VCT 2022

PC

Pemain profesional VALORANT Vietnam ditangkap menipu di VCT APAC Stage 1 2022

Pemain VALORANT Vietnam Tất Cẩm “Nomsenpai” Khôn digantung selama setahun selepas menipu dalam perlawanan rasmi VCT. Pasukannya Ice Cee Jay Too juga hilang kelayakan daripada VCT APAC Stage 1 2022.

Dia dilihat menggunakan aplikasi ‘hack‘ semasa VCT 2022 Stage 1: Vietnam Open Qualifications apabila pasukannya Ice Cee Jay Too bermain perlawanan kompetitif di Haven.

Nomsenpai dilihat menggunakan gabungan wall hack dan aimbot kerana dia dilihat membidik dan menembak musuh disebalik lindungan asap dan dinding.

Lihatlah sendiri bukti penipuan di bawah.

Riot Games menerangkan, “Menipu dalam mana-mana perlawanan VALORANT adalah bertentangan dengan peraturan permainan kompetitif dan melanggar peraturan permainan adil.”

Penggantungan Nomsenpai daripada semua kejohanan rasmi Riot Games akan bermula pada 26 Januari dan berakhir pada tahun berikutnya. Manakala, pasukannya Ice Cee Jay Too perlu menunggu sehingga VCT Stage 2 2022 untuk bersaing semula.

Sumber rujukan: Riot Games

Read More

PC

TSM melengkapkan barisan pemain VALORANT untuk VCT 2022

Pasukan VALORANT Amerika Utara Team Solo Mid atau TSM sudah mengunci barisan pemain untuk VALORANT Champions Tour (VCT) tahun ini yang akan bermula pada 27 Januari.

5 pemain yang bakal bermain di bawah panji TSM pada tahun ini adalah:

  • Matthew “WARDELL” Yu
  • Yassine “Subroza” Taoufik
  • Aleko “LeviathanAG” Gabuniya
  • Corey “Corey” Nigra
  • Daniel “Rossy” Abedrabbo

Pasukan TSM berjaya merembat kedudukan tempat pertama pada VCT 2021: North America Stage 3 Challengers 2, tetapi mereka tewas pada pusingan pertama bracket bawah di VCT 2021 NA Stage 3 Challengers Playoffs. Ini menyebabkan kegagalan mereka untuk maju ke kejohanan antarabangsa VALORANT.

Kini, barisan pemain pasukan itu sudah berlatih bersama selama beberapa minggu dan setiap pemain ditandatangani sejurus selepas tempoh percubaan berakhir akhir tahun lalu.

TSM dijangka akan beraksi di pusingan kelayakan terbuka VCT 2022 yang akan berlangsung pada 27 Januari nanti.

Sumber rujukan: Dexerto

Read More

PC

Pendaftaran untuk VALORANT Challengers Tour APAC 2022 sudah dibuka

VALORANT Champions Tour (VCT) 2022 akan berlangsung pada pertengahan bulan Februari tahun ini menurut anggaran Riot Games. Seperti tahun lepas, pasukan-pasukan akan dalam acara VALORANT Challengers sebelum dapat mengunci kedudukan mereka di VALORANT Masters yang mungkin akan berlaku pada bulan April.

Kini, pendaftaran VCT Asia Pasifik (APAC) 2022 sudah dibuka untuk semua pasukan yang berminat

VCT APAC akan disertai beberapa rantau baru seperti Asia Selatan dan Oceania dan menjadikan jumlah rantau APAC menjadi 8. Ini juga bermaksud pemain dari dua rantau itu dikira sebagai pemain tetap dan bukan pemain import.

Peruntukan serantau dibahagikan mengikut format persaingan 20 pasukan. Jumlah pasukan ditentukan oleh bilangan pemain kompetitif di setiap rantau.

Peruntukan slot pasukan mengikut rantau adalah seperti berikut:

Thailand: 3
Filipina: 3
Indonesia: 3
Vietnam: 3
Singapura/Malaysia: 3
Taiwan/Hong Kong: 2
Asia Selatan: 2
Oceania: 1

Format Acara

Seperti dilihat di jadual di atas, VCT 2022 akan dibina di sekitar tiga acara utama, iaitu Masters 1 pada bulan April, Masters 2 pada bulan Julai dan penutup iaitu VALORANT Champions yang akan berlangsung pada bulan September.

Local Challengers: Pasukan akan bertarung dalam kejohanan tempatan untuk menempah tempat masing-masing dalam peringkat Regional Playoffs

Regional Playoffs: Pasukan-pasukan yang layak dari Local Challengers akan bertemu di sini. Pasukan-pasukan ini akan bermain untuk mata dan pasukan yang cukup mata akan dijemput ke Global Events.

Global Events: Acara ini adalah yang paling gah berbanding yang lain. Acara ini menawarkan kumpulan hadiah tertinggi serta Mata Circuit tertinggi berbanding pusingan-pusingan lain.

Pendaftaran

Bagi pasukan yang berminat untuk menyertai salah satu acara VALORANT terbesar tahun ini, anda boleh mendaftarkan pasukan anda di sini.

Selepas mendaftar, pasukan akan menerima maklumat mengenai pusingan kelayan terbuka akan datang daripada pengendali tempatan mereka.

Read More

Showing 1 - 3 of 3 Results