsoft mengubahnya terlebih dahulu dengan memperoleh Bethesda, kemudian Take-Two baru-baru ini dengan Zynga. Sekarang seolah-olah tiada syarikat yang selamat, termasuk gergasi seperti EA.
Dengan nilai hanya AS$38 bilion (RM159 bilion), EA tidaklah besar berbanding Microsoft, Google, Amazon, Netflix dan Meta, dan laporan Financial Times baharu mencadangkan mereka kini menjadi sasaran utama.
EA lebih kurang saiz yang sama seperti Activision Blizzard, dengan lebih banyak akaun pengguna tetapi margin operasi yang lebih rendah. Laporan muncul bahawa pada satu ketika, CEO Activision Bobby Kotick, sedang meneroka kemungkinan permerolehan EA.
Ia juga dicadangkan bahawa Sony mungkin berminat untuk memperoleh EA, walaupun Sony adalah syarikat yang jauh lebih kecil daripada Microsoft dan tidak mampu membayar perbelanjaan sedemikian dengan mudah.
Ada kemungkinan Sony berasa tertekan untuk berbuat demikian, terutamanya jika mereka takut bahawa Microsoft akan masuk sebelum mereka dan memperoleh satu lagi penerbit pihak ketiga yang gergasi.
Sumber rujukan: PushSquare
Sony meningkatkan pengeluaran PlayStation 4 demi mengatasi kekurangan PlayStation 5
Ketandusan barangan elektronik tahun ini bukan sesuatu yang baharu. Malah, isu ini sudah hampir setahun berlarut dan industri-industri sudah melakukan pelbagai langkah untuk mengatasi isu ini. Sebagai contoh, Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya.
Tetapi Sony mengambil langkah yang sedikit pelik. Demi menangani masalah kekurangan stok PlayStation 5, syarikat itu memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran konsol generasi lepas, PlayStation 4.
Walaupun Sony mengumumkan untuk menamatkan penghasilan PlayStation 4 pada hujung tahun 2021, ketandusan yang kritikal ini menyebabkan Sony terpaksa menukar rancangan asal mereka. Langkah ini akan menambah kira-kira sejuta unit PS4 tahun ini untuk membantu mengimbangi tekanan ke atas pengeluaran PS5.
Hal ini menimbulkan beberapa isu yang agak penting. Adakah konsol ini masih ada permintaan di pasaran? Persoalan ini muncul kerana terdapat pelbagai permainan yang akan hadir yang mungkin tidak akan tiba di konsol PS4 seperti God of War Ragnarok atau Horizon Forbidden West.
Tambahan pula, ia meragukan apabila pemain perlu membeli konsol dua kali dengan PS4 dan PS5 apabila konsol generasi hadapan itu akhirnya mempunyai stok.
Tetapi menurut laporan oleh seorang jurucakap Sony, sistem PlayStation 4 adalah sebuah sistem yang terlaris di pasaran dan pasti akan ada permintaan.
Adakah langkah ini akan mengurangkan tekanan Sony untuk memenuhi permintaan PlayStation 5? Kita akan lihat pada beberapa bulan yang akan datang.
Sumber rujukan: Bloomberg
Permainan Horizon Forbidden West yang hampir siap sudah tertiris
Antara permainan PlayStation 5 yang ditunggu oleh orang ramai pada tahun ini adalah sambungan kepada permainan dunia terbuka siri Horizon iaitu Horizon Forbidden West. Permainan ini menawarkan visual yang menarik dan pasti akan menyambungkan plot cerita mantap yang ditinggalkan oleh Horizon Zero Dawn.
Namun, bagi peminat yang menunggu permainan ini, anda disarankan berhati-hati kerana sudah terdapat tirisan permainan ini yang tular di media sosial.
Menurut VGC, permainan yang tertiris ini adalah sah dan mengandungi dekat 80% aset dan kandungan yang akan digunakan dalam permainan lengkap nanti.
