UNIQLO mengumumkan koleksi kedua UT Jujutsu Kaisen akhir Ogos ini

By Mike Hayate | June 9, 2021

Kuala Lumpur:  UNIQLO kini kembali dengan pengumuman untuk sesi kedua UT (UNIQLO T-shirt) Jujutsu Kaisen pada akhir Ogos ini. Populariti Jujutsu Kaisen yang tidak asing lagi untuk peminat-peminat anime mahupun manga.

Set UT kumpulan kedua ini kini memaparkan rekaan dan beberapa babak berlawan terhebat dalam siri anime Jujutsu Kaisen. Memaparkan teknik domain expansion dari Satoru Gojo, Yuji Itadori pada pengakhiran lagu, Divine Dogs dari Megumi Fushiguro dan Nobara Kugisaki dengan kuasa Resonance-nya.

Uniqlo akan menawarkan rekaan-rekaan terbaru ini pada harga RM59.90 untuk rekaan dewasa dan RM39.90 untuk rekaan kanak-kanak. Terdapat juga tiga beg kain dengan harga RM39.90. Dibawah merupakan beberapa rekaan yang akan datang nanti.