Valorant
Nigma Galaxy melantik Ashraf Firdaus sebagai jurulatih pasukan VALORANT
Sekitar hujung tahun lepas Galaxy Racer dan Team Nigma, dua organisasi e-sukan bergabung bersama demi menggabungkan jenama e-sukan, kandungan e-sukan dan gaya hidup besar Galaxy Racer dengan kepakaran kompetitif Nigma.
Dengan langkah ini, Nigma dijenamakan semula kepada Nigma Galaxy dan mengetuai bahagian e-sukan Galaxy Racer dari ibu pejabatnya di Abu Dhabi.
Selain itu, mereka juga menubuhkan beberapa lagi pasukan seperti PUBG Mobile, Free Fire, CSGO dan VALORANT di samping pasukan utamanya iaitu Dota 2.
Dalam usaha membangun pasukan VALORANT Nigma Galaxy atau NGX, mereka melantik Kolenaw dari Finland sebagai penganalisis pasukan. Mereka juga menamakan Ashraf Firdaus dari Malaysia sebagai jurulatih VALORANT pasukan itu.
View this post on Instagram
Ashraf Firdaus, atau dikenali sebagai acAp dalam permainan, adalah seorang veteran yang pernah bermain untuk kebanyakan pasukan CSGO terbaik Malaysia. Pemain berusia 28 tahun itu pernah bermain untuk pasukan MVP Karnal, FrostFire dan Fire Dragoon E-sports.
Beliau juga berjaya merangkul gelaran juara dalam pelbagai kejohanan seperti Taiwan Excellence Esports Cup 2019, eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO 2018, Asean Games for E-Sports 2016 dan banyak lagi kejohanan besar di sekitar rantau Asia.
Kini, beliau aktif dalam dunia VALORANT dan kali terakhir dilihat beliau bermain sebagai pemain pasukan UwU, kini dikenali sebagai Bleed eSports, dalam VCT Stage 3 – SEA Challengers Playoffs. Beliau kini menyandang peranan jurulatih pertamanya dalam kerjaya e-sukannya.
Ikuti beliau di laman Facebook rasminya di sini, atau Instagram beliau di sini.
Sumber rujukan: Instagram
Ini beberapa Agent VALORANT yang tidak lagi meta, tukar Agent anda sekarang
Permainan penembak taktikal VALORANT sentiasa menerima penambahbaikan serta kandungan baru. Baru-baru ini, kita menerima watak atau Agent baru iaitu Neon, seorang watak berperanan Duelist yang pantas. Dengan penambahan Neon serta beberapa perubahan kita dapat lihat bahawa permainan serba sedikit berubah metanya.
Ini beberapa watak yang sudah tidak meta dalam VALORANT.
Omen
Omen salah satu watak paling penting untuk dimainkan oleh sebuah pasukan. Ini kerana keupayaan ‘smoke‘ nya yang hampir tiada had jarak serta keupayaan blind yang baik. Keupayaan Ultimatenya juga baik untuk bermain di sekitar peta.
Namun, nilai keupayaan beliau diganti oleh Astra di mana Astra lebih fleksibel dengan asapnya serta beberapa pantas waktu diperlukan antara penggunaan asap. Omen memerlukan lebih kurang 40 saat, manakala Astra tidak mengambil masa lama, bawah 10 saat.
Daripada kadar pilihan tertinggi pada acara kompetitif hingga kini antara yang terendah, Omen kini mungkin sudah tiada tetapi beliau tidak dilupakan.
Agent yang lebih baik: Astra. Keupayaan beliau serta cooldown yang pantas menjadikan beliau Controller yang lebih bernilai dalam mana-mana perlawanan. Ultimatenya, Cosmic Divide, berguna untuk pusingan yang memerlukan laluan selamat dari setempat ke setempat.
Brimstone
Seorang lagi Agent berperanan Controller, beliau juga mengutamakan permainan asap disekitar peta. Kelebihan Stim Beacon beliau juga tidak memberi impak yang besar kepada permainan. Tetapi, kelebihan beliau bergantung kepada kelebihan Ultimatenya, Orbital Strike.
