Xiaomi Malaysia

MOBILE

Redmi Note 11 Series mempunyai spesifikasi yang terbaik & harga mampu milik! memang berbaloi

Sebagai peneraju teknologi global, Xiaomi mengukuhkan lagi jenamanya dengan pelancaran telefon pintar baharu Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G.

Dengan kehadiran dua model telefon pintar baharu ini, maka lengkap lah Siri Redmi Note 11 yang popular dengan kuasa 5G. Mantap!

Siri Redmi Note 11 ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini, sekaligus membuatkan anda kena jadikannya sebagai telefon pintar pilihan pertama anda tau!

Apa tunggu lagi, jom kita tengok apa hebatnya dengan Siri Redmi Note 11 ni!

Siri Redmi Note 11 mempunyai teknologi 5G yang terkini!

Anda tahu tak yang teknologi 5G dijangka dapat menyediakan tahap kelajuan internet yang lebih tinggi dimana anda boleh melakukan pemindahan data dengan lebih pantas dari biasa.

Haa… Mesti anda nak internet telefon anda semua laju kan?

Cepat tunggu apa lagi, dapatkan Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G ini sekarang! Kalau anda nak tahu, Redmi Note 11 Pro+ 5G dan Redmi Note 11S 5G ni memang dilengkapi dengan pemproses 6nm 5G yang cekap kuasa.

Redmi Note 11 Pro+ 5G membawa prestasi mudah alih ke tahap baharu dengan pemproses MediaTek Dimensity 920 octa-core, manakala Redmi Note 11S 5G menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 810 untuk memenuhi keperluan harian anda.

Hanya perlukan 15 minit untuk pengecasan penuh!

Mesti anda stress bila main telefon tak sampai beberapa jam dah habis bateri kan?

Ha, kini anda tak perlu risau lagi sebab Redmi sudah keluarkan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan pengecasan berwayar 120W HyperCharge. Wow!

Redmi Note 11 Pro+ 5G mampu mengecas bateri 4,500mAh-nya kepada 100% dalam masa 15 minit sahaja. Ianya juga dilengkapi dengan 6.67″ FHD+ AMOLED DotDisplay, dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz yang menyenangkan untuk mata anda.

Oleh itu, pengguna dapat menikmati transisi skrin yang lebih smooth dan jelas tanpa lagging serta lebih sensitif pada sentuhan.

Bagi Redmi Note 11S 5G pula, ia menawarkan bateri 5,000mAh yang besar untuk memastikan anda dapat menikmatinya sepanjang hari.

Selepas ini anda boleh lah mengecas telefon dimana-mana sebab ianya dilengkapi dengan pengecasan pantas 33W Pro, peranti ini mengecas sehingga 100% dalam masa sejam.

Macam tak percaya kan? Lebih kuasa, lebih kecekapan dengan Redmi Note 11!

Prestasi sistem kamera 108MP untuk abadikan detik yang bermakna

Menjanjikan pengalaman fotografi yang jauh lebih hebat, Redmi Note 11 Pro+ 5G menampilkan kamera utama 108MP yang dilengkapi dengan kamera ultra lebar 8MP dan kamera telemakro 2MP.

Anda boleh merakam setiap detik yang bermakna dalam resolusi tinggi walaupun dalam cahaya malap kerana kamera utama menampilkan sensor Samsung HM dan dari ISO asli.

Makin real lah gambar anda nanti!

Lain pula dengan Redmi Note 11S 5G, kerana ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera kedalaman 2MP untuk menangkap gambar yang ideal serta paparan Dot Drop 6.6” FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz untuk pengalaman tontonan yang lancar.

Lepas ni anda boleh lah, tangkap gambar seperti seorang profesional dengan Redmi Note 11 ini.

Makin excited lah anda nak tukar telefon kan?

Haaa…. Anda boleh dapatkan di kedai Xiaomi yang sah seperti Lazada dan Shopee bermula 6 April 2022 ini tau.

Antara model yang tersedia ialah :

  • Redmi Note 11 Pro+ 5G (hanya tersedia dalam talian)

8GB + 128GB: RM 1,499 – Jualan kilat pada 6 April 2022 sementara stok masih ada: RM 1,399 (POTONGAN RM 100!)

8GB + 256GB: RM 1,599 – Jualan kilat pada 6 April 2022 sementara stok masih ada: RM 1,499 (POTONGAN RM 100!)

  •  Redmi Note 11S 5G – Hadir pada 22 April 2022 nanti di Kedai Sah Xiaomi atau dalam talian

6GB + 128GB: RM 999

  •  Redmi Note 11 (Edisi Festival Peminat Xiaomi) (hanya tersedia dalam talian)

4GB + 128GB: RM 749 (Jualan kilat pada 6 April 2022 sementara stok masih ada: RM 699 (DISKAUN RM 50!) 

Untuk maklumat lanjut mengenai, telefon pintar ini, anda boleh ke laman web atau laman sosial Facebook dan Instagram mereka.

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results