valve

ESL One Malaysia 2022: TSM, Nigma Galaxy dan Entity dihantar pulang

ESL One Malaysia 2022 menyaksikan 12 pasukan dari seluruh dunia bertanding bagi merebut gelaran juara serta hadiah wang terkumpul sebanyak AS400 ribu (RM1.7 juta) yang diadakan di Genting Highlands.

Pertandingan ini sudah memasuki kali ketiga diadakan di Resorts World Genting pada tahun 2017 dan juga 2018.

Ramai di antara peminat Dota 2 Malaysia memeriahkan lagi suasana di Arena of Stars ini.

TSM VS ENTITY

Foto: Adela Sznajder, ESL

Perlawanan pertama pusingan lower bracket dimulakan oleh dua pasukan iaitu Team Solo Mid menentang Entity.

Pada mulanya, perlawanan sangat sengit antara kedua-dua pasukan ini namun ia menjadi berat sebelah dan keadaan memihak kepada Entity.

Draft mereka sangat baik dan strategi Sven kombo bersama Pudge amat menyukarkan situasi pasukan Team Solo Mid.

Aksi yang cukup hebat ditunjukkan oleh pasukan Entity dengan Tobi berjaya mendapatkan savage pertamanya di ESL One Malaysia.

Pasukan Entity berjaya mendapatkan kemenangan bersih 2-0.

NIGMA GALAXY VS THUNDER AWAKEN

Foto: Adela Sznajder, ESL

Team Nigma Galaxy sukar untuk melakukan strategi mereka tanpa kehadiran pemain bintang mereka iaitu Miracle oleh kerana faktor kesihatan.

Mereka menggantikan Miracle dengan membawa masuk pemain Dreamocel sebagai pemain ganti.

Draft Sven sebagai carry oleh pasukan Thunder Awaken membuahkan hasil apabila Sven berjaya outfarm Void yang digunakan Dreamocel sebanyak 2 kali ganda dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan kemenangan dengan skor 2-0 tanpa balas.

FNATIC VS ENTITY

Foto: Adela Sznajder, ESL

Entity sangat kuat di perlawanan pertama, mereka berjaya menewaskan Fnatic dengan kehadiran Lycan di dalam draft.

Namun begitu, Fnatic kembali bangkit di perlawanan kedua selepas memahami draft yang digunakan Entity.

Mereka mengenakan ban ke atas Lycan, Beastmaster, Visage dan Enigma dan perkara ini menyebabkan pasukan Entity gagal untuk menghadapi Fnatic.

Pasukan Fnatic meneruskan draft Alchemist mereka dan ianya sangat berhasil dengan bantuan dari Undying seterusnya melenyapkan peluang pasukan Entity untuk mara kedudukan 6 terbaik.

Fnatic akan bertemu dengan pemenang di antara perlawanan OG menentang Thunder Awaken esok.

Kesemua foto adalah milik Adela Sznajder, ESL

Read More

Penggodam CS:GO curi ‘skins’ bernilai RM 7.12 juta dari laman ‘trading’ popular

Counter-Strike bukan sahaja dikenali sebagai FPS kompetitif, tetapi dengan skin kosmetik yang sangat banyak di mana pemain boleh membeli, menjual dan menukar hak milik (trade).

Kadang-kadang skin itu bernilai lebih dari harga sebiji rumah.

Sebagai contoh skin Dragon Lore AWP yang akan dijual dalam harga RM40 ribu sehingga RM60 ribu.

Paling dahsyat adalah satu Case Hardened Karambit yang bernilai lebih daripada RM 6 juta.

Malangnya komuniti trading dilanda malapetaka.

Menurut Arrow, peminat besar skin CS:GO mengatakan hampir RM 7.12 juta skin sudah dicuri dari CSmoney.

CSmoney juga mengatakan laman sesawang mereka masih rosak dan menunggu untuk dibaiki.

Masih belum ada apa-apa maklumat jika Valve akan membantu atau tidak.

Berkemungkinan juga akaun yang berkaitan dengan CSmoney akan diharamkan.

Valve juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pihak ketiga.

Read More

Senarai lengkap pasukan Asia Tenggara bertanding pusingan kelayakan The International 11

The International 11 sudah semakin hampir. Pertandingan e-sukan yang paling berprestij ini dijangka bermula pada 15 Oktober ini.

Bagi pasukan yang tidak layak ke International 11 melalui sistem DPC (Dota Pro Circuit), mereka masih mempunyai peluang di pusingan kelayakan.