Namun, Astra dan Viper lebih bernilai dari segi utiliti mereka. Jadi, penggunaan Brimstone dalam ruang kompetitif berkurang hari demi hari.
Agent yang lebih baik: Sekali lagi, Astra. Brimstone dan Astra mempunyai tempoh halangan asap paling lama dalam permainan. Tetapi asap Brimstone terhad kepada tiga sahaja, manakala asap Astra bergantung kepada cooldown serta bintang yang masih tinggal.
Yoru
Antara watak Duelist yang paling sukar digunakan tapi beliau juga watak yang paling kurang digunakan dalam permainan ini.
Set keupayaannya amat terhad dalam apa-apa situasi, malah ia juga mudah untuk ditentang. Keupayaan Blindside juga tidak boleh diharapkan kerana lantunan yang agak sukar untuk diagak lalu membutakan seluruh pasukan sendiri.
Tetapi gabungan keupayaan E serta Ultimatenya adalah gabungan yang kuat jika dapat dipakai, tetapi ia tidak mampu memberi nilai yang sama berbanding watak lain dalam permainan.
Di sini kita dapat lihat bahawa Yoru amat sesuai sebagai Agent solo kerana keupayaannya yang kurang berkesan untuk bermain sebagai sebuah pasukan.
Agent yang lebih baik: Untuk Agent pantas, penulis menyarankan Jett atau Neon. Ini kerana set kebolehan Neon dapat membantu ahli pasukan menembusi tapak Spike dgn mudah berbanding Yoru. Jett juga berguna dalam aspek membawa nilai kepada pasukan dengan asap Cloudburst serta lebih fleksibel dari segi pergerakan.
Ini beberapa saranan untuk anda memperbaiki pilihan watak anda di VALORANT. Apakah lagi Agent yang sudah lama anda tidak nampak dalam sebuah perlawanan VALORANT.
Ares kini senjata paling berbaloi dan kuat di VALORANT
Baru-baru ini, VALORANT menerima kemas kini yang memperkenalkan watak ke-19 iaitu Neon dari Filipina yang pantas dan berkuasa petir. Selain itu, pelbagai senjata serta peta menerima perubahan yang ketara. Anda boleh membaca perubahan dengan terperinci di sini. Pendek kata, Ares menerima penambahbaikan yang tidak dijangka dan kini mendominasi permainan penembak taktikal itu.
Jelasnya, VALORANT kini diambang meta baharu pada musim ini.
Neon pushes the tempo, some weapons come out of the shadows, Bind and Breeze get updates—all this in more in VALORANT Patch Notes 4.0. Devour them here: https://t.co/jOipRNdREr pic.twitter.com/8XVfSwKUZ8
— VALORANT (@PlayVALORANT) January 11, 2022
Menurut nota kemas kini, Spectre menerima perubahan signifikan kepada sifatnya sebagai senjata run-and-gun. Spectre kini dijadikan tidak konsisten agar dapat mengurangkan kejadian run-and-gun.
Hal ini menjadikan Ares yang sudah ditambah baik sebagai senjata yang lebih bermanfaat pada pusingan awal.
Ares juga menawarkan klip peluru yang besar serta kebolehan untuk menembus beberapa permukaan.
Malah, Ares kini menjadi pilihan yang berdaya maju kerana ia lebih berbahaya daripada Vandal dan Phantom kerana kepantasan senjata itu.
Tambahan pula, Ares hanya bernilai 1,550 manakala Vandal dan Phantom hampir dua kali ganda lagi mahal, bernilai 2,900.
Pemain profesional juga bersetuju bahawa Ares musim ini akan mengubah meta permainan. Tangkapan layar dari kicauan di bawah ini diambil dari kejohanan NSG yang menunjukkan 9 Ares dalam pusingan awal perlawanan.
this ares shit is the most dumb thing i’ve seen in valorant pic.twitter.com/LKoK1C9t2H
— TSM FTX Payen (@pay3n) January 12, 2022
Nampaknya musim ini meta baru akan muncul, dan ini menunjukkan pemain terpaksa menyesuaikan diri dengan meta baharu ini.
