Tugasan Harian Pokemon Go Diperkenalkan Untuk Mengajak Kembali Pemain Lama Mencuba

By Hazril Md Nor | March 30, 2018

Bosan asyik tangkap Pokemon aje? Jangan risau, kali ni Niantic janjikan tugasan harian (daily quest) untuk pelatih semua! Ia akan berkuatkuasa esok.

Misi itu menumpukan bagaimana seseorang pelatih itu bermain game itu – sebagai contoh, jika pemain bermain seorang diri, misinya mungkin berlainan begitu juga dengan pelatih yang suka mengembara secara berkumpulan. Lebih menarik, akan ada tahap kesukaran bagi setiap misi sekali gus menambahkan keseronokan.

Hasilnya, korang akan dapati kebanyakan tugasan ini akan fokus pada kemahiran dan bagaimana korang lakukannya dari hanya berharap kepada nasib.

 

Sebagai contoh, cabaran harian Field Research memerlukan pemain untuk membaling 3 Poke Balls setepat mungkin. Jika korang seorang pemain yang hanya swipe skrin ketika perlawanan dan tak fikir dua kali, ujian ini akan membuatkan korang memberi perhatian untuk melawan Pokemon.

Ini pastinya memberikan pengalaman baru kepada korang untuk merasai keseronokan bermain Pokemon Go dengan cara berbeza. Kalau dulu, tugas korang hanya mencari Pokemon baru, swipe dan tangkap kemudiannya swipe Pokestop. Tapi kali ini, akan ada penambahan jalan cerita (kemunculan Professor Willow) yang membuatkan game ini mempunyai jalan penceritaan lebih baik. 

Contoh tugasan harian. Kredit gambar: Inverse