Yatoro

eSPORTS

Juara TI10, Yatoro menyuarakan kebimbangannya tentang format DPC 2021-22

Illya “Yatoro” Mulyarchuk, salah seorang pemain dari pasukan juara The International 10, Team Spirit, menyatakan pendapat beliau tentang format Dota Pro Circuit (DPC) 2021-22 tahun ini.

Beliau berpendapat bahawa jumlah perlawanan yang rendah setiap minggu seperti disengajakan agar bootcamp menjadi lama dan ini amat meletihkan bagi seorang pemain.

Sebagai contoh, Yatoro menyatakan ia mencabar untuk beliau bermain 1 perlawanan profesional dalam tempoh 10 hari, dan ini bermakna ia akan menjadikan bootcamp selama dua bulan.

“Saya bercakap untuk diri saya sendiri – ia sangat menyakitkan apabila anda bermain satu perlawanan dalam sepuluh hari dan anda perlu menjalani dua bulan bootcamp sepanjang masa. Anda duduk di sana, anda bermain satu perlawanan, anda menang – hooray, perlawanan seterusnya adalah dalam 11 hari.

“Ia meletihkan. Seolah-olah sengaja dipanjangkan, untuk meletihkan kita,” kata Yatoro kepada RuHub Media.

Malah, pengurus Team Spirit juga menyatakan bahawa jadual seperti ini sangat hambar dan mengekang kebebasan pemain.

“Dengan jadual seperti itu, anda tidak mempunyai kehidupan. Anda datang ke sini, anda tinggal di sini selama sebulan setengah, kemudian anda pergi selama sepuluh hari.

“Kemudian anda datang ke bootcamp sebelum pusingan Major, dan kemudian anda sampai ke pusingan Major.

“Kemudian anda pergi lagi selama sepuluh hari dan kembali bootcamp semula. Dalam setahun, anda akan hidup tenang paling lama sebulan atau sebulan setengah,” kata Dmitry “Korb3n” Belov, pengurus pasukan itu.

Pemain lain seperti kpii, KuroKy, dan Puppey juga pernah menyuarakan pendapat yang sama tentang DPC musim lalu. Oleh itu, ini bukanlah masalah baru dan perlu dilihat oleh Valve dan penganjur acara.

Sumber rujukan: RuHub Media, CyberSport.ru, AFK Gaming

Read More

Showing 1 - 1 of 1 Results