Sumber rujukan: Twitter
Shroud menggesa Valve untuk menambah baik CSGO agar boleh bersaing dengan VALORANT
Streamer terkenal Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud, memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain profesional Counter Strike Global Offensive (CSGO) untuk pasukan Amerika Syarikat Cloud9. Selepas beliau bersara dari arena kompetitif CSGO, beliau memulakan saluran strimnya di mana beliau sering menyiarkan permainan PUBG dan kini, VALORANT.
Oleh itu, Shroud amat mengenali kedua-dua permainan penembak taktikal iaitu CSGO dan VALORANT, dan kini beliau menggesa agar Valve untuk menambah baik CSGO.
Menurut Shroud, CSGO adalah permainan yang ‘ketinggalan zaman’ dan ‘jauh dari sempurna’.
Shroud jelas kecewa kerana Valve tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki CSGO yang dibelenggu oleh penipu dan baru-baru ini mula menghadapi masalah prestasi di mana pemain secara rawak mengalami penurunan bingkai yang agak merisaukan.
“Apa yang Counter Strike sedang lakukan? Tiada apa-apa! Mereka (Valve) membenarkan Riot Games dan VALORANT merentasi mereka! Tidak mengapa! Jika Valve tak kisah, kami pun tak perlu kisah. Betul tak?” marah Shroud dalam salah strimnya baru-baru ini.
Bukan Shroud sahaja yang menyedari isu penipu ini, malah seorang bekas pembangun Riot Games juga menyedari isu ini dan menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah itu.
John, I’d love to chat with you on this problem space. I believe my company can greatly assist with your cheating issue in CSGO. Feel free to send me a DM if you’re interested (since I can’t send you one). Btw: happy holidays!
— Nemi (@0xNemi) December 31, 2021
Shroud juga berkata bahawa isu ini bukan sahaja isu utama permainan. Beliau juga menyarankan agar Valve mengambil contoh penambahbaikan dari Dota 2 di mana Valve mengemas kini enjin permainan ke Source 2. Valve juga sudah mempertimbangkan pengemaskinian enjin CSGO kepada Source 2 dalam beberapa bulan lalu.
Nampaknya Shroud masih kisah tentang permainan lamanya walaupun sudah lama meninggalkan dunia kompetitif CSGO. Riot Games dan Valve kedua-duanya hebat membangunkan permainan kompetitif VALORANT dan CSGO, tetapi mereka perlu sentiasa peka dengan perubahan dan memperbaiki permainan mereka.
Sumber rujukan: AFK Gaming
Riot melancarkan treler sinematik VALORANT terbaru yang berjudul ‘Warm Up’
Dunia VALORANT penuh dengan watak yang penuh personaliti yang menarik. Kini, dengan penambahan Neon kepada barisan watak VALORANT, ia menjadikan jumlah watak kepada 19 dan ini membuka peluang untuk Riot Games menjadi lebih kreatif dengan dunia permainan itu.
Syarikat itu berjaya menghasilkan salah satu animasi yang terbaik sepanjang tempoh permainan itu dilancarkan. Animasi itu boleh ditonton di bawah:
Berdasarkan animasi di atas, kita boleh lihat perwatakan setiap watak dalam permainan ini. Sebagai contoh, Killjoy dan Raze antara watak yang penuh bertenaga, manakala Phoenix watak yang berlagak dan yakin.
KAY/O pula sebuah robot yang berperwatakan garang. Jett dan Yoru pula yakin seperti biasa. Kali terakhir kita melihat Yoru adalah di sedutan video Episode 2: Retake, dan kini kita dapat lihat beliau bersosial bersama pasukannya. Cypher pula menjadi bahan lawak yang dikatakan mati pada setiap treler sinematik.
Kita juga dapat lihat bahawa pasukan itu, juga digelar VALORANT Protocol, diketuai oleh Brimstone dan Sage. Berdasarkan penceritaan dunia VALORANT, Brimstone dan Viper adalah ahli terawal VALORANT Protocol, tetapi Sage adalah antara Radianite, iaitu seseorang yang mengawal kuasa luar biasa tenaga Radiant, yang terawal yang menjadikan beliau mahir dengan kuasa itu.
