Square Enix
Fullmetal Alchemist Mobile lancarkan video treler karakter
Square Enix akan melancarkan Fullmetal Alchemist Mobile di Jepun tidak lama lagi.
Kini beberapa trailer watak-watak dari Fullmetal Alchemist juga diperkenalkan termasuk gameplay.
Bagi yang tidak mengetahui mengenai Fullmetal Alchemist, kisah ini menceritakan mengenai dua adik-beradik Edward dan Alphonse Elric yang cuba menghidupkan ibu mereka kembali namun cubaan itu gagal.
Edward kehilangan tangan dan kakinya manakala Alphonse kehilangan seluruh badan kecuali rohnya sahaja.
Permainan ini akan memberi fokus kepada permainan taktikal.
Ini adalah karakter yang bakal dikeluarkan nanti dalam Fullmetal Alchemist Mobile.
- Edward Elric
- Alphonse Elric
- Winry Rockbell
- Izumi Curtis
- Sig Curtis
- Roy Mustang
- Riza Hawkeye
- Jean Havoc
- Heymans Breda
- Vato Falman
- Kain Fuery
- Alex Louis Armstrong
- Maes Hughes
- Maria Ross
- Oliver Mira Armstrong
- Buccaneer
- Miles
- Ling Yao
- Lan Fan
- Fu
- Scar
- May Chang
- Yoki
- Tim Marcoh
- Lust
- Gluttony
- Envy
- Greed
- Sloth
Permainan ini akan dilancarkan tidak lama lagi dan ramai peminat Fullmetal Alchemist berharap versi Global akan dilancarkan juga.
Sephiroth versi Ronald McDonald – diabadikan sebagai mod FFVII Remake Intergrade
Sejak munculnya Final Fantasy 7 Remake Intergrade di Windows PC Disember lepas, ramai modders sudah mengeluarkan pelbagai jenis mods yang ada.
Dari menukarkan pakaian karakter sehingga memperbetulkan masalah pepijat dan pelbagai lagi mods yang tidak tercapai dek akal fikiran.
Mod ini digelar Sephironald dan dibuat oleh Crandiff pada 29 Disember tahun lalu.
Anda boleh memuat turun mod ini di Nexus Mods.
Sebenarnya asal usul mod ini adalah dari sorang cosplayer yang menggabungkan Sephiroth dengan Ronald McDonald iaitu maskot McDonalds.
Siapa sangka Sephiroth yang menjadi antara antagonis paling hebat dalam dunia permainan video bakal ditambah dengan solekan Ronald McDonald.
Melihat Cloud berlawan dengan Ronald McDonald pasti akan membuat anda tertawa walaupun dalam adegan yang sangat serius.
i should never have been allowed mods for final fantasy 7 remake pic.twitter.com/ue53cK7dON
— hannah✨ (@louiseyhannah) January 3, 2022
Seorang streamer bernama Louiseyhannah memuat naik beberapa kompilasi kelakar Cloud memakai gaun ketika di Don Corneo termasuklah kemunculan Sephironald.
Banyak lagi mods akan datang yang bakal membawa benda-benda yang tidak masuk akal.
Malah bukan FFVII sahaja malah banyak lagi permainan video lain yang mempunyai mods mereka tersendiri.
Ada boleh memuat turun pelbagai jenis mod untuk pelbagai jenis permainan video di Nexus Mods.
Square Enix berharap NFT dan blockchain bakal menjadi trend untuk permainan video
Yosuke Matsuda Presiden Square Enix baru-baru ini mengeluarkan surat tahun baru dimana beliau memberitahu tentang minat Square Enix dengan kemunculan trend seperti NFT dan teknologi blockchain.
Banyak syarikat permainan video lain juga sudah mula menjual barangan digital seperti Ubisoft walaupun ramai kritik yang berlaku akibat dari jejak karbon yang teruk.
Dalam surat itu, Matsuda memberitahu NFT bakal menjadi satu trend baru bersama metaverse, teknologi cloud dan kriptowang dalam industri permainan video.
“Saya percaya hal ini mempunyai potensi untuk pembesaran permainan video,” tulisnya.
Matsuda juga mahu Square Enix untuk memperkenalkan kriptowang mereka sendiri.
“Saya juga sedar ramai permain bermain permainan video untuk berseronok sebagai majoriti tetapi, saya juga percaya terdapat beberapa pemain yang bermotivasi untuk menyumbang sambil bermain,”
Matsuda juga percaya bahawa ramai pasti akan cuba untuk menyumbang sambil mendapat insentif dan berseronok bermain permainan video dari Square Enix.
Apa pendapat anda? Patutkah permainan video menggunakan NFT atau blockchain.
Namun setiap pembina permainan video perlu ingat orang yang yang bakal menyumbang adalah minoriti sahaja.