The Witcher Musim Kedua Akan Menjadi Lebih Baik Dari Sebelumnya

By Hazril Md Nor | January 3, 2020

Musim pertama The Witcher memperoleh respons dan sambutan yang sangat baik dari komuniti game dan juga penonton biasa.

Ini boleh dilihat dari laporan jumlah penstriman untuk siri ini selain lebih ramai gamers bermain kembali The Witcher 3 kerana menyukai rancangan di Netflix ini. 

Bagaimanapun, oleh kerana hanya lapan episod dikeluarkan untuk musim pertama, ramai yang sudah habis menonton dan tertanya-tanya bila musim kedua akan tiba.

Menurut Netflix, ia masih dalam pra-produksi dan takkan ditayangkan tahun ini tapi pencipta rancangan ini, Lauren Hissrich mengatakan musim kedua akan lebih baik dari sebelumnya.

“Kami belajar banyak kesilapan. Kadang-kadang bila kita sedang merekod sesuatu, ia mungkin tak sebagus seperti apa yang kita tulis untuk skrip.

“Ia boleh dilihat menerusi post-production yang mana ada babak yang sebenarnya boleh diperbaiki dan ditambah baik. Ini adalah pengajaran kreatif buat saya untuk belajar apa yang berkesan dan apa yang tidak,” kata Lauren.

Dia juga mengatakan banyak kerja keras diperlukan untuk mencari lokasi penggambaran, set bangunan dan lain-lain.

“Kami juga ada idea lebih baik untuk set. Kami kembali ke lokasi sama, dan ada set yang sudah siap dibina begitu juga dengan rekaan kostum. Ia lebih mudah untuk semua,” katanya.

(Sumber: Comicbook)