This War Of Mine Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma Di Steam Untuk Masa Terhad

By Hazril Md Nor | April 4, 2018

Kebiasaannya, apabila developers mencipta permainan video peperangan, mereka meletakkan korang dalam situasi seorang askar yang akan buat apa saja untuk menghentikan serangan musuh.

Tapi dalam This War of Mine, ia berlainan. Dilancarkan di PC dan konsol pada 2014, permainan ini mengikuti perjalanan sekumpulan orang awam yang ingin terus hidup dalam bandar yang dilanda perang. Tapi ada beberapa perkara mereka perlu buat, seperti mencari makanan, mengelak daripada musuh dan penjahat dan akhir sekali, cari jalan keluar.

Korang mungkin belum pernah cuba game sebegini tapi mereka di 11 Bit Studios memberi peluang ini sekarang kerana game ini boleh dimainkan percuma di Steam sehingga 8 April ini aje. Untuk membelinya, ada tawaran 70% sehingga 10 April ini.

This War of Mine menekankan nilai kemanusiaan dan keinginan untuk terus hidup. Ia mengubah perspektif permainan video peperangan yang biasa dilihat hari ini.

Menariknya, ada fasa malam dan siang. Ketika siang hari, snipers akan menghalang korang dari meninggalkan kawasan, jadi korang perlu fokus untuk mempertahankan tempat persembunyian; crafting, trading dan menjaga survivors korang. Pada waktu malam, letakkan satu orang awam dalam satu misi untuk mencari items yang diperlukan untuk terus hidup.

 

Game ini memerlukan korang buat keputusan yang betul untuk terus selamat dalam suasana perang. Enjoy tapi nak lebih? korang boleh pick up DLC ataupun Season Pass. 

This War of Mine juga boleh dimainkan di Xbox One dan PlayStation 4. Bagi pengguna telefon pintar, bukan hari korang nampaknya kerana game ini masih perlu dibeli dengan harga RM59.90.

Sumber: Comicbook