Video animasi ini juga menimbulkan beberapa soalan. Adakah Riot Games akan menghasilkan siri animasi VALORANT sepertimana mereka lakukan dengan League of Legends dan Arcane?
Ia pasti menarik jika mereka dapat menghasilkan siri animasi VALORANT.
Hyper Front: Bukan sekadar klon VALORANT di pelantar mudah alih
Hyper Front yang dahulunya dikenali sebagai Project M dibangunkan dan dikeluarkan oleh NetEase.
Project M pada awalnya dikritik ramai orang akibat persamaan yang sangat ketara dengan VALORANT.
NetEase juga sudah mengeluarkan treler rasmi untuk Hyper Front.
VALORANT Mobile pula akan dikeluarkan untuk pelantar mudah alih tidak lama lagi.
Netease kini menukarkan Project M menjadi Hyper Front dengan cara bermain yang hampir sama.
Hyper Front mempunyai tiga mod berbeza iaitu Death Fight, Arms Race dan Conquest Mode.
Manakala mod Ranked akan menggunakan mod Search and Destroy untuk menaiki rank.
Setiap pemain boleh memilih heroes yang ada dan setiap karakter akan mempunyai dua kebolehan masing-masing bersama ultimate.
Malah ada beberapa kebolehan yang diambil terus dari Valorant seperti anak panah yang menunjukkan musuh, healing, walls dan lain-lain.
Boleh dikatakan walaupun banyak meniru dari permainan video popular lain, Hyper Front boleh dikatakan cukup berbeza dari Valorant.
Hyper Front kini boleh dipra-daftar di Google Play namun masih belum ada untuk pelantar iOS.
Pemain VALORANT berang bonus XP dari Battle Pass amat sedikit
Seperti biasa, setiap musim baru VALORANT akan disertakan dengan Battle Pass baru yang menawarkan pemain pelbagai bonus dalam permainan. Antara bonus yang biasa dilihat adalah kostum senjata baru serta pilihan kostum lain untuk akaun VALORANT anda. Baru-baru ini, Riot Games memperkenalkan bonus XP untuk pemain yang membeli Battle Pass VALORANT.
Namun, terdapat pemain yang tidak berpuas hati dengan bonus XP yang rendah jika dibandingkan dengan permainan lain, dan meminta akan perubahan.
Seorang pengguna dan pemain VALORANT mengeluh di Reddit tentang hal ini. Pengguna itu juga membandingkan dengan Fortnite yang menawarkan bonus 50% apabila membeli Battle Pass, dengan tambahan 10% rangsangan apabila bermain dengan rakan-rakan.
Ramai pengguna membalas bahawa ia sebenarnya tidak begitu sukar untuk melengkapkan Battle Pass VALORANT, lebih-lebih lagi jika anda menyelesaikan misi harian dan mingguan.
Selain itu, pemain juga turut menyatakan harga kostum Protocol 781-A yang agak mahal serta kos Radianite untuk menaiktaraf visual senjata yang tinggi. Radianite adalah salah satu matawang premium VALORANT.
Musim VALORANT seterusnya, Episode 4 Act 1: Disruption, akan bermula pada 11 Januari.
Sumber rujukan: Reddit
Adakah watak baru VALORANT, Neon akan menggantikan Jett?
Riot Games mendedahkan lagi maklumat tentang watak Filipina berperanan Duelist yang bernama Neon. Gadis ini berkuasa petir dan kilat, dan beliau pastinya laju seperti kedua-dua itu. Ini menjadikan watak paling terpantas dalam barisan Agent VALORANT Protocol.
Memandangkan beliau seorang Duelist, beliau dijangkakan untuk membuka dan mendapatkan ruang untuk ahli pasukan masuk ke tapak Spike dengan selamat. Hal ini demikian kerana kelajuan beliau serta kebolehannya yang menutup pandangan serta ruang selamat pihak lawan.
Mari kita lihat pecahan kebolehannya.
Set Kebolehan
Seperti dilihat di dalam pendedahan Neon tidak lama lalu, kebolehan beliau sememangnya antara yang terbaik untuk menegakkan barisan pertahanan atau menentang musuh secara berdepan.
