Tencent
PUBG Mobile kolaborasi dengan Dragon Ball!
PUBG Mobile hari ini mengumumkan kolaborasi bersama siri anime ikonik sepanjang zaman, Dragon Ball. Ia bersempena filem terbaru, Dragon Ball Super: Super Hero yang dilancarkan di panggung wayang.
Ia mengisahkan tentang Askar Red Ribbon yang dimusnahkan oleh Son Goku dan kini kembali dalam bentuk Androids, Gamma 1 dan Gamma 2. Inilah masanya wira bumi berganding bahu menewaskan mereka.
Dragon Ball Super: Super Hero sudah pun ditayangkan di panggung wayang berdekatan anda.
Sebelum ini, PUBG Mobile sudah pun berkolaborasi bersama Neon Genesis Evangelion, Jujutsu Kaisen dan Arcane.
Krafton saman Apple, Google, Garena kerana Free Fire?
PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah salah satu permainan genre battle royale yang paling terkenal. Ini kerana ia adalah permainan yang paling awal dalam genre itu. Permainan itu dilancarkan pada awal tahun 2016 dan PUBG Mobile pula dilancarkan pada tahun 2018.
Kini, Krafton, syarikat induk pembangun dan penerbit PUBG, menyaman Apple, Google dan Garena, mendakwa pelanggaran hak cipta oleh permainan battle royale mudah alih Free Fire.
Menurut laporan daripada Reuters, Free Fire dikatakan meniru beberapa aspek permainan PUBG seperti “struktur permainan, item dalam permainan, peralatan dan lokasi,”
Walaupun Garena disaman kerana membangunkan Free Fire itu, Google dan Apple disaman sekali kerana mengedarkan Free Fire di gedung aplikasinya.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa Krafton sudah memohon Garena, Apple, dan Google untuk berhenti daripada mengedarkan permainan itu Disember lalu. Disebabkan tiada tindakan dari pihak tiga syarikat itu, Krafton membawa kes ini ke mahkamah di California untuk menyekat permainan dan menuntut ganti rugi yang dikatakan termasuk keuntungan Garena daripada jualan item dalam permainan.
Selain itu, Krafton juga menyebut Free Fire MAX sebagai salah sebuah permainan yang juga meniru elemen permainan hasil Krafton itu.
YouTube juga dinamakan sebagai defendan kes ini kerana pernah menganjurkan video permainan Free Fire, serta filem Cina yang dikatakan oleh Krafton sebagai dramatisasi aksi langsung permainannya.
Walaupun PUBG Mobile dengan cepat menjadi judul permainan mudah alih terkemuka sejak dikeluarkan empat tahun lalu, ia menghadapi persaingan daripada Garena Free Fire.
Tuntutan Krafton datang tidak lama selepas syarikat itu mengeluarkan permainan mudah alih baharu, PUBG: New State, yang dikeluarkan pada bulan November.
PUBG diserang pemain untuk bayaran balik dek menjadi ‘Free-to-Play’
Awal minggu ini PUBG: Battlegrounds, kini sudah melakukan peralihan ke Free-to-Play (F2p).
Namun tidak ramai orang menyukai perkara ini.
PUBG yang kini F2p sudah mendapat banyak peningkatan sehingga 670 ribu pemain serentak di Steam.
PUBG hit 670k peak concurrent players on Steam today, after going free to play.
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) January 12, 2022
This is double its usual concurrent user figure in the past month.
However, the game also received 13x the usual number of negative reviews from people that previously paid / annoyed by cheaters. https://t.co/kX1jmpjawu
Banyak pemain lama PUBG banyak meninggalkan review marah dan tidak berpuas hati.
PUBG Corporation berkata F2P adalah satu perkara yang dikatakan sesuai dan perlu dibuat.
“Saya tahu ramai yang berminat dengan PUBG: Battleground tetapi tidak pernah berpeluang untuk bermain disebabkan beberapa sebab. Jadi inilah masa yang tepat untuk menjadi F2P.”
Namun, banyak pemain yang tidak berpuas hati dan membuat banyak review tidak suka di Steam.
Semalam sahaja seak PUBG: Battlegrounds menjadi percuma, terdapat sebanyak 5,000 review negatif dalam 24 jam.
