Yin
4 cara nak counter Yin
Yin adalah hero baru Mobile Legends yang amat menjengkelkan bagi sesiapa yang berhadapan dengannya.
Ini kerana ulti yang digunakan, My Turn mampu menyekat seorang musuh ke dalam medan pertarungan tersendiri (hanya Yin dan musuh) selama beberapa saat. Yang merisaukan, ulti ini boleh digunakan kepada sesiapa saja termasuklah jungler musuh.
Dia juga akan bertukar jadi Lieh dan kuasanya dipertingkatkan lagi dengan banyak.
Jadi, tindakan terbaik sekarang di rank adalah mengenakan ban kepadanya sekali gus menghalang outplay yang bakal terjadi.
Tapi, bagi anda yang terpaksa melawan Yin kerana terlepas ban ataupun apa pun sebabnya, ini adalah tips yang penulis syorkan.
1. Jika terkena ulti, cuba lawan
Salah satu kesilapan pemain ketika melawan Yin adalah melarikan diri daripada beliau ketika dalam ulti. Yin kuat tapi itu tak bermakna anda tak boleh membunuhnya. Jika Lieh (transformasi Yin) menggunakan Frenzy Strike, cuba elak dengan sebaik mungkin.
Hero seperti Yi Sun Shin dan marksman dengan keupayaan mobiliti boleh mengelak dengan baik kuasa ‘mengetuk tanah’ ini. Malah, skill ini ada kelemahan di mana fasa awalnya akan sasar automatik dan fasa seterusnya memerlukan pemain menyasar sendiri. Jadi anda boleh kelirukan pemain Yin kurang berpengalaman untuk meneka di mana anda akan bergerak.
Bagi penulis, hero dengan kuasa atau item lifesteal mampu melawannya dengan baik.
2. Main dengan selamat
Biasanya Yin memerlukan jarak dekat untuk menggunakan My Turn. Jadi jaga jarak anda dengan baik dengan melindungi di belakang tank. Kenakan damage dari jauh tapi berhati-hati dengan kuasa kedua Yin, Instant Blast yang membolehkannya Dash ke depan dan stun anda yang berada di belakangnya.
Selagi anda jaga jarak, selagi itu anda boleh selamat daripada Yin.
3. Kalaupun anda mati dengan ulti, Yin juga ‘tinggi’ peluang untuk mati
Kelemahan My Turn adalah lokasi di mana Yin dan musuh tetap takkan berganjak dan hanya berada di satu tempat. Jika pemain Yin seorang yang agresif dan bermain solo, anda boleh menghukumnya dengan mengajak pasukan lain melindungi jungler. Selepas tamat ulti, Yin tetap akan keluar di lokasi sama dan anda boleh menunggu untuk ‘spam’ kesemua kuasa kepadanya.
Namun, pemain Yin yang bijak akan melakukan ulti ketika teamfight di kawasan Lord dan Turtle sekali gus menghalang jungler anda menggunakan retribution.
4. Kadita, Argus dan fighter dengan pertahanan tinggi
Kadita boleh mengelirukan Yin dengan kuasa pertama ombaknya sekali gus melarikan diri daripada ditumbuk. Kuasa kedua juga boleh buat Yin terhenti seketika. Jika nyawanya sikit, Kadita boleh guna ulti untuk melambatkan lagi usaha Yin membunuhnya.
Badang pula sangat kuat dengan attack speed items. Golden Staff saja sudah mencukupi untuk menambah kelajuan serangan Badang yang boleh menyebabkan mini-stun kepada Yin. Namun, untuk lebih selamat, gunakan Argus di mana ultinya boleh menambah nyawa dan melambatkan kematian.
Gunakan juga fighter yang mempunyai pertahanan tinggi seperti Silvanna dan Yu Zhong untuk melawannya.
Pastikan anda menggunakan mana-mana ulti ketika berada dalam domain Yin dan bukannya SEBELUM terkena ulti.
Yin, hero baru Mobile Legends – Jujutsu Kaisen gabung dengan Shang-Chi
Yin, The Kingfu Genius, hero Fighter baru Mobile Legends Bang bang diumumkan dengan videonya sendiri.
Dalam video itu menunjukkan Yin berlawan dengan Yu Zhong.
Karakter Yin ini memberi gambaran seolah-olah gabungan Jujutsu Kaisen dan Shang-Chi.
Persamaan Jujutsu Kaisen ialah Yin mempunyai Ultimate yang akan mengubah personalitinya kepada Lieh dan memerangkap musuh di dalam kawasan terasingnya sendiri sama seperti Domain Expansion dari Jujutsu Kaisen dan Sukuna sebagai syaitan yang berada di dalam badan Itadori Yuuji.
Shang-Chi pula disebabkan Yin mempunyai enam gelang besar hampir sama dengan Shang-Chi yang mempunyai sepuluh gelang ditangannya.
Kebolehan Yin/Lieh
Disebakan Yin mempunyai Ultimate untuk bertukar menjadi Lieh, kuasa Yin mempunyai dua versi.
Pasif – Leave It to Me (Buff)
Yin akan membuat 125% peningkatan damage apabila tiada hero pasukan sendiri berdekatan.
Skill 1 (Yin) – Charged Punch
Yin akan mendapat Movement Speed sebanyak 40% untuk dua saat dan apabila ditekan sekali lagi Yin akan menumbuk ke hadapan.
Skill 1 (Lieh) – Frenzy Strike
Lieh akan menumbuk tanah sebanyak sepuluh kali membuat damage fizikal dan pihak musuh akan mendapat slow sebanyak 75% untuk 0.3 saat.
Skill 2 (Yin) – Instant Blast
Yin akan dash ke hadapan dan meninggalkan gelang emasnya di belakang.
Selepas 1 saat Gelang Emas itu akan mengikut Lieh dan membuat damage dan pegun pihak musuh selama satu saat.
Skill 2 (Lieh) – Instant blast
Lieh akan menendang ke hadapan dan meninggalkan Gelang Emasnya di belakang.
Selepas satu saat Gelang Emas itu akan mengikut Lieh dan mengenakan damage dan pegun pihak musuh selama satu saat.
Ultimate – My Turn
Yin akan menarik seorang musuh ke dalam kawasan kekuasaan yang berasingan untuk 8 saat dan bertukar menjadi Lieh.
Lieh dan musuh tidak akan terjejas dengan skill hero-hero lain.
Di dalam kawasan kekuasaan itu, jika Yin berjaya membunuh musuh, dia akan keluar dari kawasan itu dengan Skill 1 dan Skill 2 akan reset.
Yin akan dikeluarkan ke Mobile Legends Bang bang pada 18 Januari ini dalam kemaskini The First hero of “Forsaken Light”.