Kebolehan E iaitu High Gear membolehkan Neon memecut dengan pantas dan bergelongsor untuk menamatkan lariannya. Jarak lariannya agak jauh dan ia terikat dengan jumlah kuasa yang tinggal pada ‘bateri’ Neon yang boleh dilihat dibawah skrin. Bateri ini akan diisi sebanyak 25% apabila mendapat kill.
Gelongsornya juga beroperasi dengan 2-kill cooldown seperti Tailwind Jett atau Paintshell Raze.
Fast Lane, kebolehan C Neon, adalah dua dinding lurus seakan-akan dinding api Phoenix. Fast Lane ini sangat berguna untuk membuka ruang lawan. Tetapi bezanya antara Neon dan Phoenix atau Viper adalah pada jumlah dinding yang diangkat.
Neon mengangkat dua dinding sekali gus berbanding satu. Tetapi, dindingnya lurus dan tidak boleh dilengkungkan seperti Phoenix atau diguna berulangkali seperti Viper.
Namun, disebabkan oleh jaraknya yang agak panjang serta ruang lebar yang dibuka, dinding Neon ini berguna untuk membelah bahagi ruang perlawanan atau contest space.
Kebolehan Q Neon, yang digelar Relay Bolt, berfungsi sebagai alat agar musuh berundur dari lokasi mereka. Jika tidak, mereka akan terpegun akibat kebolehan ini.
Kebolehan ini sedikit seperti Fault Line Breach di mana ia mampu menggegarkan musuh disebalik dinding. Kebolehan ini juga akan melantun dan menggegarkan lokasi lantunan serta lokasi penamat.
Akhir sekali, Overdrive adalah kebolehan ultimatenya. Kebolehan ini akan menjadikan Neon laju seperti mengaktifkan High Gear. Ia juga akan mengisi semula baterinya agar Neon boleh mengaktifkan High Gear sekali lagi. Bateri ini juga timer untuk kebolehan ini.
Ultimate Neon boleh menewaskan musuh pada jarak dekat sehingga jarak jauh dan ia memberi 22 dmg setiap detikan. Namun, terdapat damage fall off pada jarak jauh.
Ultimatenya juga tidak ada perbezaan damage jika ditembak di kepala atau kaki musuh, ia tetap akan memberi 22 dmg setiap denyaran.
Taktik Neon
Memandangkan Neon adalah seorang watak laju, watak ini sesuai untuk menggunakan taktik Hit-and-Run seperti Jett di mana watak ini akan menewaskan seorang musuh dan bergerak pantas bagi mengelakkan ditewaskan oleh musuh.
Set kebolehannya dapat membantu Neon mengasingkan Duelist pihak lawan agar dapat menjadikannya situasi 1v1. Jika terdapat lebih dari 1 musuh, kebolehan Relay Bolt dapat digunakan untuk mematahkan usaha 2v1 pihak lawan.
Ultimatenya juga berguna untuk merempuh ke dalam tapak Spike lalu memasuki ruang selamat musuh seperti CT Spawn atau Heaven pada Split, contohnya. Tetapi perlu diingat, jika musuh mahir menyasar dan membedil kepala, jadi strategi ini mungkin tidak boleh diguna pakai.
Memandangkan penulis sudah mencuba bermain Neon untuk tempoh yang tidak lama, penulis dapat lihat bahawa beliau juga berguna pada situasi Defending di mana Relay Bolt dapat menghentikan asakan pihak lawan terhadap satu tapak Spike.
Neon Menggantikan Duelist Lain?
Jadi, persoalannya kekal, adakah Neon dapat menggantikan Duelist lain? Setakat ini, tidak.
Setiap Duelist mempunyai kelebihan masing-masing dan gaya permainan masing-masing. Jett juga menggunakan strategi Hit-and-Run tetapi gaya permainan Jett perlukan kemahiran membidik yang tinggi. Selain itu, Jett dan Raze juga mempunyai kelebihan bermain di ruang udara, manakala kemahiran Neon lebih fokus ke penguasaan darat kerana semua kelebihan Neon tidak efektif semasa melompat atau di udara.
