Warcraft 3: Remaster Akan Datang Tak Lama Lagi? – Lapor Polygon

By Hazril Md Nor | February 27, 2018

Dah lama tak dengar khabar Warcraft 3. Tiba-tiba saja Blizzard mengumumkan game ini akan menerima patch terbaru. Patch 1.29 itu bertumpu kepada balance changes pada hero, sokongan widescreen 16:9 dan kemaskini untuk peta.

Bagi yang tak tahu, Blizzard sebelum ini pernah kemaskini Warcraft 3 pada 2017 dan telah lama memfokuskan kemaskini pada game klasik mereka untuk beberapa tahun. Tapi apa yang menarik kali ini ialah perancangan Blizzard yang ingin mempromosikan kemaskini terbaru untuk Warcraft 3 ini.

Di subreddit, pengguna r_ez  mengatakan jika pemain install Warcraft 3, ia akan dibuka dalam launcher baru sama seperti Battle.net. Portal Polygon mencuba teknik ini dan menemui bahawa launcher baru hanya digunakan untuk kemaskini permainan itu sementara antaramuka installer masih klasik.

Bagaimanapun, bagi komuniti, perubahan ini pastinya menimbulkan persoalan jika Warcraft 3 akan dimasukkan ke dalam klien Battle.net Blizzard ataupun potensi besar untuk Warcraft 3 Remaster, sama seperti Starcraft Remaster tahun lepas.

Untuk membalas spekulasi itu, Blizzard baru-baru ini mengumumkan jemputan ke pertandingan Warcraft 3 yang akan diadakan pada hari ini (27/2) hingga esok.

Ini bermakna kesemua peserta akan bermain dengan patch terkini yang disebutkan di atas. Adakah Warcraft 3: Remastered akan diumumkan di sana? Ia tak mustahil. Pihak Polygon cuba mendapatkan Blizzard untuk komen tapi syarikat gergasi itu masih belum memberi maklum balas.

Sumber: Polygon