Tencent Menamatkan Operasi PUBG Mobile Di China Untuk Permainan Lebih Bertemakan Patriotik

By Hazril Md Nor | May 9, 2019

Kita semua tahu China mempunyai undang-undang ketat berkaitan permainan video lagi-lagi apabila ia melibatkan lesen.

Selepas kegagalan mendapatkan lesen dari kerajaan untuk meraih pendapatan melalui permainan, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile dibangunkan Tencent akhirnya ditamatkan operasi dan diganti dengan permainan yang sama iaitu Heping Jingying atau Elite Force for Peace seperti dilaporkan Reuters.

Heping Jingying dah pun diluluskan oleh kerajaan China untuk monetization (meraih pendapatan) kerana tema permainan itu yang lebih patriotik. Seorang penganalisa mengatakan permainan itu sebagai “satut tribut kepada People’s Liberation Army Air Force” – sebahagian dari ketenteraan kebangsaan China yang juga anti-keganasan.

PUBG Mobile dilancarkan pada Mac tahun lalu dan menjadi salah satu permainan video paling popular di dunia dengan jumlah pemain seperti Fortnite. Mengikut laporan dari China Renaissance, permainan itu mempunyai 70 juta pemain domestik yang membenarkan Tencent meraih pendapatan tahunan dari pembelian in-app iaitu $1.18 bilion sehingga $1.48 bilion.

Bagaimanapun, disebabkan kerajaan China yang tidak bersetuju dengan permainan berunsur ganas atau ketagih, ia mempengaruhi keputusan mereka untuk tak meluluskan PUBG Mobile untuk menerima monetization.

Berbeza dengan PUBG Mobile, Heping Jingying bukan saja bersifat patriotik tapi juga kurang ganas berbanding PUBG. Karakter tidak berdarah apabila ditembak dan hanya mereka yang berusia 16 tahun ke atas saja boleh bermain.

Untuk komuniti pemain di China, perubahan ini bukanlah besar mana kerana Tencent membenarkan pengguna untuk port karakter dari PUBG Mobile ke Heping Jinying dan seorang penganalisa memberitahu permainan baru ini adalah sama dengan judul terdahulu.

Gameplaybackground dan rekaan grafik serta karakter, semuanya hampir sama,” kata penganalisa permainan IHS Markit, Cui Chenyu.

Bagi penulis, diharapkan ia tak membabitkan negara-negara lain terutamanya Malaysia kerana masalah ini berlaku adalah bersifat dalaman di mana polisi kerajaan China yang menolak keganasan dan ketagihan terhadap permainan video.

Sumber: TheVerge