Untuk pusingan kelayakan Asia Tenggara, 15 pasukan akan bertanding bagi merebut 1 slot untuk ke TI 11.

Senarai pasukan yang akan bertanding adalah:

  • Fnatic
  • Talon Esports
  • T1 
  • RSG
  • Polaris Esports
  • Team SMG
  • Nigma Galaxy SEA
  • Neon Esports
  • Execration
  • LilGun
  • Army Geniuses
  • Summit Gaming
  • Atlantis
  • Xerxia
  • TNC Predator

Difahamkan, terdapat pasukan yang dibarisi penuh oleh pemain Malaysia iaitu Atlantis dan Summit Manakala pasukan seperti Team SMG juga dibarisi tiga pemain negara.

Siapakah di antara 15 pasukan ini yang bakal layak ke The International 11 nanti? Kita bakal saksikan.

The International 11 akan diadakan di Suntec Arena, Singapura. 20 pasukan akan bertarung bagi merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan.

Foto: Facebook/ South.gg

Read More

“Skuad Wanita Dota 2 berjaya mengeluarkan potensi penuh di E-Sukan Komanwel,” – Tiffani Oling

Kejayaan Skuad Wanita Dota 2 mewakili Malaysia tempoh hari ke Kejohanan E-Sukan Komanwel (CEC) di Birmingham, United Kingdom berjaya menambat hati ramai rakyat malaysia.

Mereka berjaya membawa pulang pingat emas sekaligus mengharumkan nama Malaysia di dalam pentas dunia.

Semasa ketibaan Kontinjen Malaysia ke tanah air, kami sempat menemubual mereka untuk bertanya rancangan mereka selepas ini.

@mygameondotmy Pasukan Dota 2 wanita berpuas hati menang emas dengan rekod tiada kekalahan di CEC (Komanwel) 2022 #commonwealth2022 #fyp #kakigaming #esports #dota2 ♬ Summer day – TimTaj

Ketika ditanya tentang perasaan mereka memenangi pingat emas, Aurora selaku kapten berkata mereka sangat berpuas hati dengan prestasi masing-masing di Sukan Komanwel itu.

“Saya rasa semuanya berjalan dengan baik memandangkan kami bermain agak teruk ketika latihan sebelum kejohanan bermula. Namun begitu, semua orang bersemangat ketika bermain di kejohanan.

“Persiapan yang seterusnya harus dirancang semula kerana pertandingan seterusnya berbaki empat bulan lagi. Kami harus merancang dengan teliti, kita lihat apa yang kita mampu buat nanti,” ujar Aurora.

Ditanya tentang prestasi Team Malaysia ketika kejohanan berlangsung, Tiffani selaku Pengurus mereka menyatakan mereka bermain mengatasi prestasi mereka sendiri.

“Saya rasa mereka benar-benar mengatasi prestasi mereka sendiri. Sebelum ini, ketika latihan ianya tidak berjalan dengan begitu baik.

“Akan tetapi, setiap kali mereka bermain di pertandingan LAN dan offline, mereka seperti mengeluarkan potensi penuh mereka,”

Tonton video penuh temubual bersama Skuad Dota 2 Wanita di laman rasmi Tiktok kami.

Foto: Instagram @globalesportsfed 

Read More

Dota 2: Skuad Wanita negara raih pingat emas

Skuad wanita Dota 2 negara yang menentang England sebentar sahaja tadi meraih kemenangan bersih 2-0 di dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022.

Kemenangan itu berjaya didapatkan apabila Team Malaysia membawa masuk Alchemist di perlawanan terakhir.

Pasukan England sukar untuk menyekat farming Alchemist dari semasa ke semasa menyebabkan tower mereka hancur dimusnahkan.

Alacrity yang diberikan oleh Invoker kepada Alchemist memperkuatkan lagi kekuatan hero itu.

Selain itu, bantuan stun yang diberikan oleh Dragon Knight dan Nyx Assassin membuatkan mereka mudah untuk merusuh ke arah pasukan England.

Skuad wanita negara mengakhiri permainan dengan rampage yang berjaya didapatkan oleh iStarx.

Tahniah diucapkan kepada skuad wanita negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dan membawa pulang pingat emas.

Team Malaysia bersama pengurus mereka, Afiq Fadhli Narawi.

Mereka membuktikan mereka adalah skuad wanita Dota 2 terbaik negara dengan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.

Team Malaysia bersama MESF (Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia).

Read More

Dota 2: Tiket The International 11 boleh dibeli mulai 13 Ogos ini

Tiket untuk ke The International DOTA 2 kini boleh dibeli mulai 13 Ogos ini.