Dari “Bagi balik duit saya?” sehingga “free 2 play = cheat 2 play” malah ada juga yang mengatakan “Dari membaiki masalah penipu, mereka sebaliknya memberi PUBG secara percuma.”
Pemain yang sedia ada sebenarnya akan mendapat Special Commemorative Pack yang akan memberi banyak akses kekal dan beberapa bonus.
PUBG Mobile membuka pendaftaran Next Star program
Tencent kini melabur AS$100 juta (RM418 juta) ke dalam program baharu untuk pencipta kandungan PUBG Mobile. Program Next Star, yang memulakan proses pengambilannya. Program ini bakal menyediakan calon kepada akses eksklusif, pakej pampasan dan banyak lagi faedah.
PUBG MOBILE Next Star Program is looking for content creators GLOBALLY!
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) January 12, 2022
Stars will receive exclusive rewards, in-game perks, and greater exposure. 🤩
If you are a content creator, register here: 🔗 https://t.co/wE1GT3LiDG#PUBGMOBILE #PUBGMNEXTSTAR pic.twitter.com/fsvSSeDcaD
Program ini terbuka kepada semua orang dengan syarat mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di YouTube, TikTok, Twitch atau akaun media sosial lain. Calon juga disarankan untuk bersifat ‘profesional, bersemangat dan bekerja keras.’
Jika anda berminat dengan tawaran ini, anda boleh mengisikan borang penyertaan melalui Google Forms ini.
Calon yang diterima ke program ini akan ditawarkan latihan khas serta pakej pampasan. Calon juga akan dapat akses awal kepada PUBG Mobile versi-versi baharu sebelum ia dilancarkan ke pihak awam.
Tencent juga berjanji untuk memberikan calon tahap pendedahan yang tinggi melalui akaun rasmi PUBG Mobile dan juga menyediakan akses kepada kejohanan dan acara luar talian di seluruh dunia.
Calon-calon juga mungkin mendapat peluang untuk menyertai kejohanan eksklusif dan bermain bersama pemain profesional.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi program Next Star PUBG Mobile di sini.
Sumber rujukan: Twitter, PUBG Mobile
Pencipta ‘hack’ PUBG Mobile didenda AS$10 juta, mahkamah arah mendedahkan kaedah mencipta aplikasi penipuan
Permainan dalam talian sering dibelenggu masalah ini: penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘cheat’ dan PUBG Mobile tidak terkecuali. Walaupun pembangunnya, Krafton, sudah melakukan pelbagai usaha seperti menggantung pemain yang menggunakan kaedah terkutuk ini, isu ini masih berleluasa.
Malah, Krafton mengambil langkah untuk menutup akaun-akaun media sosial yang menjual aplikasi penipuan ini.
Mereka juga mengambil langkah drastik dan membawa isu ini ke pihak mahkamah. Mujurnya, mereka berjaya memenangi kes itu dan pembangun aplikasi penipuan itu didenda sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) yang perlu dibayar ke Tencent dan Krafton.
Pembangun ‘hack’ itu juga diarahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti lanjut mengenai pembangunan penipuan dan mendedahkan segala butiran tentang sebarang eksploitasi yang mereka gunakan untuk membolehkan pembangunan aplikasi penipuan dalam PUBG Mobile.
Melalui wang yang akan diterima ini, Tencent dan Krafton akan melaburkan wang ini kepada usaha pembangunan teknologi anti-penipuan. Antara teknologi baru hasil dua syarikat ini adalah ‘device ban’ yang menghalang peranti daripada log masuk atau mencipta akaun baru di PUBG Mobile.
Nampaknya usaha Tencent dan Krafton dalam menangani isu penipuan ini membuahkan hasil.
Sumber rujukan: Dotesports
Pandangan J Hunter, OnTheGo dan Pengurus Team Secret, Arif terhadap PMPL MYSGPH
Baru-baru ini PUBG Mobile di Filipina sudah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi wilayah PMPL ketiga bersama MYSG (Malaysia dan Singapura) dan membuatkan PMPL MYSGPH terbentuk.
Penulis berpeluang menemubual beberapa orang yang sudah banyak membantu dalam membangunkan e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.
