Tips Ejen Ali Agents’ Arena – Pengenalan Ejen Ali, Ejen Alicia dan Ejen Khai

By Mike Hayate | July 15, 2021

Ejen Ali Agents’ Arena adalah permainan video MOBA dari Wau Animation dan Media Prima Digital.

Hari ini kita akan memperkenalkan tiga karakter dalam Ejen Ali Agents’ Arena iaitu Ejen Ali, Alicia, dan Khai.

Mari belajar apa kelebihan mereka bertiga ini.

Ejen Ali

Ejen Ali adalah karakter carry dalam Agent’s Arena. Ali memberi fokus untuk serangan bertubi-tubi dan lebih berkesan jika musuh berada berdekatan.

Kuasa Ali:

Ali menghayun yoyo-nya kehadapan mengenakan 165 damage kepada musuh.

Anda kena ingat, walaupun Ali boleh memulihkan energy dengan cepat namun serangan bertubi-tubi tanpa mengenai sasaran bukanlah idea yang terbaik.

Yoyo Charge adalah skill ultimate Ali. Ali maju ke hadapan dengan yoyonya ke hadapan. Mengenakan 650 damage dan pegun musuh selama 2 saat.

Ultimate Ali boleh mengalahkan musuh dengan mudah apabila mereka berada di dalam zon. Ia juga boleh digunakan untuk menolak musuh keluar dari zon.

Pilihlah Ali jika anda memerlukan karakter carry yang boleh mengenakan damage yang banyak untuk jangka masa singkat dan cepat.

Ejen Alicia

Ejen Alicia juga adalah carry jarak jauh yang memberi kelebihan serangan AOE yang berpecah kepada tiga.

Alicia sangat sesuai untuk menghalang musuh yang terkeluar dari formasi.

Kuasa Alicia:

Blastique Shot adalah kuasa pertama Alicia.

Alicia melancarkan tiga serangan ke hadapan dengan lastik Blastique. Setiap projektil mengenakan 150 damage.

Serangan unik Alicia akan berpecah kepada 3, Alicia juga dapat mengenakan serangan tinggi apabila kesemuanya terkena pada musuh yang sama.

Maksimakan serangan anda dengan serangan jarak dekat.

Serangan Alicia ini juga memudahkan Alicia untuk mengetahui di mana Rudy berada ketika menggunakan teknik menghilangkan diri.

Fire Shot adalah Ultimate Alicia.

Alicia mengenakan projektil yang akan meletup apabila terkena musuh dan mengenakan 550 AoE damage yang akan menolak lalu memperlahankan musuh selamat 3 saat.

Ultimate Alicia sangat berguna untuk ramai musuh yang duduk setempat.

Anda perlu memilih Alicia jika anda mahu pengawalan zon sambil mengeluarkan damage yang tinggi.

Ejen Khai

Khai adalah antara karakter support serangan jarak jauh yang mampu menggugat pihak lawan dengan posisi serangannya dari jauh sambil membantu rakan sepasukan.

Support merupakan posisi terbaik untuk Khai, namun Khai tidak boleh ditinggalkan kerana Khai agak lemah apabila keseorangan melawan musuh.

Kemahiran Khai

Khai mempunyai R-O Ride. Kuasa ini memberi Khai mobiliti untuk jangka masa pendek.

Dengan menunggang R-O bot, Khai dapat menambah kelajuannya sebanyak dua kali ganda.

R-O Charge merupakan skill serangan untuk Khai.

Khai akan mengarahkan R-O bot mengecas lurus ke hadapan dan mengenakan 185 damage untuk setiap musuh.

Serangan ini boleh menembusi perisai dan pertahanan musuh dengan mudah.

Khai sangat sesuai untuk dijadikan karakter support apabila pihak musuh menggunakan Mika yang mempunyai perisai yang sukar untuk ditembusi.

Serangan ini membuatkan musuh sukar untuk berlari atau maju kerana serangannya yang boleh memperlahankan pergerakan.

R-O Volt ialah skill ultimate untuk Khai.

R-O bot Khai akan menyerang di dalam mod Volted dan mengenakan 700 damage kepada setiap musuh yang terkenal lalu pegun selama 2 saat.

Khai adalah karakter support yang baik untuk serangan poke jarak jauh dan juga counter pick terbaik untuk berlawan dengan Mika kerana Khai mampu mematahkan Mod Fortress daripada Mika.

Pilih Khai jika anda suka serangan jarak jauh dan boleh melakukan damage tinggi walaupun hanya seorang support.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk tiga karakter di dalam Ejen Ali Agents’ Arena.

Nantikan Mika, Rudy dan Roza untuk tips Ejen Ali Agents’ Arena pada minggu hadapan!

Anda boleh muat turun permainan ini di iOS dan juga Android . Jangan lupa cuba Ejen Ali Agents’ Arena dan pilih ejen kegemaran anda.