Ubitsoft Entertainment
PC
Industri Permainan Video Masih Bergelut Dengan Sikap Seksis
Industri permainan video telah lama mempunyai masalah seksisme dan banyak sejarah dalam industri ini juga yang menggunakan stereotaip jantina.
Ditambah dengan beberapa masalah skandal yang melanda beberapa syarikat permainan video yang seolah-olah tidak pernah habis.
Ini menunjukkan industri ini masih dalam fasa untuk cuba memperbaiki budaya bekerja dan akhirnya membaiki reputasi.
Hal ini juga sudah terjadi lama lagi aoabila 10 tahun lepas wanita bertanyakan kepada para panel dari Activision Blizzard Inc yang terdiri daripada semua lelaki.
“Saya suka dengan apa yang anda buat dengan karakter wanita yang kuat. Tetapi saya terfikir mengapa banyak karakter seolah-olah seperti melihat katalog Victoria’s Secret.”
Sepatutnya mempertahankan wanita tersebut tetapi pembangun tersebut hanya mengejek wanita tersebut.
Industri ini masih terus mempunyai masalah dengan terhadap wanita.
Microsoft Corp. juga pernah membuat satu parti lima tahun lepas dengan para penari wanita yang memaikai pakaian yang menjolok mata.
Phil Spencer Ketua Xbox ketika itu juga terpaksa memohon maaf atas perkara tersebut.
Terbaru, hal ini juga terjadi kepada Riot Games Inc. yang terkenal dengan League of Legends atas sebab diskriminasi jantina, dan Ubisoft Entertainment dan Activition Blizzard Inc. yang juga terpaksa membuat beberapa eksekutif disebabkan gangguan seksual.
Ada perubahan?
Namun disebalik semua itu, terdapat tanda-tanda ada orang cuba untuk memulihkan keadaan ini.
Horizon Zero Dawn dari Sony di mana watak protagonis adalah seorang wanita yang tidak nampak seperti supermodel.
Watak Aloy cuba untuk memberhentikan AI yang jahat dan boleh menghancurkan bumi.
Para pencipta Horizon mahu mencipta watak hero yang realistik dan memberi inspirasi kepada semua.
Hal ini menyebabkan sekuel Horizon Forbidden West yang kini menjadi antara permainan video paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2022 dapat memberi fokus lebih kepada penceritaan dan kualiti permainan video terbaik.
Terdapat banyak respon positif terutamanya kepada para gamer wanita sekaligus menarik mereka untuk mencuba permainan konsol.
Karakter seperti Aloy adalah sangat jarang ditemui dalam permainan video.
Menggambarkan wanita secara tidak baik adalah perkara biasa dalam industri permainan video.
Perkara seperti ini haruslah diubah.
Kita berharap industri permainan video boleh memperkasakan lagi wanita dan melambangkan wanita dengan lebih baik di dalam permainan video.
Showing 1 - 1 of 1 Results