Toge Productions mengumumkan permainan strategi baharu serta sambungan kepada Coffee Talk

By syazwanbahri | September 2, 2021

 

The Indie Houses, sekumpulan indie antarabangsa baru yang terdiri daripada tujuh penerbit indie termasuk Toge Productions milik Indonesia, menerbitkan siaran langsung perdana malam tadi dengan mempamerkan permainan yang akan datang dari setiap studio dari kumpulan itu.

Toge Productions menayangkan pelbagai permainan baharu serta cara-cara baru untuk menikmati permainan mereka.

Antara pengumuman yang dikongsi bersama adalah sebuah adaptasi webcomic spin-off bagi permainan A Space for the Unbound yang berjudul A Space for the Unbound: Broken Memories. 

Adaptasi ini dibuat dengan kerjasama studio seni Indonesia Kosmik Network, yang juga membuat komik berdasarkan permainan Toge yang lain seperti Rising Hell dan Coffee Talk.

Coffee Talk Episode 2: Hibiscus & Butterfly juga ditayangkan buat kali pertama. Peminat Coffee Talk akan dapat bersama kembali di kafe kegemaran mereka.

Lebih banyak maklumat mengenai apa yang diperlukan oleh episod baru ini akan didedahkan tidak lama lagi, tetapi peminat episod pertama dapat mengharapkan lebih banyak rentak lo-fi Coffee Talk, serta watak-watak unik akan kembali di episod ini.

Toge juga mempertayangkan When the Past Was Around yang bakal diimport ke peranti mudah alih.

Walaubagaimanapun, pengumuman yang tergempar pada siaran itu tidak lain tidak bukan iaitu pengumuman permainan Toge Productions yang terbaharu, Vanaris Tactics. Ia dibangunkan oleh Matheus Reis, seorang pembangun solo dari Brazil dan pemainan ini akan diterbitkan oleh Toge Productions.

Pemain akan memainkan watak Morgana dan sekumpulan pelarian yang berjuang untuk kebebasan di luar tembok Vanaris. Melalui permainan itu, pemain mesti menyatukan rakyat untuk mendapatkan kebebasan, belajar kemahiran baru dan menerapkan strategi inventif.

Vanaris Tactics, Coffee Talk Episode 2: Hibiscus & Butterfly, dan A Space for the Unbound semuanya akan ditayangkan semasa siaran langsung khas esok pagi di halaman Steam masing-masing, jadi pastikan untuk mengikuti laman tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.