Varian baru Lenovo Legion Phone Duel 2 akan hadir Ogos ini, berharga sekitar RM2,999

By Taib Mohamed | July 15, 2021

Lenovo baru-baru melancarkan peranti flagship mereka Legion Phone Duel 2 di Malaysia. Peranti yang memfokuskan kepada prestasi permainan yang lancar dan berkuasa. 

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888 5G dengan keupayaan sambungan 5G, skrin 6.92 inci AMOLED HDR dengan kadar segar semula 144Hz, 720Hz sampel sentuhan untuk reaksi pantas. 

Varian baru berwarna Ultimate Black, 12GB RAM dan storan 128GB akan hadir ke Malaysia pada awal Ogos ini. Ia akan dijual dengan harga sekitar RM2,999.

Peranti ini disertakan satu kamera swa-foto 44 MP kamera pop naik dengan lensa autofokus ultralebar 84 darjah yang diletakkan di sisi tubuh untuk kegunaan siaran langsung. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dua khas di sisi telefon dan dua di belakang tubuh telefon bagi pengalaman permainan yang lebih versatail. 

Peranti ini juga di lengkapkan bateri sebesar 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W yang hanya mengambil tempoh selama 30 minit untuk pengecasan penuh.  

Peranti pintar ini boleh didapatkan di kedai-kedai rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee dengan tanda harga bermula RM3299 untuk varian 12GB RAM dan 256GB storan dan RM3899 untuk 16GB RAM dan 512GB storan.

Bermula 28 Jun hingga 31 Julai 2021, pelanggan Maxis dan Hotlink akan mendapat satu fon kepala Lenovo 500 Bluetooth In-Ear dengan setiap pembelian Lenovo Legion Phone Duel 2 ini di kedai-kedai yang terpilih.