Valve menerangkan bagaimana kesilapan Steam Machine bantu mereka membina Steam Deck

By Hazrul Md Nor | July 31, 2021

Ketika Steam Deck pertama kali diumumkan, ada yang ragu-ragu dengan peranti itu walaupun Valve sudah mencapai kejayaan dengan hardware baru-baru ini di ruang VR.

Kali terakhir mereka berusaha membuat produk full PC tidak berjalan dengan baik. Tetapi Valve berkata bahawa Steam Deck adalah produk yang dihasilkan dari hasil kerjanya di masa lalu, baik yang berjaya dan tidak berjaya.

Kegagalan Steam Machine menganggu minda ramai orang, Valve menyedari hakikat itu ketika sedang bersiap untuk mengumumkan Steam Deck. “Kami sudah melihat banyak perkara yang kami pelajari sebagai kesilapan yang kami perlu periksa jika kami ingin bercakap dengan pengguna di dalam kategori itu,” ujar pereka dari Valve, Greg Coomer.

“Kami tidak ingin membawa peranti ini kepada pelanggan sehingga kami merasa ianya sudah siap untuk dipersembahkan kepada pelanggan. Saya rasa kami tidak akan membuat kemajuan jika bukan kerana kesilapan yang lalu,” tambah beliau.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.