Trailer permainan pertama Harvest Moon: One World dipertunjukkan

By Burhanudin Zamri | June 24, 2020

Pada bulan lepas, Natsume mendedahkan permainan video Harvest Moon baharu terbitan mereka iaitu Harvest Moon: One World. Baru-baru ini mereka mempertunjukkan permainannya di acara digital New Game+ Expo 2020.

Seperti biasa, judul Harvest Moon ini memberi fokus terhadap permainan perladangan dan penternakan. Kawasan persekitaran yang dipenuhi penduduk juga dipertunjukkan.

Tarikh pelancaran tepat belum diberikan tetapi Natsume telah mengumumkan bahawa Harvest Moon: One World akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch pada musim luruh tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.