Twitch

CONSOLE

Streamer diharamkan dari Twitch kerana bersenggama ketika bersiaran langsung

Twitch mengharamkan seorang streamer kerana sedang bersiaran langsung ketika sedang bersenggama. Tidak pelik untuk Twitch mengharamkan seseorang itu disebabkan kandungan seksual namun kali ini ramai orang cuba untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Twitch. Siapa sangka ada individu yang begitu berani membuat penstriman siaran langsung seumpama ini. Siaran langsung ini berlaku pada 24 Ogos lepas dan streamer itu menggunakan nama kimmikka. Ketika strim, dia berdiri menghadap meja dan tidak lama kemudian ekspresi mukanya berubah sekaligus menarik perhatian chat. Dia cuba untuk menutup perkara ini namun bayangan teman lelakinya jelas kelihatan di cermin dan jelas ternampak di dalam kamera. Nampaknya, Twitch seolah-olah berubah sejak penambahan Hot Tub Stream.

Read More

eSPORTS

Amouranth meminta Twitch mendedahkan punca streamer digantung

Penstrim wanita terbaik Twitch, Kaitlyn Siragusa, atau lebih dikenali sebagai Amouranth meminta agar Twitch mendedahkan sebab-sebab seseorang penstrim digantung di pelantar itu atas beberapa sebab.

Ikutan amaran serta gantungan yang terlalu banyak disebabkan larangan DMCA yang menggantung ramai ikon seperti Pokimane, DisguisedToast dan beberapa lagi, Twitch tidak menjelaskan sebab-sebab tindakan itu diambil. Ia menjadi tanggungjawab penstrim untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Menurut Amouranth, Twitch tidak menjelaskan punca gantungan agar dapat mengelakkan tanggungjawab atau kesilapan yang berlaku atas sesuatu gantungan.

Amouranth juga berkongsi bahawa beliau cuba mencari kesalahan yang dilakukanmya berikutan gantungan Twitch tahun lalu, dan beliau tidak pernah dimaklumkan tentang kesilapannya itu.

Beliau bersangka bahawa aktiviti di strim beliau menyumbang kepada gantungan itu. Tetapi, beliau berkata ia adalah ironik kerana permainan-permainan yang disiarkan di Twitch juga mempunyai elemen-elemen mengghairahkan.

Kata Siragusa, “Dead Or Alive mempunyai wanita berbikini, GTA ada penari mengghairahkan dan ia tidak menjadi masalah,”

“Ia menjadi masalah apabila terdapat wanita sebenar dan kami tidak dapat menerima seksualti kami,” sambungnya lagi.

Namun, isu Twitch ini mungkin tidak akan menolak beliau keluar dari pelantar itu.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

John Cena berminat meneroka dunia Twitch dan NFT

Ahli gusti terkenal, John Cena, amat aktif dalam dunia sosial media. Malah beliau manjadi sensasi panas denga pelbagai video di mana beliau fasih berbahasa Mandarin dan perkataan “bing qi lin” yang sekadar bermaksud ‘ais krim’ menjadi meme di sekitar dunia internet.

Kini, bekas ahli gusti itu ingin belajar lagi tentang dunia penstriman Twitch dan NFT.

Menurut satu temubual baru-baru ini di Spotify, Cena menerangkan sebab beliau aktif di media sosial. Beliau berkata beliau ingin melihat dunia dengan lebih luas.

“Ia sukar untuk mengikuti garis masa kerana jumlah orang yang saya ikuti, tetapi saya cuba mempelajari lebih lanjut tentang dunia,” kata bekas ahli gusti serta pelakon berumur 44 tahun itu.

“Saya baru sahaja menerokai budaya tarian EDM, dan NFT, dan juga pelantar Twitch kerana saya tidak tahu apa-apa tentang mana-mana perkara ini.”

Cena berkongsi juga tentang matlamat penerokaan beliau ke bidang-bidang baharu yang belum pernah beliau lalui ini.

“Matlamat akhir bagi saya ialah saya mendapat skop yang lebih luas tentang perkara yang berlaku, dan saya boleh mempelajari perkara yang saya tidak tahu, dan mudah-mudahan, dapat mewujudkan komuniti. Jika anda melihat orang yang saya ikuti di Twitter, mudah-mudahan anda akan melihat  apa yang saya maksudkan,”

Cena juga baru sahaja tamat dengan penggambaran siri PEACEMAKER untuk HBO Max, yang bakal ditayangkan pada 14 Januari. Jadi, beliau ingin menggunakan masa lapang barunya dengan perkara yang berfaedah seperti ini.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

eSPORTS

Pokimane digantung buat kali pertama di Twitch

Penstrim terkenal, Imane ‘Pokimane’ Anys, menerima gantungan pertama daripada platform utamanya Twitch.

Keputusan daripada Twitch untuk menggantung beliau muncul selepas Pokimane memilih untuk menguji ‘meta’ baharu di tapak, yang hanya melibatkan menonton rancangan TV.

Ini melanggar Digital Millennium Copyright Act (DMCA).

