Thamuz
5 hero untuk counter Badang
Sejak kemaskini terbaru ini, Badang nampaknya akan berada dalam meta yang sangat kuat dengan buff baharunya.
Skill Fist Wind Badang dapat mengubah perlawan antara anda dan Badang.
Berkemungkinan besar Badang akan kembali menjadi Fighter yang kuat untuk masa ini.
1. Thamuz
Tidak banyak hero yang boleh satu lawan satu dengan Badang.
Thamuz mempunyai damage yang tinggi dan hanya kalah jika anda berjaya farm dan mendapatkan gold yang cukup.
Dia boleh menjadi fighter yang mempunyai attack speed dan lifesteal yang tinggi.
2. Chou
Chou sudah semestinya mempunyai crowd control yang terbaik untuk menyusahkan Badang.
Dia juga boleh membunuh satu hero dengan kombo penuh tanpa masalah.
Badang juga akan menghadapi masalah apabila Chou boleh mengelak dari skill kedua dan ultimate Badang.
3. Kaja
Kaja boleh memberi masalah besar untuk Badang.
Sama ada Badang akan mati atau Kaja akan melarikan diri.
Skill Kaja akan menjadikan pemain Badang berfikir dua kali untuk menyerangnya.
4. Khufra
Khufra boleh menjadi hero utama untuk mengalahkan banyak hero lain dalam MLBB.
Crowd control yang anda dengan mudah boleh merosakkan skill Badang dan kemampuan untuk terus memberhentikan Ultimate Badang.
Khufra juga boleh menggunakan dinding yang dibuat olehnya untuk membuatkan Badang dikenakan stun.
5. Benedetta
Benedetta mampu untuk berlawan dengan Badang dengan damage yang tinggi dan mobiliti yang menyusahkan Badang.
Skill Benedetta tidak langsung memberi peluang untuk Badang berlawan semula ketika early game terutama sekali damage poke daripada Phantom Slash.
Banyak lagi hero yang sebenarnya boleh counter Badang tetapi yang paling penting anda perlu menutup peluang early game Badang kerana Badang boleh mendapat power spike dengan hanya satu atau dua items.