The Hunger Games Akan Ada Prekuel Baru – Dilancarkan Pada 19 Mei, 2020

By Hazril Md Nor | June 18, 2019

Suzanne Collins nampaknya berhasrat untuk membawa kembali The Hunger Games tapi dalam bentuk prekuel!

Penulis novel ini akan membawakan novel prekuel yang mengambil masa 64 tahun sebelum kejadian berlaku dalam buku pertama dalam siri itu. Bila? Ia akan diterbitkan pada 19 Mei, 2020 dan Lionsgate juga berminat untuk membawanya ke layar perak (pawagam).

“Dengan buku ini, saya ingin meneroka siapa sebenarnya kita dan bagaimana kita buat keputusan untuk terus hidup,” kata Collins dalam satu temubual. “Dark Days, iaitu 10 tahun selepas peperangan – adalah di mana negara Panem sedang begolak — dan bagaimana karakter pada latar masa tersebut terus menggambarkan apa definisi mereka terhadap nilai kemanusiaan,”

Bagi latar masa dalam buku ini, ia tidak akan menampilkan karakter yang kita kenal dalam buku sekarang – contohnya Katniss dan Peeta tetapi President Snow mungkin akan ditonjolkan yang mana masa itu beliau berusia 11 tahun.

Seperti yang kita tahu, 74 tahun sebelum novel pertama (dan 10 tahun sebelum prekuel baru ini), 13 daerah di Panem cuba untuk memberontak ke atas Capital. Tapi mereka dikalahkan dan 12 daerah diletakkan di bawah kekuasaan Capital dan Hunger Games dimulakan untuk mengingatkan District tentang keadaan mereka. 

Prekuel ini akan bermula 10 tahun selepas pemberontakan itu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Cnet