Thailand kini mengiktiraf e-sukan sebagai sukan profesional

By syazwanbahri | October 8, 2021

Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) mengumumkan bahawa Thailand kini secara rasmi mengiktiraf e-sukan sebagai sebuah sukan profesional. Menurut AESF, Kerajaan Thailand kini memahami sepenuhnya potensi industri e-sukan. Mereka akan bekerjasama dengan Persekutuan E-Sukan Thailand (TESF) untuk memberi latihan di e-sukan di negara ini.

Berita ini dilihat dari satu kicauan dari akaun Twitter rasmi AESF yang boleh dilihat di bawah.

Kerajaan Thailand juga meletakkan taraf e-sukan setanding dengan sukan-sukan profesional lain seperti bola sepak, takraw, golf, dan lain-lain lagi.

Sebagai salah satu sukan profesional Thailand, e-sukan kini akan memiliki hak dan peluang untuk meminta bantuan dan sokongan dalam pelbagai bidang dari jawatankuasa sukan profesional serta ‘Dana Promosi Sukan Profesional’ dari Lembaga Sukan Thailand (SAT).

Pihak-pihak itu akan menawarkan bantuan kepada atlet e-sukan melalui pengembangan atletik, penghormatan, dan mempromosikan atlet menjadi profesional di dalam dan luar negara. AESF serta TESF juga akan mengatur pengurusan acara sukan profesional, kelab, dan persatuan lain.