Penjualan tiket akan bermula pada 10 pagi waktu tempatan dengan had lima tiket seorang. Pembeli yang berada di Singapura boleh mendapatkan tiket mereka secara pos.

The International 11 akan dibahagikan kepada dua acara dengan Playoffs bermula pada 20-23 Oktober dan membawa empat pasukan terakhir untuk ke Finals dengan harga RM280+ sehari.

Ini bermakna anda perlu membeli empat tiket untuk keempat-empat hari.

Finals akan membawa empat pasukan terakhir yang akan berlawan untuk Aegis of Champions.

Grand Final akan bermula pada 29-30 Oktober di Singapore Indoor Stadium dengan tiket berharga RM1600+.

Satu tiket boleh digunakan untuk kedua-dua hari itu.

Nampaknya bukan mudah untuk mendapatkan tiket ini dan semakin lama nampaknya tiket TI semakin mahal.

Read More

PC

Steam Deck akan dilancarkan pada hujung Februari secara rasmi

Valve mengumumkan bahawa Steam Deck akan mula dilancarkan mulai 25 Februari. Menurut blog syarikat itu, pelanggan yang membuat tempahan akan mendapat e-mel pada hari itu dan mempunyai tiga hari untuk membuat pesanan.

Mereka juga mengatakan bahawa ia akan mengeluarkan batch baharu setiap minggu, jadi jika anda sudah membuat tempahan, sila perhatikan ruang e-mel anda pada. 

Tarikh pelancaran bertepatan dengan ramalan Valve baru-baru ini bahawa konsol akan mula dihantar kepada pemain pada akhir Februari. Valve mengatakan bahawa pesanan yang dibuat pada 25hb akan mula dihantar pada 28hb.

Jika belum menempah konsol ini, Valve masih menawarkan pesanan tetapi ia mungkin memakan masa kerana anda mungkin akan diletakkan di bawah senarai menunggu.

Untuk Malaysia, belum ada tarikh rasmi pelancaran tetapi bagi yang mampu, anda sudah boleh menghubungi pengimport konsol masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sumber rujukan: Steam

Read More

CONSOLE

Pemain CSGO ini berusia 63 tahun dan bermain secara kompetitif

Usia tidak bermakna apa-apa bagi Oleg, seorang warga emas dari Ukraine yang aktif bergiat dalam permainan dalam talian seperti Counter Strike Global Offensive (CSGO). Beliau bukan sekadar bermain CSGO di rumah seperti kita semua tetapi beliau menyertai pasukannya Ageless Shooters, di mana ahli pasukannya rata-rata berumur 60 tahun ke atas.

Menurut temu bual Oleh bersama rancangan YouTube TUT.BY, beliau berkongsi kisah hidupnya sebelum dan sewaktu menjadi pemain profesional CSGO yang berumur.

Oleg adalah graduan dari Akademi Perubatan yang berkhidmat di Tentera Laut sebagai doktor tentera. Sewaktu itu, CSGO adalah sesuatu yang asing baginya dan beliau tidak mengetahui apa-apa tentang permainan itu. Tetapi beliau diperkenalkan kepada permainan itu oleh anak-anaknya.

Beliau berkongsi, “Semasa anak-anak saya di sekolah menengah, saya perasan bahawa mereka sedang bermain sejenis permainan menembak. Saya menyuruh mereka melakukan perkara lain kerana saya tidak suka mereka membuang masa duduk di hadapan komputer sepanjang masa.”

Beliau juga pernah menyorokkan kabel komputer agar anak-anaknya tidak dapat bermain CSGO.

“Saya menyembunyikan kabel kuasa daripada mereka untuk menghalang dari bermain CSGO. Pada masa itu saya mula mengenal apa itu CSGO.”

Siapa sangka dalam langkah mendisiplinkan anak dapat membuka pintu ke sebuah dunia yang baru.

Semenjak itu, beliau mencari peluang untuk menyertai CSGO secara profesional. Rezeki tidak salah alamat apabila beliau dijemput untuk bermain bersama tujuh pemain lain pada tahun 2019.

“Kami giat berlatih selama dua bulan untuk bersaing dalam acara di Comic-Con,” katanya.

Dua pasukan dari Ukraine dan Sweden yang terdiri daripada pemain e-sukan yang bersara bertembung antara satu sama lain, mereka tewas dengan skor 16 kepada 1.

