Todak mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2021

By Hazrul Md Nor | February 23, 2022

Perlawanan peringkat kelayakan Sukan SEA ke-31 untuk permainan peranti mudah alih MLBB kini sudah sampai ke penghujungnya.

Pasukan RSG MY akan bertemu dengan pasukan Todak di peringkat akhir.

Permainan pertama dan kedua dimenangi oleh Todak meskipun RSG MY membawa Fanny masuk di permainan pertama.

Di dalam permainan kedua, pemilihan Baxia sebagai jungler oleh pasukan RSG MY tidak membawa hasil yang begitu baik.

Pasukan Todak meneruskan momentum mereka di dalam permainan ketiga. Kuza berjaya mendapatkan Ling kali ini, Kuza sememangnya bermain Ling dengan begitu baik.

Namun begitu, mudah sahaja pasukan Todak mendapatkan objektif di peringkat awal permainan. Rotasi yang dilakukan pasukan Todak memberikan keputusan yang baik kepada pasukan mereka.

Akan tetapi, combo Ling dan Angela mula memperlihatkan kelebihan mereka mengawal permainan. Pasukan Todak mula mengalami kekalahan dan RSG MY terus memberikan tekanan kepada mereka.

RSG MY yang sudah mempunyai kelebihan gold mula mengambil Lord dan mereka terus melakukan pushing untuk menamatkan perlawanan.

Di perlawanan keempat, Todak kembali bangkit dengan momentum dengan memberikan Ciku menggunakan Roger manakala Roger sebagai Valentina.

Todak terus menguasai permainan apabil rotasi yang dilakukan 4Meyz menyebabkan pasukan RSG MY mengalami kesukaran dan memberikan ruang kepada Ciku untuk melakukan farming.

Selepas Ciku berjaya mendapatkan barang core yang diperlukan, dia mula snowball ke atas pasukan RSG MY dan Todak menguasai peta selepas itu.

Perbezaan gold pada minit ke-9 sudah mencecah 10 ribu dan menyebabkan pasukan RSG tidak dapat berbuat apa-apa dan mereka hanya dapat melihat pasukan Todak menghancurkan base mereka. Todak kemudian mendapatkan kemenangan pada minit ke-10.

Todak akan mewakili Malaysia ke Sukan SEA yang ke-31 di Vietnam. Tahniah diucapkan kepada pasukan Todak dan juga RSG MY kerana sudah memberikan pertarungan yang sangat hebat untuk ditonton.