Sukan Komanwel

Dota 2: Skuad Wanita negara raih pingat emas

Skuad wanita Dota 2 negara yang menentang England sebentar sahaja tadi meraih kemenangan bersih 2-0 di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.

Kemenangan itu berjaya didapatkan apabila Team Malaysia membawa masuk Alchemist di perlawanan terakhir.

Pasukan England sukar untuk menyekat farming Alchemist dari semasa ke semasa menyebabkan tower mereka hancur dimusnahkan.

Alacrity yang diberikan oleh Invoker kepada Alchemist memperkuatkan lagi kekuatan hero itu.

Selain itu, bantuan stun yang diberikan oleh Dragon Knight dan Nyx Assassin membuatkan mereka mudah untuk merusuh ke arah pasukan England.

Skuad wanita negara mengakhiri permainan dengan rampage yang berjaya didapatkan oleh iStarx.

Tahniah diucapkan kepada skuad wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan membawa pulang pingat emas.

Team Malaysia bersama pengurus mereka, Afiq Fadhli Narawi.

Mereka membuktikan mereka adalah skuad wanita Dota 2 terbaik negara dengan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.

Team Malaysia bersama MESF (Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia).

Read More

Gadis Sibu: anak Sarawak pertama wakil Dota 2 Wanita ke Sukan Komanwel 2022

University of Technology Sarawak (UTS) kini akan membuka pusat e-sukan di kampus universiti mereka dan menjadi peneraju pembangunan e-sukan di antara universiti di Sarawak.

Menurut Dr Annuar Rapaee selaku Pengerusi UTS, pembangunan e-sukan ini akan menjadi tempat inovasi permainan video baharu dan memupuk lebih ramai pemain.

Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat juga mengatakan UTS kini sudah mempunyai infrastruktur yang sesuai.

“Tambahan lagi, Nadrah Saufi juga kini akan menjadi wakil sukan Komanwel di Birmingham,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Info Sibu (@infosibu)

Nadrah, gadis 25 tahun kelahiran Sibu ini sedang menjalani pengajian Sarjana Muda Pengurusan Teknologi  dan menjadi anak Sarawak mewakili Malaysia bersaing dalam pertandingan e-sukan Dota 2 di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Pertandingan ini bermula pada 1 hingga 8 Ogos ini dalam kategori Wanita Dota 2.

“Semuanya adalah disiplin diri. Nadrah menjadi contoh terbaik yang berkecimpung dalam e-sukan dan masih cemerlang dalam pembelajarannya di UTS,” tambah Dr Annuar lagi.

Selamat maju jaya untuk Nadrah dan pasukan nanti di Sukan Komanwel!

Rujukan: The Borneo Post

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results