Beberapa pandangan dari tiga individu yang sangat menonjol dalam e-sukan PUBG Mobile di Malaysia.
Partibhan “OnTheGo” Petchayappen (Pengulas)
“Saya rasa keputusan oleh Tencent sudah lama dibincangkan dan dibuat kajian.
“Malaysia juga antara negara yang terbaik dalam Asia Tenggara dan pernah melayakkan diri ke kejohanan dunia. Penambahan FIlipina ke PMPL MYSGPH sudah diperincikan dengan baik.
“Saya menerima dan menyokong keputusan mereka (Tencent),” katanya.
OnTheGo juga mengatakan, sebagai bekas pengurus pasukan, dia sudah lama menunggu liga Malaysia dijadikan francais.
Katanya, banyak faedah untuk ekosistem e-sukan secara menyeluruh. Namun, katanya, adakah Malaysia sudah bersedia untuk liga francais?
“Sebagai contoh, pasaran Indonesia adalah sangat besar dan ramai pelabur. Malaysia pula tidak mempunyai pasukan yang banyak seperti Indonesia.
“Mobile Legends Bang Bang juga berjaya membuat liga francais di Singapura dan hal ini sepatutnya dilihat baik untuk PMPL. Penambahan ini adalah satu permulaan baru untuk francais liga kita,” katanya.
Tambahnya, Filipina yang menyertai PMPL sebenarnya mempamerkan prestasi yang hebat.
“Malah saya rasa ramai pemain tidak mengadu mengenai hal ini. Gaji mereka juga akan dinaikkan akibat slot yang menjadi lebih sukar dan kompetitif.
“Jadi perkara ini sebenarnya lebih baik untuk organisasi. Saya akan sokong sepenuhnya hal ini!,” katanya.
Dia mengakhiri perbualan dengan mengatakan komuniti tempatan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan dia bersyukur Tencent memikirkan lebih kepada masa hadapan PUBG Mobile.
Arif (Pengurus Team Secret)
View this post on Instagram
“Secara jujur saya merasakan kemasukan pasukan Filipina ke dalam PMPL kali ini akan membuat pertandingan lebih kompetitif dari yang lepas.
“Banyak pasukan yang kuat dari Filipina terutamanya Blacklist International.
“Saya juga mengharapkan pasukan Malaysia dapat meningkatkat lagi prestasi terutamanya disebabkan penambahan ini untuk musim hadapan,” katanya.
JHunter
“Bagi saya keputusan PMPL kali ini adalah cuma slot tambahan sahaja dan saya menerima keputusan ini. Filipina pula selalu membuat meta baru dan hal ini sepatutnya boleh dicuba pemain-pemain kita.
“Kenapa tidak untuk membantu lagi pemain-pamain dari Malaysia.
“Bagi saya sebenarnya lebih bayak positif yang kita akan dapat daripada keputusan ini,” katanya.
J bagaimanapun menyatakan kerisauannya berkenaan suasana permainan yang mungkin lebih toksik.
“Namun, semua ini sebenarnya tidaklah toksik macam yang disangka. Pemain-pemain lain pun saya rasa ramai tidak takut atau tidak puas hati dengan keputusan ini.
“Ada orang yang berfikiran keputusan ini akan kurangkan peluang tetapi sebenarnya ini menjadikan PMPL MYSGPH lebih kompetitif.
“Slot untuk PMPL juga bertambah dan hanya dua slot tambahan jadi saya rasa hal ini tidak membawa masalah,” katanya.
Kata J, jika dibandingkan dengan e-sukan lain, Tencent dan PUBGM agak baik hati berbanding format e-sukan lain yang mana sesetengahnya sangat sukar memasuki pusingan kelayakan.
Bagi kejohanan besar seperti PMPL Asia Tenggara, berkemungkinan besar pasti akan ada pasukan Malaysia.
———
Ramai sebenarnya berpendapat bahawa penambahan Filipina menjadi PMPL mempunyai lebih banyak impak positif dari negatif.
Semoga keputusan yang dibuat ini dapat membantu dan memperbaik lagi situasi e-sukan PUBG Mobile di Malaysia terutamanya untuk PMPL.