VALORANT Champions Tour

PC

Pendaftaran untuk VALORANT Challengers Tour APAC 2022 sudah dibuka

VALORANT Champions Tour (VCT) 2022 akan berlangsung pada pertengahan bulan Februari tahun ini menurut anggaran Riot Games. Seperti tahun lepas, pasukan-pasukan akan dalam acara VALORANT Challengers sebelum dapat mengunci kedudukan mereka di VALORANT Masters yang mungkin akan berlaku pada bulan April.

Kini, pendaftaran VCT Asia Pasifik (APAC) 2022 sudah dibuka untuk semua pasukan yang berminat

VCT APAC akan disertai beberapa rantau baru seperti Asia Selatan dan Oceania dan menjadikan jumlah rantau APAC menjadi 8. Ini juga bermaksud pemain dari dua rantau itu dikira sebagai pemain tetap dan bukan pemain import.

Peruntukan serantau dibahagikan mengikut format persaingan 20 pasukan. Jumlah pasukan ditentukan oleh bilangan pemain kompetitif di setiap rantau.

Peruntukan slot pasukan mengikut rantau adalah seperti berikut:

Thailand: 3
Filipina: 3
Indonesia: 3
Vietnam: 3
Singapura/Malaysia: 3
Taiwan/Hong Kong: 2
Asia Selatan: 2
Oceania: 1

Format Acara

Seperti dilihat di jadual di atas, VCT 2022 akan dibina di sekitar tiga acara utama, iaitu Masters 1 pada bulan April, Masters 2 pada bulan Julai dan penutup iaitu VALORANT Champions yang akan berlangsung pada bulan September.

Local Challengers: Pasukan akan bertarung dalam kejohanan tempatan untuk menempah tempat masing-masing dalam peringkat Regional Playoffs

Regional Playoffs: Pasukan-pasukan yang layak dari Local Challengers akan bertemu di sini. Pasukan-pasukan ini akan bermain untuk mata dan pasukan yang cukup mata akan dijemput ke Global Events.

Global Events: Acara ini adalah yang paling gah berbanding yang lain. Acara ini menawarkan kumpulan hadiah tertinggi serta Mata Circuit tertinggi berbanding pusingan-pusingan lain.

Pendaftaran

Bagi pasukan yang berminat untuk menyertai salah satu acara VALORANT terbesar tahun ini, anda boleh mendaftarkan pasukan anda di sini.

Selepas mendaftar, pasukan akan menerima maklumat mengenai pusingan kelayan terbuka akan datang daripada pengendali tempatan mereka.

Read More

PC

Pemain pro VALORANT tidak berpuas hati dengan susunan acara permainan tahun ini

VALORANT Challengers Tour (VCT) 2021 adalah acara besar pertama untuk permainan penembak taktikal itu, dan acara sepanjang tahun ini diterima dengan positif oleh pemain pro dan peminat seluruh dunia. Namun, dalam kejayaan mereka, Riot Games masih ingin meningkatkan taraf e-sukan VALORANT pada tahun ini.

VCT 2022 menerima beberapa perubahan ketara kepada jadualnya dan perubahan ini menerima maklumbalas yang kritikal dari pemain profesional VALORANT.

Perubahan format dan jadual ini bermaksud untuk memperbaiki VCT 2022, namun perubahan seperti kelayakan terbuka mungkin akan menyisihkan pasukan dan pemain profesional pada tahun ini. 

Salah satu pemain profesional dari Envy, Jaccob ‘yay’ Whiteaker, menyatakan kebimbangan beliau tentang pusingan kelayakan terbuka itu.

Beliau menyatakan jika pasukannya tertewas dalam salah satu pusingan kelayakan terbuka, maka pasukannya tidak dapat bertanding dalam 6 bulan seterusnya.

Pemain lain juga menyatakan mereka tentang perubahan VCT 2022. Menurut ketua pasukan Built By Gamers Jake ‘POACH’ Brumleve, satu kelayakan untuk membuktikan diri anda sepanjang tahun VCT adalah tidak munasabah.

Kebimbangan ini juga disuarakan oleh jurulatih Ghost Gaming di mana beliau menyatakan bahawa format ini meletakkan pasukan serta pemain dalam posisi yang berbahaya kerana meta baharu yang bakal muncul tahun ini.

Namun demikian, Riot Games belum mendedahkan jadual rasmi serta tarikh tetap untuk VCT 2022.

Sumber rujukan: Dexerto 

Read More

Showing 1 - 2 of 2 Results