Rentetan itu, segala tirisan yang dijumpai di media sosial sudah diturunkan atas arahan Sony. Ini memberi implikasi bahawa tirisan itu adalah benar dan Sony ingin mengelakkan insiden spoiler seperti yang berlaku pada The Last of Us 2.
Setakat ini, permainan ini tidak dikongsi di laman web perkongsian, tetapi yang pasti adalah Sony akan lebih berhati-hati tentang kejadian ini kerana ia pernah berlaku dengan permainannya dahulu.
Horizon Forbidden West akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 18 Februari.
Sumber rujukan: Gameort
PlayStation mula bersedia untuk integrasi Discord
Pada Mei 2021, Sony mengumumkan perkongsian baharu dengan Discord yang bertujuan untuk membawa perkhidmatan komunikasi popular ke konsol PlayStation.
Malangnya, tarikh pelancaran yang tepat untuk integrasi yang dijangkakan tidak didedahkan oleh Sony atau Discord, tetapi pengumuman itu menjangkakan bahawa ia akan berlaku pada awal 2022.
Buat masa ini, Sony dan PlayStation masih senyap dan tiada pengumuman baru tentang integrasi ini. Namun, seorang pengguna Discord nampaknya dapat memautkan akaun PlayStation mereka sebelum pelancaran rasmi ciri ini, dan berkongsikan pengalaman beliau di Reddit.
Walaupun siaran itu sudah dihapuskan oleh moderator Reddit, seorang pengguna menggunakan subreddit Discord untuk mendedahkan bahawa mereka dapat memautkan akaun PlayStation Network mereka ke Discord.
Dalam imej, di bawah tab ‘Connections’ pada Discord, pengguna Reddit itu dapat memautkan akaun biasa mereka seperti Facebook, Steam dan banyak lagi, sambil turut mempunyai pilihan ‘PlayStation Network’ tersedia.
Nampaknya Discord dan PlayStation tidak lama lagi dapat berborak dalam satu pelayan yang sama.
Sumber: PushSquare
Peranti realiti maya generasi hadapan, PlayStation VR2, didedahkan
Selepas bertahun-tahun khabar angin, PlayStation VR2 didedahkan secara rasmi oleh Sony untuk PlayStation 5. Jadual pelancaran untuk set kepala dan alat kawalan masih belum diumumkan, tetapi PlayStation sudah mengeluarkan spesifikasi penuh dan mengumumkan permainan baharu yang besar iaitu Horizon Call of the Mountain.
Peranti realiti maya akan menawarkan 4K HDR, paparan OLED dengan resolusi 2000×2040 setiap mata, penjejakan pengawal berasaskan set kepala bermaksud anda tidak memerlukan kamera luaran, penjejakan mata, medan pandangan 110 darjah dan getaran pada set kepala.
Alat dengar akan serasi dengan pengawal Sense baharu PlayStation. Pengawal Sense akan menampilkan sistem penderiaan gerakan enam paksi, maklum balas haptik dan banyak lagi.
Untuk pelancaran PSVR2 ini, Sony mengumumkan sekali permainan Horizon Call of the Mountain yang akan dimainkan bersama peranti realiti maya ini.
Permainan VR ini sedang dibangunkan oleh Guerilla Games bersama Firesprite. PlayStation memperoleh Firesprite pada September 2021 dan studio ini pernah bertanggungjawab untuk permainan seperti The Playroom, The Playroom VR dan The Persistence.
Sony tidak mendedahkan titik harga untuk peranti ini, tetapi persediaan PlayStation VR asal agak mahal. Dengan PlayStation 5 masih sukar didapati pada harga berpatutan, kita pasti dapat melihat nilai yang sanggup dibelanjakan oleh pengguna untuk peranti VR yang baharu sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jika Horizon adalah petunjuk bahawa lebih banyak permainan Sony utama akan mendapat permainan VR, mungkin lebih ramai pemain akan mencuba alam VR ini.
Sumber: Twitter