Summoner’s Cup
Piala World Championship League of Legends dibuat oleh Tiffany & Co.
Riot baru-baru ini mengumumkan mereka bakal membuat kolaborasi dengan syarikat besar barang kemas Tiffany & Co. untuk menghasilkan piala League of Legends World Championship.
Nampaknya syarikat barang kemas pun mahu menyertai dunia e-sukan.
Piala itu dikenali dengan nama The Summoner’s Cup.
Tiffany & Co. juga terkenal sebagai salah satu jenama barang kemas terbesar di dalam dunia dan masih kukuh berada di dalam industri sejak tahun 1837.
“Summoner’s Cup sudah lama menjadi simbol kehebatan e-sukan dan pertabalan terhebat untuk League of Legends,” ucap Naz Aletaha, Ketua Global League of Legends Esports untuk Riot Games.
Riot Games and @TiffanyAndCo Partner to Reimagine the @lolesports’ Summoner’s Cup: https://t.co/IFVk23WE0S pic.twitter.com/I37kcdXiqG
— LoL Esports (@lolesports) August 18, 2022
Summoner’s Cup ini mempunyai berat 19KG dengan ketinggian 68.58cm.
Masa yang diambil oleh mereka untuk membuat piala ini adalah empat bulan bersamaan dengan 277 jam di Cumberland, Rhode Island.
Worlds 2022 juga akan bermula tidak lama lagi dan Worlds Final akan diadakan pada 5 November ini di San Francisco.