Menurut Oleg, pengalaman beliau sebagai tentera tidak begitu membantu kerana sudah terbiasa membidik menggunakan iron sights. Beliau berlatih agar dapat membiasakan diri dengan permainan itu. Oleg juga berkata bahawa beliau bermain 218 permainan dalam tempoh 3 bulan dan berjaya memenangi 117 perlawanan.

CSGO sudah banyak membantu Oleg dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah ia membantu meningkatkan daya gerakan otot, ingatan, imaginasi dan lain lagi. Ia juga membantu Oleg memahami istilah-istilah teknikal yang sering digunakan oleh generasi ini.

Oleg dan pasukannya menyokong NA’VI, malah mereka bersorak untuk organisasi Ukraine semasa mereka mengharungi PGL Major Stockholm 2021.

Sumber rujukan: BullFrag

Read More

PC

Shroud menggesa Valve untuk menambah baik CSGO agar boleh bersaing dengan VALORANT

Streamer terkenal Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud, memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain profesional Counter Strike Global Offensive (CSGO) untuk pasukan Amerika Syarikat Cloud9. Selepas beliau bersara dari arena kompetitif CSGO, beliau memulakan saluran strimnya di mana beliau sering menyiarkan permainan PUBG dan kini, VALORANT.

Oleh itu, Shroud amat mengenali kedua-dua permainan penembak taktikal iaitu CSGO dan VALORANT, dan kini beliau menggesa agar Valve untuk menambah baik CSGO.

Menurut Shroud, CSGO adalah permainan yang ‘ketinggalan zaman’ dan ‘jauh dari sempurna’.

Shroud jelas kecewa kerana Valve tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki CSGO yang dibelenggu oleh penipu dan baru-baru ini mula menghadapi masalah prestasi di mana pemain secara rawak mengalami penurunan bingkai yang agak merisaukan.

“Apa yang Counter Strike sedang lakukan? Tiada apa-apa! Mereka (Valve) membenarkan Riot Games dan VALORANT merentasi mereka! Tidak mengapa! Jika Valve tak kisah, kami pun tak perlu kisah. Betul tak?” marah Shroud dalam salah strimnya baru-baru ini.

Bukan Shroud sahaja yang menyedari isu penipu ini, malah seorang bekas pembangun Riot Games juga menyedari isu ini dan menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Shroud juga berkata bahawa isu ini bukan sahaja isu utama permainan. Beliau juga menyarankan agar Valve mengambil contoh penambahbaikan dari Dota 2 di mana Valve mengemas kini enjin permainan ke Source 2. Valve juga sudah mempertimbangkan pengemaskinian enjin CSGO kepada Source 2 dalam beberapa bulan lalu.

Nampaknya Shroud masih kisah tentang permainan lamanya walaupun sudah lama meninggalkan dunia kompetitif CSGO. Riot Games dan Valve kedua-duanya hebat membangunkan permainan kompetitif VALORANT dan CSGO, tetapi mereka perlu sentiasa peka dengan perubahan dan memperbaiki permainan mereka.

Sumber rujukan: AFK Gaming

Read More

PC

Bekas pembangun Riot Games ingin membantu CSGO dalam masalah ‘hacker’

Penipuan serta hack dalam permainan kompetitif seperti Dota 2, Counter Strike Global Offensive (CSGO) dan VALORANT adalah perkara yang tidak diingini oleh mana-mana pihak berintegriti. Namun, perkara ini bukan perkara yang jarang berlaku.

Kali ini, seorang bekas pembangun VALORANT dalam bidang anti-penipuan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah hack dalam CSGO.

Perbualan itu didorong oleh siaran media sosial daripada pembangun Valve yang menggelar penipuan sebagai masalah yang merebak merentas semua permainan kompetitif dalam talian. Hasil perbualan ini belum didedahkan, tetapi setiap peminat CSGO tahu bahawa Valve memerlukan bantuan kritikal yang boleh diperoleh untuk menghentikan hacker.

Nemanja Mulasmajic, atau Nemi di Twitter adalah seorang pakar program yang sebelum ini membangunkan aplikasli anti-penipuan untuk Riot Games dan Activision-Blizzard.

Sumbangan beliau tidak dapat dikenal pasti, tetapi kemungkinan besar beliau membantu mencipta program anti-penipuan Riot Vanguard untuk VALORANT.

Syarikatnya, Byfron Technologies, secara khusus mencipta program anti-penipuan untuk permainan dalam talian.

Semoga Valve terbuka hati untuk menerima tawaran ini kerana masalah spinbot serta wallhack agak menjadi-jadi kebelakangan ini.

Read More

Showing 1 - 10 of 10 Results