Tiada Lagi Assassin’s Creed Baru Untuk 2019, Kata Ubisoft

By Intan Mawarni | August 24, 2018

Ubisoft mengesahkan tiada Assassin’s Creed baru akan dikeluarkan tahun hadapan, sebaliknya game developer dari negara Francis ini akan memberikan lagi banyak kandungan tambahan untuk Assassin’s Creed Odyssey yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Bercakap dengan CEO Ubisoft Yves Guillemot semasa di persidangan GamesCom, keputusan ini dilakukan kerana Assassin’s Creed Odyssey dibangunkan oleh dua pasukan berbeza dalam Ubisoft pada jangka satu masa yang sama dengan Assassin’s Creed Origins yang dikeluarkan pada tahun lepas. Jika korang memperlihatkan tarikh pelancaran antara kedua-dua game, Assassin’s Creed Odyssey bakal dikeluarkan tidak kurang dari masa setahun.

Sebelum ini, siri Assassin’s Creed selalu disinonimkan dengan pelancaran berturut-turut sejak dari Assassin’s Creed pertama pada tahun 2007. Namun, siri Assassin’s Creed pernah mengambil masa rehat selama setahun selepas pelancaran Assassin’s Creed Syndicate pada tahun 2015 setelah menerima kecaman dan kritik dari pengkritik dan peminat.

Assassin’s Creed Odyssey membawa pemain ke kehidupan dan masyarakat Greek purba

Apabila ditanyakan tentang desas-desus untuk satu spin-off Assassin’s Creed atau projek baru lain daripada kemasukan baru kepada siri Assassin’s Creed, Guillemot menafikan dakwaan ini. Nampaknya Ubisoft mahu korang terus bermain Assassin’s Creed Odyssey lebih lama kerana game ini akan mengambil kira-kira 30 jam untuk dihabiskan berbanding dari Origins.

Korang juga boleh memilih main sebagai hero lelaki atau perempuan berlatarbelakangkan Greek purba dalam Assassin’s Creed Odyssey yang bakal dilancarkan pada 5 Oktober 2018 untuk PC, PS4, Xbox One.

Sumber: Gamespot.