Tekken X Street Fighter sebenarnya bukan dibatalkan, cuma dihentikan sementara

By Mike Hayate | June 23, 2021

Pembangunan Tekken X Street Fighter sebenarnya bukan dibatalkan cuma dihentikan seketika.

Katsuhiro Harada sebaliknya memberi tahu bahawa ada kesalahan terjemahan di dalam video mengenai perkembangan Tekken X Street Fighter. Maksud yang sebenar adalah permainan video itu masih belum selesai dan masih dalam pembikinan setakat 30 peratus.

Ada satu perkataan yang disalah tafsirkan sebagai projek mati tetapi maksud sebenarnya adalah disimpan sementara.

Katsuhiro Harada masih mengharapkan Tekken x Street Fighter akan disambung apabila ada masa dan peluang.

Terjemahan adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat. Tetapi kita patut berterima kasih kepada Katsuhiro Harada kerana membetulkan kesilapan ini.

Baca artikel asal di SINI.