Tajaan Penerbangan Malindo Airways Bantu Atlet Dari Sabah Sarawak Bertanding Dalam Kejohanan E-Sukan

By Hazril Md Nor | January 30, 2020

Artikel ini disiarkan untuk Malindo Air.

Kejohanan e-sukan yang berprestij biasanya diadakan di Kuala Lumpur atau Selangor. Jadi tak hairanlah kan kalau ada ramai komuniti tanah air terutamanya dari Sabah dan Sarawak sanggup turun padang untuk bertanding.

Ada yang menggunakan duit sendiri kerana sudah bekerja. Duit simpanan yang digunakan setelah beberapa lama dijadikan modal untuk beli tiket kapal terbang ataupun sebagai wang pendahuluan untuk tempat kediaman.

Tapi macam mana pula kalau peserta dalam kalangan siswa? Kebanyakan dari mereka adalah pelajar universiti/kolej sepenuh masa dan tidak bekerja. Mereka perlukan bantuan dana untuk bergerak.

 

Atlet e-sukan Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 (XPAXKEK) ditaja penerbangan sepenuhnya oleh Malindo Airways 

Pasukan Genesys dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Pada Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2, pasukan Mobile Legends dan PUBG Mobile dari Sabah, Sarawak dan Labuan layak ke Grand Final di Kuala Lumpur.

“Masalah pengangkutan dan penginapan adalah halangan utama kami (di Sabah dan Sarawak) untuk ke Grand Final. Kami juga tidak dapat menanggus kos tersebut yang tinggi dan bergantung harap kepada pihak universiti untuk memberikan dana.

“Melalui kos penerbangan yang ditanggung dapat mengurangkan tekanan para pelajar dalam menyertai kejohanan e-sukan selain menaikkan semangat mereka untuk buat lebih baik.

“Ia juga secara tak langsung beri keyakinan dan kepercayaan kepada ibu bapa untuk tidak merasa ragu dengan penyertaan kami dalam e-sukan,” kata Kapten skuad Genesys, Mohamad Madani Ahmad, 23 tahun yang juga penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Selain Genesys, beberapa pasukan lain turut menerima tajaan syarikat penerbangan Malindo Airways selaku penerbangan rasmi sempena kejohanan tersebut.

 

Nikmati penerbangan baru ke Sandakan dan Tawau

Kali ini, Malindo Airways menambah laluan penerbangan baru ke Sandakan dan Tawau, Sabah.

Sandakan – penerbangan setiap hari (7 kali seminggu) bermula 17 Februari 2020.

Tawau – penerbangan setiap hari (7 kali seminggu) bermula 2 Mac 2020.

Selain itu Malindo juga menambah laluan penerbangan ke Chitose, Hokkaido (Jepun) menerusi transit di Taipei akan memulakan beroperasi kembali bermula 25 Januari ini dengan tiga kali penerbangan iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Sabtu.

Bermula 29 Mac pula, mereka akan menambahkan frekuensi kepada lima kali penerbangan seminggu ke Chitose, Hokkaido jadi anda dah boleh siap sedia kumpul duit kalau mahu ke lokasi menarik di Jepun ini!

Bagi laluan ke Da Nang, Vietnam pula, penerbangan adalah sebanyak tujuh kali seminggu yang sudah bermula sejak Disember.

Untuk info lanjut dan promosi penerbangan menarik, layari malindoair.com/ , Instagram: @malindoair ataupun laman Facebook rasmi mereka facebook.com/malindoair/