Pokimane menganjurkan strim langsung selama 10 jam di saluran Twitchnya di mana beliau dan penontonnya menonton episod Avatar: The Last Airbender.

Strim itu sendiri yang memaparkan episod Avatar ini sudah ditapis supaya sebarang bantahan hak cipta berpotensi dapat dielakkan.

Sewaktu penulisan ini, akaun Twitch Pokimane sudah dikembalikan dan gantungan itu adalah sekadar gantungan sementara. 

Meta baharu ini juga tidak berakhir dengan baik untuk beberapa penstrim lain seperti HasanAbi di mana beliau juga menerima amaran DMCA selepas menayangkan rancangan TV seperti MasterChef.

Nampaknya ‘meta’ baharu ini tidak tahan lama, dan menayangkan rancangan TV yang dilindungi secara terbuka dan besar-besaran pasti akan datang dengan akibat.

Twitch perlulah menjalankan tanggungjawab dan meletakkan had yang jelas kepada aktiviti-aktiviti yang mungkin merosakkan imej platform itu.

Sumber rujukan: USA Today

Read More

eSPORTS

Gordon Ramsay tidak tau Twitch, akaun Twitch menukar bio sebagai respons

Gordon Ramsay adalah seorang chef yang dikenali ramai. Beliau amat aktif di TikTok bersama anak-anaknya. Pada episod perdana rancangan baharu Gordon Ramsay, Next Level Chef, chef British itu mendedahkan bahawa beliau langsung tidak mengetahui apa itu Twitch.

Perkara yang menarik ini didedahkan apabila Ramsay bertanya kepada peserta Tricia Wang apa yang dia lakukan untuk mencari rezeki, dan diberitahu bahawa beliau seorang penstrim profesional yang pakar dalam memasak.

Ramsay membalas dengan terkejut, bertanya “apa kejadahnya Twitch?”

Dialog ini boleh ditonton melalui sedutan video di bawah.

Selepas sedutan video itu dikongsi di Twitter, Ramsay mengubah bio Twitter seperti di bawah.

Twitch pula membalas sedemikian.

Lantaran itu, pelbagai penstrim berminat untuk berkerjasama bersama chef British itu untuk bersama di Twitch. Pokimane berkata bahawa dia sebenarnya memiliki keratan kadbod Ramsay yang boleh dilihat semasa strimnya, malah secara terbuka memintanya menyertainya untuk segmen memasak. 

xQc malah menawarkan untuk memberikan nombor telefonnya, supaya dia dan Ramsay boleh membincangkan sesuatu.

HasanAbi pula berkata bahawa Twitch adalah platform di mana ramai orang menonton Ramsay.

Ramsay dan Twitch juga berbalas kicauan secara gurau.

Adakah ini petanda bahawa Ramsay bakal menggunakan Twitch tidak lama lagi? Mungkin juga, kerana beliau memang aktif di pelantar media sosial seperti Twitter dan TikTok.

Sumber rujukan: Twitter

Read More

eSPORTS

Ini azam tahun baru DrDisrespect

DrDisrespect salah seorang penstrim profesional yang dikenali dengan pakaiannya yang menarik itu. Beliau juga seorang yang bercita-cita tinggi dengan membangunkan studio permainannya tersendiri, Midnight Society.

Kini beliau berkongsi akan azam tahun ini yang melibatkan beberapa perkara di bawah pengelolaan beliau.

Azam pertama dalam senarai beliau ialah ‘AS$100 Juta Dikumpul untuk Midnight Society.’ Beliau ingin mengumpul dana demi memperkukuhkan studionya, yang diasaskan oleh DrDisrespect dengan sekumpulan pembangun Halo dan Call of Duty. 

Azam kedua beliau adalah sedikit lain daripada lain dengan beliau menyatakan ingin membuka bisnes bourbon, sejenis minuman keras. Ini mungkin bermaksud sama ada belau ingin membuka kilangnya tersendiri atau hanya melabur dalam rangkaian minuman keras.

Seterusnya, beliau juga ingin melancarkan album muziknya tersendiri.Apabila bercakap mengenai muzik, DrDisrespect pernah membuat muzik, jadi ini bermaksud beliau mungkin sudah merancang beberapa lagu untuk dilancarkan.

Beliau juga menyenaraikan  ‘Doc-Con 2022’ di dalam senarai azamnya. Ini mungkin sebuah perhimpunan, tetapi apa sebenarnya yang ada pada strim itu tidak diketahui. Beliau mungkin hanya bergurau dengan Twitch. DrDisrespect digantungkan secara kekal daripada platform pada 26 Jun 2020. Twitch akan menganjurkan TwitchCon pada satu ketika pada bulan Julai.

Akhir sekali, azam beliau yang paling istimewa kerana beliau menonjolkan azam itu adalah untuk ‘tidak digantung dan dibayar besar’. Ini mungkin berkaitan dengan senarai azam sebelumnya di mana beliau sinis terhadap Twitch.

Apakah azam tahun baru anda?

Sumber rujukan: Twitter

Read More

Showing 1 - 6 of 6 Results