Terjebak kancah permainan video Gacha, ketagihan atau kepuasan?

By Mike Hayate | June 1, 2021

Permainan video Gacha atau sistem kotak tikam (lootbox). Untuk sesetengah orang ini adalah pengalaman pertama anda bermain permainan video gacha contohnya seperti Genshin Impact, Final Fantasy Brave Exvius, dan Fate/Grand Order. Malah Mobile Legends sendiri mempunyai sitem seperti ini yang kita tidak tahu apa jenis item yang kita akan dapat.

Mobile Legends Event: Lucky Boxes, Scam or Not? - Mobile Legends Blog

Gacha merupakan salah satu genre permainan video yang amat popular sekarang terutamanya untuk pengguna telefon pintar. Gacha berasal dari ‘Gashapon’. Gashapon merupakan mesin untuk kita mendapatkan permainan kecil di dalam bola seperti mesin slot yang amat terkenal di Jepun.

Gachapon: A Unique Japanese Culture You Should NOT Miss | Guidable

Gacha akan membuatkan anda berasa untuk terus menggunakan wang untuk mendapatkan karakter kegemaran atau mendapatkan karakter yang lebih kuat dia dalam permainan video gacha yang anda main. Gacha akan mempunyai mata wang sendiri seperti gems, crystal dan pelbagai lagi mata wang tersendiri mengikut permainan video masing-masing.

Setiap gacha juga akan mempunyai drop rate masing-masing yang sangat berbeza dan akan menyukarkan seseorang itu untuk mendapat apa yang dikehendaki. Sistem yang mudah tetapi boleh membawa kepada kancah ketagihan gacha.

Tidak semua gacha dicipta dan diprogram untuk mempunyai sistem yang sama.

Fate/Grand Order

Fate Grand Order Revenue Now Exceeds $2 Billion Worldwide

Dalam Fate/Grand Order (F/GO), sistem gacha ini bukan sahaja penting tetapi masalahnya datang apabila anda tidak mendapat karakter yang kuat atau dikehendaki anda akan ditinggalkan oleh pemain-pemain lain yang lebih kuat.

Faktor ini menyebabkan anda akan sentiasa mencuba untuk membelanjakan lebih banyak wang mendapatkan apa yang dikehendaki. Tidak lupa tentang kes Daigo, seorang pemain gacha F/GO yang telah membelanjakan sebanyak AS$70 ribu untuk Fate.

Genshin Impact

Your Guide To Genshin Impact And Gacha - Game Informer

Genshin Impact antara permainan video gacha baru dalam dunia gacha. Tetapi Genshin Impact juga mempunyai kadar peratusan sebanyak 0.6% sahaja untuk mendapatkan karakter lima bintang. Tetapi hal ini dapat dilawan apabila anda telah berjaya membuat sebanyak 75 summon ke atas untuk peratusan yang lebih tinggi.

Whale

Whale Hello There GIF - Whale HelloThere - Discover & Share GIFs

Anda pernah dengar tentang ‘whale’? Whale ini bermaksud seseorang yang membelanjakan wang beribu-ribu ringgit untuk permainan video gacha kegemaran mereka tanpa rasa menyesal. Anda mungkin tertanya-tanya adakah mereka mampu? Untuk pengetahuan anda tidak semua whale adalah orang yang mampu. Ada yang hanya mencari keseronokan, ketagihan dan semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.

Kita sendiri kena terima kenyataan, menggunakan wang yang banyak seperti ini lebih kurang sama dengan perjudian di kasino. Anda menggunakan duit untuk mendapatkan sesuatu yang belum tentu anda dapat. Tetapi dalam kes permainan Gacha, anda tidak mendapat barang fizikal sebaliknya cuma digital.

Tanda-tanda ketagihan

Antara tanda-tanda ketagihan yang anda hadapi adalah sentiasa berasa perlu menggunakan wang dengan gacha dan dapatkan apa yang anda kehendaki.

Selagi tidak dapat apa yang dikehendaki selagi itu anda akan sentiasa menambah wang. Seterusnya, banyak bermain permainan gacha yang pelbagai. Akibat ketagihan and untuk merasa kepuasan anda akan sentiasa mencari permainan video gacha yang berlainan untuk dicuba.

Kemudian anda juga akan sentiasa marah apabila nasib tidak menyebelahi anda padahal anda sendiri tahu apa yang akan anda sendiri hadapi. Permainan gacha juga terkenal dengan sistem yang sentiasa membuat anda rasa ingin terus bermain permainan itu. Jikalau gaya hidup anda kini berubah disebabkan gacha adakah anda masih belum ketagih?

Solusinya?

Pada tahap ini anda sudah pasti sudah mengalami ketagihan bermain permainan video gacha.

1. Jikalau anda membelanjakan wang yang banyak sehingga mengganggu situasi kewangan anda, maka jalan terbaik adalah uninstall dan berhenti bermain.

2. Mohon bantuan dari orang profesional. Masalah ini mungkin telah menjadi masalah mental yang anda sendiri tidak sedar. Dapatkan bantuan dari doktor psikologi dan pihak Klinik Kesihatan Malaysia dapat membantu anda untuk mengurangkan ketagihan yang anda sendiri tidak tahu datang dari mana.

3. Tahap mengganggu kehidupan anda. Jika perkara pertama anda pikir apabila bangun dari tidur, sebelum tidur dan setiap masa anda akan bermain permainan video gacha yang sama maknanya ia telah menjadi gaya hidup anda. Cuba kurangkan masa bermain. Cuba permainan video lain. Malah anda boleh cuba untuk membuat benda lain yang menarik perhatian anda.

4. Elak leburkan duit anda ke dalam permainan video gacha yang anda main. Permainan video gacha selalunya ada lah percuma untuk dimain. Jikalau anda masih mahu bermain cara paling mudah adalah untuk tidak menggunakan wang.  

Adakah anda salah seorang yang terjebak dalam ketagihan permainan video gacha? Apa pendapat anda? Adakah permainan video seperti ini bahaya untuk kewangan dan kehidupan anda? Adakah ia hanya kepuasan untuk mendapatkan karakter waifu atau husbando kegemaran sahaja?  Wang yang anda guna adalah dari keputusan anda sendiri tetapi jika hasil pembelian dalam permainan gacha mengganggu cara kehidupan anda, adakah ia berbaloi?