Trilogi Grand Theft Auto dijangka dijual lebih mahal, kemungkinan berharga RM292

By Taib Mohamed | October 12, 2021

Rockstar Games sebelum ini mengumumkan pelancaran Grand Theft Auto: The Trilogy Remastered yang merangkumi Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City dan Grand Theft Auto: San Andreas. 

Baru-baru ini sebuah laman jualan permainan dan konsol atas talian, Base.com menunjukkan harga pra-tempah Grand Theft Auto: The Trilogy Remastered – The Definitive Edition akan dijual dengan harga AS$69.99 atau RM292.00. Namun, laman pra-tempah itu kemudiannya dipadam.

Harga sedemikian tidak asing untuk tajuk-tajuk permainan yang dilancarkan untuk konsol generasi baru seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X. Tetapi ia dianggap mahal berikutan siri trilogi ini adalah permainan lama yang diperbaharui.

Buat masa ini masih tiada respon atau perincian rasmi mengenai Grand Theft Auto: The Trilogy Remastered – The Definitive Edition ini daripada pihak Rockstar Games. 

Grand Theft Auto: The Trilogy Remastered – The Definitive Edition dikatakan akan dilancarkan pada hujung tahun ini di platform Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC menerusi Rockstar Games Launcher. 

Pihak Rockstar Games turut menyatakan The Trilogy ini akan tiba di platform Android dan iOS pada separuh pertama 2022.

Sumber: ComicBook