Trailer Filem Monster Hunter Tertiris – Jom Saksikan

By Hazril Md Nor | June 18, 2019

Di Shanghai International Film Festival, trailer filem Monster Hunter ditunjukkan dan beberapa jam kemudian, ia tertiris (leaked) di Internet secara tak sengaja. Bagaimanapun, ia adalah rakaman off-screen dan bukannya first look kepada filem tersebut.

Tapi kalau korang nak tahu macam mana aksi dalam filem ini, inilah peluang pertama untuk korang. 

https://www.facebook.com/Monster.Hunter.Asia/videos/608393996332203/

Filem Monster Hunter adalah bergenre aksi-fantasi thriller dan diarah oleh Paul W.S. Anderson (francais filem Resident Evil). Ia akan membintangi Milla Jovovich, Tony Jaa, T.I., Ron Perlman, Diegon Boneta dan Meagan Good.

Kita tak tahu maklumat lanjut tentang filem ini melainkan ia membintangi sepasukan askar United Nations yang jatuh ke dalam portal ke dimensi lain dan perlu melawan raksasa besar. Mereka perlu berlawan untuk hidup dan pada masa sama mempertahankan portal itu dari dimasuki raksasa yang ingin memusnahkan bumi.

Tanpa perlu ditunda lagi, Monster Hunter akan ditayangkan di pawagam bermula 4 September, 2020

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Comicbook