Jett juga salah satu Duelist yang sangat sesuai dimainkan dengan senjata Operator di mana pemain akan diri setempat buat sesuatu waktu. Manakala, Neon lebih selesa dengan gaya permainan penuh momentum dan perlu pergerakan yang konsisten untuk menjadi efektif.
Reyna pula salah satu Duelist yang sangat unik kerana beliau mampu menyembuh selepas setiap pertarungan dengan syarat dapat mendapat kill atau assist. Jadi, kedudukan Reyna dalam barisan Duelist agak selamat.
Manakala, untuk Phoenix dan Yoru pula, kedua-dua Duelist ini tidak membawa impak yang begitu besar kepada pasukan. Oleh itu, mereka jarang sekali dipilih dalam ruang kompetitif. Riot juga menjanjikan bahawa perubahan besar kepada Yoru bakal datang.
Pembangunan Neon
Riot berkongsi kepada media bahawa sewaktu membangun watak Yoru, mereka mengambil pelbagai risiko dengan gaya permainan barunya. Namun, risiko itu terbukti agak besar kerana Yoru memang tidak sesuai untuk dimainkan dalam gaya kompetitif. Riot juga meneliti apa yang silap semasa membangunkan Yoru dan belajar dari kesilapan sewaktu menjadikan Neon seorang Duelist.
Ryan “rycou” Cousart, pembangun dari Riot Games yang berasal dari Filipina, menyatakan beliau sungguh terharu dan gembira apabila Riot Games meluluskan projek ini.
Apa pendapat anda tentang Neon? Mampukah Neon menggantikan Duelist yang lain, atau tidak?
Kostum senjata paling garang VALORANT, Protocol 781-A didedahkan, ini harganya
Riot Games kali ini mendedahkan koleksi kostum senjata yang paling dasyat sekali yang pernah dilihat oleh mana-mana pemain VALORANT. Koleksi ini dikenali sebagai Protocol 781-A dan ia akan dilancarkan pada 11 Januari akan datang.
Mari kita lihat senjata-senjata yang menerima kostum garang ini.
Phantom
Bulldog
Spectre
Sheriff
Knife
Contoh Varian
Maklumat Koleksi
Koleksi ini diinspirasikan daripada zaman distopia di mana kerajaan zalim yang memerintah. Ia juga diinspirasikan daripada koleksi Glitchpop dari segi temanya, ia boleh dikatakan sebagai antitesis atau lawan kepada koleksi Glitchpop.
Sean Marino, Pengarah Seni Riot Games, juga menyatakan, “Pada awalnya, kami juga muncul dengan idea bahawa Glitchpop dan Protocol boleh wujud dalam dunia yang sama, di mana Glitchpop digunakan oleh jenis pemberontak dan Protocol 781-A ialah tindak balas kerajaan untuk mengawal huru-hara itu, atau sebaliknya.”
Senjata ini juga mempunyai suara yang akan berkomunikasi dengan pengguna kostum ini berdasarkan situasi seperti clutch, ace, first kill dan sebagainya. Menurut Marino, kostum ini mempunyai sekitar 60 baris unik dan setiap varian ditunjukkan di atas mempunyai suaranya tersendiri.
Memandangkan koleksi ini sebahagian daripada Ultimate Edition seperti koleksi Elderflame, koleksi kostum senjata ini bernilai 9,900 VP.
Ia akan dilancarkan pada 11 Januari, serentak dengan Battle Pass Episode 4 Act 1: Disruption.
VALORANT Patch 4.0 membawa perubahan ketara untuk senjata-senjata seperti Spectre dan Ares
Riot Games bakal menggegarkan meta permainan dengan pengenalan Neon kepada barisan watak VALORANT. Selain penambahan watak, Riot Games juga mengubah dan menyelaraskan senjata-senjata VALORANT agar ia lebih seimbang dalam permainan. Beberapa peta juga menerima perubahan besar kepada lokasi-lokasi penting.
Ini lah perubahan-perubahan ketara yang bakal hadir ke permainan VALORANT.
