Ular sawa gigit lelaki main game ketika membuang air besar

By Mike Hayate | May 26, 2022

Malang tidak berbau, seorang lelaki yang mempunyai tabiat suka bermain permainan video ketika membuang air  dipatuk seekor ular sawa pada 28 Mac lepas.

Sabri Tazali, 28, memberitahu dia sangat terkejut dengan kejadian itu dan hanya dua minggu kemudian baru sedar masih terdapat serpihan taring ular itu.

“Selepas dua minggu, saya melihat bahagian itu dan masih terdapat serpihan taring ular. Ia patah disebabkan saya tarik ular itu terlalu kuat,” ujar Sabri.

Tambahan pula dia masih trauma dengan kejadian itu.

Sabri memberitahu kejadian ini berlaku ketika dia bermain game lebih kurang 15 minit sambil membuang air besar.

Ketika sedang bermain permainan video Sabri dikejutkan dengan gigitan ular sawa yang menggigit punggungnya lalu dia terus tarik dan membaling ular itu ke dinding.

Sabri juga merosakkan pintu bilik airnya kerana panik.

Kejadian itu berakhir selepas dia menelefon bomba dan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Selepas kejadian itu keluarga Sabri bertindak menukar terus tandas itu dan pintu bilik airnya.

Nasib baik bukan ular berbisa.

Rujukan: TheStar