Unit eSports Akan Ditubuhkan Oleh Majlis Sukan Negara – Terima Kasih KJ!

By Hazril Md Nor | December 13, 2017

Kita dah ada Fnatic, kita dah ada Fire Dragoon Esports, kita dah ada Kickers, Team Infinite dan banyak lagi pasukan tempatan yang menempa nama dalam industri e-sukan tempatan dan juga antarabangsa. 

Menariknya, industri ini dipelopori golongan muda yang dahagakan persaingan untuk bukan sekadar merebut wang tunai tapi merasa kepuasan memenangi satu acara berprestij pada usia begitu muda.

Dekat sini (Malaysia) boleh nampak e-sukan sebenarnya sudah berada di landasan yang betul dan perlukan sokongan yang padu untuk ke peringkat lebih tinggi, sebagai contoh dimainkan di temasya Sukan Asia 2022 nanti.

Oleh itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semalam mengumumkan unit bahagian E-Sports akan ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan atlit e-sukan kita bersiap sedia untuk bersaing di temasya itu nanti.

Selain itu, penubuhan unit itu juga bagi memastikan e-sukan diiktiraf sebagai sebuah sukan dan bantuan serta peruntukkan akan disediakan. Korang boleh expect lebih banyak fasiliti, tenaga pengajar, penganalisa, krew produksi dan sebagainya.

Logik lah kan, negara lain dah lama ada skuad yang bersaing di peringkat dunia beberapa kali. China saja membayar pemain e-sukan mereka dengan harga begitu tinggi di samping menyediakan fasiliti dan kemudahan lain. Jadi inilah masanya untuk Malaysia step up dan mantapkan lagi industri e-sukan tempatan. Terima kasih KJ!