Update Terbaru Destiny 2, Warmind Akan Dilancarkan Pada 8 Mei Ini

By Hazril Md Nor | April 12, 2018

Bungie akan melancarkan expansion kedua untuk Destiny 2, satu update kepada game dinamakan Warmind pada 8 Mei ini. 

Ia termasuk dari roadmap yang meliputi musim ketiga dan keempat. Dikatakan musim ketiga akan dilancar bersama dengan Warmind ini. 

“Warmind akan menghantar pemain ke tempat baru untuk berjumpa dengan hero baru dan melawan musuh baru. Anda akan mendapat loot baru dan mempelajari pelbagai benda baru,” – Jurucakap Bungie.

Developer mengatakan mereka akan mendedahkan expansion itu dalam stream pada 24 April. Dalam musim ketiga Destiny 2, Bungie juga bercadang untuk menambah kandungan untuk Crucible, satu mod multi-pemain yang kompetitif.

Sumber: Polygon