Knife
Menurut Riot Games, penggunaan pisau amat tidak konsisten dan menjadikannya sukar untuk digunakan. Kini ia menerima perubahan agar lebih mudah untuk menikam musuh.
- Hitbox klik kanan pisau dibesarkan sebanyak 1.5x. Hitbox kiri juga dibesarkan lebih dari klik kanan dan jaraknya ditambah.
- Sasaran yang hampir pada tanda silang atau crosshair akan terkena dahulu, jadi anda masih mempunyai ketepatan.
Spectre
Raja senjata dalam permainan run-and-gun. Senjata ini dibenci pemain jika seringkali digunakan untuk menembak sambil belari. Riot kini mengubah sedikit senjata ini.
- Ralat tembakan (firing error) berlaku pada peringkat lebih awal
- Recoil menegak dan mendatar ditambah dari nilai 1.25 ke 1.5 sewaktu berlari atau berlompat, atau bergantung di tali. Ini bermaksud senjata akan lebih terabur jika ditembak sewaktu bergerak.
- Kiraan peluru yang dilindungi daripada recoil mendatar semasa menyembur diturunkan dari 8 ke 5 peluru.
Ares
Senjata LMG ini sering digunakan dalam lobi elo rendah. Namun, jangan dipandang rendah senjata ini, Riot memberikannya kelebihan agar ia sesuai digunakan dalam setiap lobi.
- Spin-up dibuang, jadi ia akan menembak selaju mungkin sebaik sahaja senjata ditembak.
- Kadar tembakan meningkat daripada 10 kepada 13
Guardian
Senjata pakar one-tap. Memandangkan senjata ini memerlukan kemahiran membidik yang tinggi, ia dibantu oleh Riot Games agar menjadi lebih berguna pada pemain yang hebat.
- Penalti kadar tembakan dimansuhkan sewaktu ADS (Aiming Down Sight)
- Lengkung pemulihan dilambatkan. Ini bermakna anda boleh menembak dengan tepat dengan lebih banyak das tembakan sebelum senjata hilang ketepatan.
Bulldog
Antara senjata terbaik untuk saat-saat terdesak, senjata ini ditingkatkan lagi stats nya agar ia lebih berguna.
- Kadar menembak tanpa ADS meningkat dari 9.5 kepada 10
- Pemulihan pada tembakan ADS semakin pantas dari 0.4 kepada 0.35
Perubahan Peta
Beberapa peta juga mendapat perubahan seperti Bind dan Breeze.
Bind
Untuk Bind, Riot memansuhkan kotak bertindan di hadapan teleporter kerana ia menjadi sukar untuk Attackers menembus ke tapak Spike lebih-lebih lagi jika ada one-way smoke.
Spawn juga diletakkan bangku untuk membantu Attackers mengambil ruang dan peluang untuk membidik Defenders.
Breeze
Breeze juga menerima perubahan. Laluan Cave ke Tapak A diluaskan dan 2 kotak bertindan diletakkan di Cave.
Tapak Spike A juga diluaskan berserta kolam agar Defenders lebih selesa untuk mendirikan pertahanan.
Tapak B menerima paling banyak perubahan. Pertama sekali, 2 kotak bertindan ditambah di hadapan Arches/McD, disebalik Pillar juga ditambah satu dinding serta satu kotak yang menjadi tempat lindungan dari Tunnel dan B Main.
Perubahan Kompetitif
Mulai kemas kini 4.0, akaun baru perlulah mencapai Level 20 sebelum dapat menceburi ke perlawanan kompetitif. Bagi yang belum capai Level 20 tetapi sudah bermain mod kompetitif, anda boleh meneruskan bermain mod itu.
Ini langkah Riot Games menentang gejala smurf serta memberi pemain baru lebih masa untuk mengenali peta-peta serta mekanik permainan dengan lebih arif.
Ini lah semua perubahan yang akan hadir pada 11 Januari bersama watak terbaru VALORANT, Neon.
