Trailer Terbaru Resident Evil 2 Remake Menunjukkan Ada Wong Buat Kali Pertama!

By Intan Mawarni | September 20, 2018

Selepas Devil May Cry 5, tiba giliran Capcom untuk mendedahkan penampilan terbaru Ada Wong dalam trailer Resident Evil 2 Remake yang baru sahaja ditayangkan di persidangan Tokyo Game Show (TGS) 2018!

Dalam Resident Evil 2 Remake, perisik ini memakai kot labuh berwarna perang dan lebih mengejutkan lagi, sambil memakai cermin mata kaca hitam dalam persekitaran gelap dan suram.

Korang boleh tonton trailer terbaru Resident Evil 2 Remake di bawah (kalau korang risau pasal spoiler, cerita game ini dah lama dibocorkan sejak dari tahun 1998 lagi):

Melalui trailer di atas, Ada bertembung dengan Leon dan polis rookie ini cuba untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam Racoon City, lalu dia bertanyakan soalan kepada Ada tetapi soalan itu ditepis. Hm, sangat tipikal.

Menurut Eurogamer, pengarah Resident Evil 2 Remake, Kazunori Kadoi berkata Ada diberikan penampilan baru kerana pakaian itu lebih berpijak di bumi nyata untuk seorang perisik berbanding busana berwarna merah terang sambil memakai kasut tinggi.

Trailer terbaru Resident Evil 2 Remake juga mempamerkan Dr. William Birkin dimutasi ke bentuk raksasa zombie lebih realisitik dan menyeramkan berbanding game asal 20 tahun lalu.

Namun, kami masih lagi menunggu bagaimana Capcom akan membuat transformasi kepada bos buaya besar untuk game remake ini.

LARI!!!!

Capcom berkata pembangunan Resident Evil 2 Remake adalah paling mencabar kerana mereka mahu memberikan gameplay dan grafik fotorealistik yang fresh dijana melalui RE Engine. Kami rasa usaha Capcom setakat ini amat berbaloi-baloi.

Kami sudah bermain demo Resident Evil 2 Remake semasa berada di PSX SEA 2018 dan kami rasa Capcom berjaya menyajikan game remake yang gempak kepada kipas-susah-mati game asal dan juga pemain baru.

Resident Evil 2 Remake akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber: Eurogamer