The Division 2 Dijual Untuk PC Pada Harga RM10 Sahaja!

By Burhanudin Zamri | February 17, 2020

Genre permainan video looter shooter kini terdapat banyak judul yang popular seperti Borderlands 3 dan Destiny 2. Malangnya, Tom Clancy’s The Division 2 gagal menembusi pasaran.

Ubisoft, penerbit The Division 2, mengaku bahawa permainan tersebut gagal mencapai sasaran jualan mereka. Kini permainan tersebut dijual di laman web Ubisoft Store pada harga RM10 sahaja!

Walaubagaimanapun, harga tersebut hanya kekal sehingga 18 Februari 2020 (12:00 tengah malam ini) di Ubisoft Store.

Pada waktu yang sama, permainan ini juga dijual pada harga RM36.60 di PlayStation Store (PS Store). Jualan di PS Store akan berakhir pada 2 Mac 2020.

Kandungan tambahan (DLC) seterusnya untuk The Division 2 berjudul Warlords of New York akan dilancarkan pada 3 Mac 2020.

Nampaknya Ubisoft mahu menjual sebanyak mungkin salinan The Division 2 dengan harapan para pemain juga akan membeli Warlords of New York.

Jikalau anda memang meminati permainan dalam genre looter shooter, jangan lepaskan peluang ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.