Pendaftaran untuk VALORANT Challengers Tour APAC 2022 sudah dibuka
VALORANT Champions Tour (VCT) 2022 akan berlangsung pada pertengahan bulan Februari tahun ini menurut anggaran Riot Games. Seperti tahun lepas, pasukan-pasukan akan dalam acara VALORANT Challengers sebelum dapat mengunci kedudukan mereka di VALORANT Masters yang mungkin akan berlaku pada bulan April.
Kini, pendaftaran VCT Asia Pasifik (APAC) 2022 sudah dibuka untuk semua pasukan yang berminat
VCT APAC akan disertai beberapa rantau baru seperti Asia Selatan dan Oceania dan menjadikan jumlah rantau APAC menjadi 8. Ini juga bermaksud pemain dari dua rantau itu dikira sebagai pemain tetap dan bukan pemain import.
Peruntukan serantau dibahagikan mengikut format persaingan 20 pasukan. Jumlah pasukan ditentukan oleh bilangan pemain kompetitif di setiap rantau.
Peruntukan slot pasukan mengikut rantau adalah seperti berikut:
Thailand: 3
Filipina: 3
Indonesia: 3
Vietnam: 3
Singapura/Malaysia: 3
Taiwan/Hong Kong: 2
Asia Selatan: 2
Oceania: 1
Format Acara
Seperti dilihat di jadual di atas, VCT 2022 akan dibina di sekitar tiga acara utama, iaitu Masters 1 pada bulan April, Masters 2 pada bulan Julai dan penutup iaitu VALORANT Champions yang akan berlangsung pada bulan September.
Local Challengers: Pasukan akan bertarung dalam kejohanan tempatan untuk menempah tempat masing-masing dalam peringkat Regional Playoffs
Regional Playoffs: Pasukan-pasukan yang layak dari Local Challengers akan bertemu di sini. Pasukan-pasukan ini akan bermain untuk mata dan pasukan yang cukup mata akan dijemput ke Global Events.
Global Events: Acara ini adalah yang paling gah berbanding yang lain. Acara ini menawarkan kumpulan hadiah tertinggi serta Mata Circuit tertinggi berbanding pusingan-pusingan lain.
Pendaftaran
Bagi pasukan yang berminat untuk menyertai salah satu acara VALORANT terbesar tahun ini, anda boleh mendaftarkan pasukan anda di sini.
Selepas mendaftar, pasukan akan menerima maklumat mengenai pusingan kelayan terbuka akan datang daripada pengendali tempatan mereka.
Bekas pembangun Riot Games ingin membantu CSGO dalam masalah ‘hacker’
Penipuan serta hack dalam permainan kompetitif seperti Dota 2, Counter Strike Global Offensive (CSGO) dan VALORANT adalah perkara yang tidak diingini oleh mana-mana pihak berintegriti. Namun, perkara ini bukan perkara yang jarang berlaku.
Kali ini, seorang bekas pembangun VALORANT dalam bidang anti-penipuan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah hack dalam CSGO.
Perbualan itu didorong oleh siaran media sosial daripada pembangun Valve yang menggelar penipuan sebagai masalah yang merebak merentas semua permainan kompetitif dalam talian. Hasil perbualan ini belum didedahkan, tetapi setiap peminat CSGO tahu bahawa Valve memerlukan bantuan kritikal yang boleh diperoleh untuk menghentikan hacker.
John, I’d love to chat with you on this problem space. I believe my company can greatly assist with your cheating issue in CSGO. Feel free to send me a DM if you’re interested (since I can’t send you one). Btw: happy holidays!
— Nemi (@0xNemi) December 31, 2021
Nemanja Mulasmajic, atau Nemi di Twitter adalah seorang pakar program yang sebelum ini membangunkan aplikasli anti-penipuan untuk Riot Games dan Activision-Blizzard.
Sumbangan beliau tidak dapat dikenal pasti, tetapi kemungkinan besar beliau membantu mencipta program anti-penipuan Riot Vanguard untuk VALORANT.
Syarikatnya, Byfron Technologies, secara khusus mencipta program anti-penipuan untuk permainan dalam talian.
Semoga Valve terbuka hati untuk menerima tawaran ini kerana masalah spinbot serta wallhack agak menjadi-jadi kebelakangan ini.