“Team SMG nampak gemuruh ketika James turun padang,” – Kuja

By Hazrul Md Nor | April 23, 2022

Juara bertahan MPL MY musim ke-8 iaitu Team SMG mengejutkan para penonton apabila mereka tewas sebanyak dua kali.

Kekalahan yang dihadapi oleh Team SMG menjadi tanda tanya kerana corak permainan mereka seperti gemuruh dan takut di atas pentas.

Ketika Team Caracal muncul juara di dalam perlawanan mereka menentang Team SMG, kami sempat menemu bual Kuja iaitu jurulatih Team Caracal.

@mygameondotmy Jurulatih pasukan @teamcaracal , @Kuja Official , merasakan ada konflik dalaman di dalam Team SMG#kakigaming #mpl #fyp ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Ketika ditanya tentang pendapatnya mengenai Team SMG, Kuja berkata, mereka mungkin ada konflik selepas James tiba di Malaysia.

“Saya rasa mereka mungkin ada konflik selepas James turun padang. Mereka agak gemuruh atau takut, Kita boleh nampak daripada mimik muka mereka semasa lawan Todak semalam (dua hari lepas),” ujarnya.

“Saya mengharapkan untuk masa yang akan datang, Moonton akan lebih banyak buat persiapan untuk jurulatih-jurulatih yang akan bersama pasukan itu sendiri.

“Perkara itu perlu dilakukan bagi memudahkan para pemain berasa selesa dengan jurulatih mereka sendiri di atas pentas.

Kuja juga berkata Team SMG sememangnya tertekan dengan jurulatih mereka.

“Macam kes Team SMG ini, kita nampak nampak mereka memang tertekan,” akhirinya.