Taktik-Taktik psikologikal permainan F2P untuk ‘perah’ duit, jaga-jaga dengan bajet anda

By Mike Hayate | December 8, 2021

Permainan Video Free-toPlay (F2P) sudah membuat jutaan malah billion wang ringgit dalam masa setahun.

Game seperti ini tidak percuma seperti yang anda sangka.

Salah satu taktik psikologikal mereka adalah membuat anda mengeluarkan wang untuk menguntungkan syarikat anda.

Apa matlamat permainan video F2P?

Idea F2P dibuat adalah menjual ‘pengalaman’ yang lebih baik kepada pemain.

Permainan video tradisional akan memberi fokus kepada keseronokan, sebaliknya bagi permainan video F2P, keseronokan itu adalah nombor dua dan hanya ditengahkan selepas ketuntungan.

Selalunya permainan video F2P membuat duit dari pembelian kecil dalam kuantiti yang banyak.

Pembina permainan video F2P bukan tidak mengambil tahu mengenai keseronokan sesuatu permainan itu tetapi hal ini tidak bermakna anda tidak akan mengeluarkan duit.

Jadi banyak taktik yang dibuat oleh untuk mengawal psikologi anda supaya anda terdetik untuk mengeluarkan duit bagi mendapat apa yang anda mahu dalam permainan video F2P.

Jom baca 4 Taktik Psikologikal Permainan F2P untuk memerah duit anda:

1. Kemajuan Palsu

Gaming Culture: Progression Systems in Video Games are mostly awful -  YouTube

Kemajuan palsu selalu menjadi salah satu taktik psikologikal yang mungkin anda sendiri pernah rasa tidak kira di luar atau dalam permainan video.

Sebagai contoh, kupon cop yang selalu dibuat oleh kedai kopi.

Setiap kali anda membeli kopi anda akan medapat satu kad untuk dicop dan mendapat bonus selepas mengumpul 10 cop dan boleh memdapatkan satu kopi percuma.

Ini yang selalunya dibuat oleh permainan video F2P untuk memastikan anda sentiasa cuba untuk topup walaupun sedikit.

Sebagai contoh, banyak permainan video F2P pada awalnya akan memberi anda pelbagai hadiah dan kristal untuk digunakan tetapi lama kelamaan hadiah yang diberikan akan berkurangan dan anda akan berasa terpaksa untuk mengeluarkan duit.

2. Gacha dan Kotak Tikam

Gacha-Gacha: Japan's Capsule Toys

Sudah pasti, anda sendiri pernah bermain permainan video yang mempunyai kotak tikam atau sistem gacha.

Sistem ini memerlukan anda untuk membuka lootbox bagi mendapatkan apa yang anda mahu.

Taktik yang dibuat ialah harga satu kotak yang mahal dan peluang untuk mendapatkan sesuatu yang jarang dijumpai dengan sangat rendah peluangnya.

Apabila anda mendapatkan sesuatu yang jarang dijumpai anda akan berasa anda bertuah dan berkemungkinan besar anda akan mengeluarkan duit lagi untuk meneruskan tuah anda.

3. Perbandingan Sosial

Video Games Are Better Than Real Life

Perbandingan sosial adalah sesuatu yang semua orang rasa di sekeliling mereka.

Jika anda melihat seseorang itu tidak sebaik anda, ini akan membuatkan anda berasa lebih dari dari orang itu, tetapi sebaliknya akan berlaku apabila anda melihat orang lain dalam posisi yang lebih baik dari anda.

Sebagai contoh dalam permainan video, anda pasti akan cuba untuk meniru pemain-pemain lain yang lebih hebat dari anda tetapi anda sedar mereka hebat kerana menggunakan wang.

Jadi anda akan cuba juga untuk menggunakan wang bagi mencapai posisi orang lain.

Anda perlu berfikir perasaan untuk menyamakan kedudukan dengan orang lain.

4. Artificial Scarcity

5 Psychological Tricks in Free-To-Play Games (and How to Avoid Them)

Artificial Scarcity adalah satu teknik pemasaran yang memberi nilai lebih tinggi untuk barang yang unik dan terhad.

Permainan video yang F2P akan memberi anda rasa tidak cukup.

Setiap barang yang unik dan sukar untuk didapati dan ada sesetengahnya begitu kuat sehingga menyebabkan anda terpaksa menggunakan duit.

Apa yang perlu dibuat untuk menangani taktik psikologi ini?

Understanding Gamer Psychology: Why Do People Play Games? - Sekg

1.Tetapkan had bajet anda

Ukur baju di badan sendiri dengan menghadkan jumlah bajet.

2. Free-to-Play

Padan dengan nama F2P, tidak bermakna anda perlu mengeluarkan duit.

Betul berkemungkinan akaun anda tidak secantik mahupun sekuat akaun lain yang menggunakan wang.

Tetapi anda tidak mengeluarkan satu sen pun.

Apa yang penting permainan video yang anda main adalah menyeronokkan.

3. Kurangkan tekanan dengan mengelak.

Anda boleh mengelak dari menambah rakan-rakan anda yang banyak menggunakan wang.

Anda juga boleh mengelak dari melihat leaderboards yang sudah pasti akan membuat anda terasa ketinggalan.

Akhir kata mengetahui lebih baik dari tidak tahu.

Sebagai para pemain permainan video anda perlu bertanggungjawab dalam penggunaan wang anda supaya tidak membawa masalah negatif kepada diri sendiri mahupun orang lain.